Saturday, July 25, 2015

Harapan Baru kembalikan nyawa UMNO,BN - Muhammad Khalid

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kehadiran Harapan Baru dalam arena politik negara jika diluluskan kelak akan melengahkan usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14. - Foto Facebook Muhammad Khalil Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 25 Julai:

Penubuhan Harapan Baru mengembalikan semula nyawa UMNO dan BN.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kehadiran Harapan Baru dalam arena politik negara jika diluluskan kelak akan melengahkan usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14.

“Harapan Baru menyembuhkan dan menyihatkan UMNO yang pada satu ketika dalam keadaan tenat.

“Ini memberi kekuatan kepada UMNO malah melambatkan peluang untuk kita melihat perubahan politik, (peralihan) kuasa UMNO kepada kuasa lain untuk memimpin dan memandu negara kita ke arah yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Ditanya sama ada penubuhan Harapan Baru mungkin akan menggagalkan usaha pembangkang menawan Putrajaya, Muhammad Khalil tidak menolak kemungkinan itu memandangkan parti baru tersebut akan menyertai pilihan raya akan datang berdasarkan kenyataan mereka yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar pandangan sesetengah pihak yang menganggap kewujudan Harapan Baru sebagai gambaran Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) di Turki dengan menegaskan bahawa realiti politik Malaysia dan Turki berbeza sama sekali.

Katanya, kedua-dua negara mempunyai sistem politik berlainan apatah lagi Turki mengamalkan pilihan raya bebas dan sebaliknya negara ini.

“Jadi benda yang macam ni…kita perlu lihat dari semua sudut. Antaranya, kekuatan parti politik di negara ini berasaskan kekuatan akar umbi seperti cawangan. Bukan hanya ‘tembak’ satu isu dan dibincangkan tetapi tiada kekuatan akar umbi,” katanya.

Tambahnya, walaupun ada suara meramalkan PAS semakin mundur apabila membatalkan kerjasama politik dengan DAP sehingga ada menganggap sokongan rakyat kepada PAS semakin berkurangan, namun keadaan itu langsung tidak membimbangkan.

Buktinya, beliau berkata setiap kali mesyuarat di peringkat parti, Jawatankuasa PAS Pusat meluluskan tidak kurang daripada 1,000 keahlian baru.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/25/harapan-baru-kembalikan-nyawa-umnobn-muhammad-khalil/#ixzz3guOx4vrS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-