Thursday, July 16, 2015

1MDB: Bukti Terbaharu Salah Laku Claire Brown Dilaporkan

Utama & SensasiJul 15, 2015
Pengendali laman web Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown bersama Tun Mahathir.

SATU laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang mengemukakan bukti baharu tentang salah laku pengendali laman web Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown.

Perkara ini didedahkan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam laporan polis berkenaan, Claire Brown didakwa telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait rapat dengan 1MDB.

Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.
‘Uli’ Fakta 1MDB: The Edge, Sarawak Report Disiasat

Selain itu, pengadu mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

Ekoran segala tindakan termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut, ianya telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.
PGI: Laporan Sarawak Report Tak Boleh Dipercayai Sama Sekali

“Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

“Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan,” ujar Abdul Rahman.
Suami Umie Aida Dalang Serangan Sarawak Report Pada Najib?

Hal ini kerana beliau dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

Selain video pengakuan tersebut, Abdul Rahman mendedahkan, beliau turut dimaklumkan bahawa pengadu telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown menulis:
“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

Menurut Abdul Rahman buat masa ini apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan.
Satu Lagi Drama Plot Jahat Sarawak Report

“Tapi sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-