Tuesday, February 4, 2014
Pelancaran jentera KEADILAN Pilihanraya DUN N25 Kajang.......... tidak mendapat sambutan???
Kesiannnn!!!! .. Nampaknya DSAI sudah kena pulau dan boikot bukan saja oleh penduduk dan pengundi berdaftar DUN N25 Kajang tetapi para petugas dan sukarelawan KEADILAN sendiri.
Mesti para pemimpin UMNO/BN tersenyu lebar apabila dimaklumkan akan berita riang ini.
Cuba lihat rakam gambar-gambar diatas ... mana ada orang .. gambar paling atas lagi dahsyat .. kosong betul sebab dirakam jam 6.00 petang sedangkan program bermula jam 9.00 malam.
Kalau jam 9.00 malam alamatnya Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang tempat pelancaran itu diadakan sudah pasti penuh sesak sampai melimpah keluar dewan.
Rupa-rupanya senyuman para pemimpin UMNO/BN sekadar sekejap saja.. bila jam mencecah 8.30 malam dewan dah padat.
Ucapan alu-aluan di mulakan oleh YB Tian Chua, diikuti YAB Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali dan seterusnya YB DSAI.DSAI memberitahu kepada hadirin bahawa beliau akan tetap turun padang berkempen sepenuh masa walaupun beliau cukup yakin akan menang.
Secara beseloroh beliau memberitahu .. kalau beliau berlawan dengan Datuk Lee Chong Wei dalam pertandingan badminton memang gerenti dia kalah tetapi dalam gelanggang politik beliau cukup berkeyakinan tinggi akan menang .. Ins'yAllah. DSAI juga berjanji akan membela nasib setiap Rakyat Selangor...beliau juga telah bentangkan beberapa cadangan memajukan Ekonomi Negeri dan Negara.
Ingatkan dengan propaganda jahat isu seks lucah yang dijaja oleh UMNO siang malam pagi petang di semua media arus perdana milik dan kawalannya, maka tiada rakyat dan sukarelawan nak turun membantu, sebaliknya bertambah ramai yang datang memberikan sokongan.
Itu belum masuk jentera PAS dan DAP rakan sekutu KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.
Nampaknya hasrat UMNO/BN mau melihat DSAI kecundang tidak menjadi kenyataan.
Omak Kau cukup yakin DSAI akan menang bergaya dengan majoriti makin bertambah... Ins'y Allah.
Mood rakyat sudah mau melihat UMNO tumbang sebab sudah tidak tahan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap hari.
LAWAN TETAP LAWAN ... MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...















No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.