Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Monday, February 10, 2025

Sila tanding semua kerusi, pemimpin Umno Johor cabar PH

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
0 Feb 2025, 06:08 PM

Ketua Umno Sri Gading Lassim Burhan berkata kenyataan PKR dan Amanah sering bangkit isu agihan kerusi untuk PRN16 mencerminkan sikap gelojoh serta pentingkan diri.
Ketua Umno Sri Gading Lassim Burhan berkata Umno negeri belum pernah membincangkan pembahagian kerusi untuk PRN16. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin akar umbi Umno Johor mencabar parti komponen Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 56 DUN pada PRN akan datang, selepas Pemuda PKR negeri meminta Umno tidak mendominasi kerusi berpotensi dimenangi mereka.

Ketua Umno Sri Gading Lassim Burhan berkata kenyataan pemimpin PKR itu dan Amanah sering membangkitkan isu pembahagian kerusi menjelang PRN Johor ke-16 mencerminkan sikap gelojoh dan pentingkan diri gabungan itu.

“Lebih baik AMK (Pemuda PKR) dan sekutunya bertanding semua kerusi tanpa memikirkan soal berapakah kerusi yang akan Umno tandingi pada PRN16 nanti.

“Tiada siapa yang sibuk nak halang kamu bertanding,” katanya dalam kenyataan sambil menegaskan Umno bukan parti komponen PH.

“Umno boleh bertanding semua (DUN) dan Umno juga boleh memilih kerusi mana yang dirasakan sesuai untuk ditandingi.”

Tegasnya, Umno Johor belum pernah membincangkan pembahagian kerusi untuk PRN16.

“Gambaran yang diberikan pula seolah-olah Umno tamak dan PRN akan berlangsung esok.”

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda PKR Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, berkata rundingan pembahagian kerusi pada PRN akan datang perlu mempraktikkan prinsip menang-menang melibatkan PH dan BN.

Katanya, kerajaan negeri diketuai Onn Hafiz Ghazi perlu membuktikan keikhlasan bekerjasama dengan menjemput pemimpin PH menyertai pentadbiran negeri di pelbagai peringkat, termasuk jawatan ketua kampung.

Disember lalu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, Parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa yang dimenangi Muda pada pilihan raya lalu perlu diserahkan kepada PH memandangkan dua kerusi itu diberikan kepada Muda yang menjadi rakan sekutu politik PH ketika itu.

Monday, January 27, 2025

DAP, Warisan bakal berentap PRN Sabah?

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 27, 2025 9:23 AM
Calon DAP dalam pilihan raya negeri Sabah yang akan datang tidak akan bertanding di bawah logo Warisan sebagaimana pilihan raya negeri sebelum ini.

Malah, DAP mungkin akan bertembung dengan Warisan di sekurang-kurangnya dua kerusi.

Pada pilihan raya Sabah 2020, kedua-dua kerusi berkenaan dimenangi oleh DAP. Namun, dua wakil rakyat yang terpilih – Calvin Chong dan Justin Wong – keluar parti pada Januari 2022 dan kemudiannya menyertai Warisan pada Mac tahun sama.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengesahkan parti itu akan bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi, termasuk Elopura dan Sri Tanjung.

a ada akan menggunakan logo parti sendiri atau logo Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

"Sama ada menggunakan logo PH atau 'Rocket', ia belum dimuktamadkan dan akan diputuskan oleh DAP Sabah," kata Loke seperti dipetik Oriental Daily semalam.

Menurut Loke, perbincangan mengenai kerjasama pilihan raya negeri antara PH Sabah dan BN masih belum mencapai kata sepakat walaupun terdapat perbincangan awal.

Dewan Undangan Negeri Sabah mesti dibubarkan selewat-lewatnya pada 9 Oktober, yang bermakna pilihan raya negeri mesti diadakan selewat-lewatnya pada 9 Disember.

Pada masa ini, GRS dan BN sedang bersaing untuk bekerjasama dengan PH pada pilihan raya tersebut.

Wednesday, September 4, 2024

KATA MP | Perdana menteri kesembilan yang luar biasa

malaysiakini.com
Hassan Abdul Karim
Diterbitkan: Sep 4, 2024
Ismail Sabri Yaakob perdana menteri kesembilan bukan perdana menteri yang biasa-biasa.

Anggota parlimen Bera kelahiran Temerloh di Kampung Lubuk Kawah, Pahang dibesarkan dalam suasana sejarah perjuangan bangsa dan tanah air.

Penglibatan Sabri, nama panggilan saya kepadanya dalam politik bermula sebagai ahli dan Pemuda Umno di Pahang bawah kepimpinan Sabarudin Chik, ketua Umno Temerloh, mantan menteri persekutuan dan setiausaha agung Umno.

Saya cuba mengajak Sabri menjadi anggota Parti Rakyat (PRM). Tetapi dengan hormat Sabri menolak. Hatinya telah terpikat kepada Umno.

Inilah perjalanan hidup. Jika beliau menjadi anggota Parti Rakyat mungkin Sabri tidak menjadi perdana menteri kesembilan.

Semasa Sabri menjadi perdana menteri dalam beberapa belas bulan bermula berakhir zaman pandemik Covid-19 hingga Pilihan Raya Umum 2022, banyak pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan pimpinannya.

Di zaman kepimpinan Sabri, suasana politik Malaysia tenteram. Seperti Sabri yang tenang maka begitulah cuaca politik Malaysia ketika itu.

Dua pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan sebulat suara berjaya dilakukan oleh parlimen di bawah teraju Sabri.

Pertama adalah pindaan kepada Perkara 1(2) mengenai status wilayah Sabah dan Sarawak.

Kedua ialah mengenai Perkara 49(A) berkaitan apa yang dipanggil Akta Antilompat Parti.

Bawah kepimpinan Sabri dengan dibantu oleh de facto Menteri Undang-Undang Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (sekarang gabenor Sarawak) maka pindaan-pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dapat dilakukan dalam suasana aman damai tanpa kecoh-kecoh dan hiruk pikuk.

Semasa Sabri menjadi perdana menteri, sistem kehakiman berjalan bebas dan penuh berwibawa.

Tiada tokoh-tokoh besar politik yang diberi hadiah pelepasan secara DNAA.

PM kesembilan ini dilihat lemah dan longlai.


Namun kita dapat saksikan, jika mahkamah memutuskan orang yang dituduh itu bersalah dan dihukum penjara, maka keputusan mahkamah itu dilaksanakan.

Ini berlaku walaupun tertuduh itu seorang bekas perdana menteri dan mantan presiden parti yang ada anggota lebih tiga juta orang.

Di sinilah kekuatan anak bungsu Pak Yaacob yang saya kenali.

Inilah juga kekuatan adik lelaki Kamarazaman Yaacob yang masih bersekolah ketika abangnya Kamarazaman, mantan presiden Mahasiswa Universiti Malaya ditangkap dan disumbat ke Kamunting, Perak bawah ISA bersama-sama Anwar dalam kes kebangkitan mahasiswa dalam Peristiwa Baling 1974.

Sekarang ketika karangan ini ditulis, kita sibuk di media sosial dan media perdana tentang isu peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Timbul soal draf MOU dan sebagainya. Tetapi ketika Ismail Sabri Yaakob memimpin kerajaan tidak jadi isu besar soal itu.

Sabri dengan mudah memberikan peruntukan yang adil kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Wataknya sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam yang sentiasa ingin menegakkan keadilan tercermin dalam pelaksanaan peruntukan kepada ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat tanpa mengira mereka di pihak kerajaan ataupun pembangkang.

Di parlimen ketika Sabri sebagai berdiri berucap di blok kerajaan, manakala saya sebagai ahli parlimen pembangkang duduk memandang perdana menteri kesembilan itu dengan rasa penuh bangga dan syukur.

Walaupun kami berbeza parti politik tetapi saya berbangga kerana Ismail Sabri itu adalah bekas pelajar saya ketika saya menjadi guru dan pengetua di sebuah Kolej di Kuala Lumpur.

Malah isterinya Muhaini yang saya panggil Nani juga murid saya.

Semoga Sabri terus memimpin.

Saya bukan berkempen tetapi saya rasa Umno dan BN memerlukan pemimpin baik sepertinya.

HASSAN ABDUL KARIM ialah anggota parlimen Pasir Gudang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Tuesday, September 3, 2024

'Anwar mungkin dihumban jika k'jaan terus guna akta zalim'

malaysiakini.com
Zarrah Morden
Diterbitkan: Sep 3, 2024 9:30 AM
Rakyat yang mengangkat PH dan BN ke tampuk kuasa tidak akan teragak-agak untuk menumbangkan kerajaan jika terdapat ancaman untuk menggunakan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948, kata penganalisis.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan partinya PKR harus peka terhadap perkara ini kerana janji-janji reformasi mereka sebelum ini, kata profesor adjung Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Jayum Anak Jawan kepada Malaysiakini.
Jayum Anak Jawan
"Pemimpin politik perlu peka dengan hal ini kerana dalam dekad yang lalu, rakyat tidak segan untuk menukar kerajaan dan pemimpin yang, pada pandangan mereka, tidak berkhidmat untuk kepentingan terbaik mereka.

"Apabila rakyat bersuara, kerajaan dan pemimpin harus mendengar kerana seperti mana mereka (rakyat) meletakkan mereka di sana (dalam kerajaan), mereka juga boleh menyingkirkan mereka melalui proses demokratik yang sama," katanya yang juga ahli Akademi Sains Malaysia.

Akta Hasutan 1948 undang-undang era kolonial kontroversi, menjenayahkan ucapan yang mempunyai "kecenderungan menghasut."
Antara definisi kecenderungan menghasut dalam akta ini termasuk kecenderungan untuk menimbulkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja, kerajaan atau pentadbiran keadilan, untuk mempromosikan perasaan tidak senang dan permusuhan antara kaum atau kelas yang berbeza dan untuk mempersoalkan sebarang keistimewaan yang diperuntukkan untuk orang Melayu, pribumi dan kerabat diraja.

Akta ini pertama kali diperkenalkan oleh Inggeris pada tahun 1948 dan kemudian dipinda selepas rusuhan 13 Mei 1969 untuk memperluas skop sekatan terhadap kebebasan bersuara.

Kerajaan PH telah berjanji untuk memansuhkan akta ini sebagai sebahagian daripada manifesto gabungan tersebut.
Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Syaza Syukri (gambar atas) bersetuju dengan pandangan Jayum mengenai apa yang bakal dihadapi kerajaan jika gagal menunaikan janji reformasi.

Kata Syaza ini memberi peluang kepada pembangkang untuk menonjolkan hipokrasi parti pemerintah.

Secara keseluruhannya, tidak ada kelebihan untuk PH dalam mengekalkan akta ini, katanya.

"Satu-satunya kelebihan yang saya lihat sekarang, untuk mendapatkan sokongan daripada keluarga diraja kerana penggunaan akta hasutan baru-baru ini berkaitan dengan kerabat diraja," katanya kepada Malaysiakini.

Dia merujuk kes Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, yang didakwa di mahkamah Kelantan pada 27 Ogos atas ucapannya semasa pilihan raya kecil Nenggiri baru-baru ini.
Kenyataan Muhyiddin itu telah mengundang kemurkaan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kerana menuduh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menghalang percubaannya untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15.

Anwar mempertahankan penggunaan akta hasutan terhadap Muhyiddin berkata dia mesti menghadapi akibat daripada kata-katanya itu.

Sementara itu penganalisis politik Wong Chin Huat (gambar bawah) berkata kerajaan mungkin dilihat sebagai "menjual orang Melayu" jika akta hasutan dimansuhkan.
Ini boleh dielakkan jika pembangkang menyokong pemansuhan akta tersebut, tambahnya.

"Dari segi politik, ramai orang Melayu melihat akta hasutan sebagai alat untuk melindungi dominasi politik dan kepekaan mereka daripada dicabar," jelasnya.

Untuk mengatasi naratif ini, dia berkata kerajaan boleh melaksanakan garis panduan dalam penggunaan akta tersebut yang dapat mengurangkan kebencian partisan yang memecahkan pengundi Melayu.

"Pada masa ini, kerajaan bertindak balas terhadap isu ini dengan memposisikan dirinya sebagai proistana, berdasarkan anggapan bahawa kebanyakan orang Melayu juga proistana.
"Walaupun anggapan ini tepat, pandangan seperti itu mungkin berubah dari semasa ke semasa," katanya.

Garis panduan mengenai penggunaan akta hasutan akan memastikan aplikasi akta tersebut yang tidak berat sebelah, konsisten dan munasabah, tambahnya.

Wong juga berkata ini akan berfungsi untuk menghilangkan kebimbangan bahawa kerajaan sekarang sama seperti "autoritarianisme gaya lama BN dalam pakej baru."

"Menghapuskan kawasan kelabu, memastikan pelaksanaan yang konsisten, kerajaan akan muncul sebagai reformis yang tulen walaupun akta hasutan kekal," katanya.
Namun, dalam memansuhkan akta tersebut, Wong berkata kerajaan tidak akan dilihat sebagai hipokrit atau "mengingkari janji," yang akan menjadi satu kelebihan.

Sementara itu, Syaza berkata isu lain yang perlu ditangani kerajaan termasuk jika rakyat Malaysia sudah bersedia untuk kebebasan bersuara terutamanya melibatkan perbincangan 3R (kaum, agama, raja).

"Adakah kita boleh membenarkan orang mengkritik isu 3R seperti yang dilakukan Muhyiddin? Adakah kita boleh menghentikan penyamaan kritikan dengan hasutan?

"Kerana isu 3R didakwa sebagai menghasut dan boleh menyebabkan ketidakharmonian," katanya.

[Baca berita asal]

Tuesday, August 20, 2024

PRK Nenggiri: PAS tanggung kekalahan terbesar, kata penganalisis

malaysiakini.com
Shahrin Aizat Noorshahrizam & Sheha Mohd Amin
Diterbitkan: Aug 20, 2024 8:30 AM
Kekalahan PN dalam PRK Nenggiri antaranya disebabkan penyokongnya, menurut penganalisis politik.

Mereka berpandangan penyokong Bersatu bukan saja enggan keluar mengundi, malah ada yang mengundi Umno.

Penganalisis politik Azmi Hassan bagaimanapun berkata, kekalahan sebenar ditanggung oleh PAS ekoran isu calon yang menyebabkan boikot di kalangan penyokong Bersatu.

“Cara calon dipilih menunjukkan betapa kuatnya PAS sehingga mereka boleh membuat keputusan di pihak Bersatu.

“Ini membawa kepada khabar angin sesetengah penyokong Bersatu bukan saja boikot, malah sabotaj dengan mengundi Umno.

“Jadi secara keseluruhan, PAS kalah paling besar dan disusuli PN kerana selepas ini, mungkin ada lebih banyak konflik antara Bersatu dan PAS,” katanya kepada Malaysiakini.

PN meletakkan Mohd Izwadi Ismail daripada Bersatu bagi PRK itu, namun dia didapati “diimport” daripada PAS memandangkan dia sebelum itu adalah anggota parti itu.

Senada dengan Azmi adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Syaza Shukri yang berkata dia terkejut dengan keputusan PRK Nenggiri dan yakin pengundi BN “sudah kembali”.

Syaza berkata walaupun Kelantan adalah kubu kuat PAS, Nenggiri adalah kerusi tradisi BN sehinggalah ia dirampas Bersatu dalam PRN tahun lalu.

“Jadi saya tak fikir kita boleh buat generalisasi dengan mengatakan orang Kelantan menolak PAS. Nenggiri adalah kerusi spesifik dengan sejarah dan bentuk yang tersendiri,” katanya.

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani daripada BN menewaskan Rizwadi dengan majoriti 3,352 undi.

Ini merupakan kekalahan PRK terbesar PN selepas PRU15.

Ini juga PRK pertama selepas PRU15 di mana parti penyandang tewas.

Kemenangan Ku Li, bukan Madani

Syaza juga memuji strategi yang digunakan BN dan berkata kemenangan gabungan itu disebabkan pengarah strategi PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Apa yang saya lihat, ini bukan kemenangan kerajaan Madani. Pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkenaan kenaikan gaji penjawat awam tidak memainkan apa-apa peranan dalam PRK ini. Ini adalah masterclass Ku Li,” katanya lagi.

Penganalisis politik dari Sunway University Wong Chin Huat berkata strategi Ku Li untuk tidak melibatkan DAP dalam kempen adalah keputusan yang betul dan natural.

Berhubung jika Umno boleh memanfaatkan DAP dalam usaha mendapatkan undi Orang Asli, Wong berkata Umno sendiri boleh mendapat sokongan mereka, terutama dengan penglibatan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor.

“Jadi, walaupun jika DAP berkempen di kawasan Orang Asli dan PN menggunakannya (untuk menyerang ketika kempen), ia sukar untuk membangkitkan (sentimen) fobia DAP.

“Pertimbangan nyata barangkali berkenaan sama ada Umno mampu mendapatkan undi Orang Asli dan ia tidak mahu berkongsi kredit dengan DAP (atas kejayaan itu),” katanya.

PAS tak kebal

Perkembangan politik mutakhir di Kelantan menyebabkan penganalisis mempersoalkan tanggapan kekebalan PAS di negeri itu.

Azmi berkata sukar untuk membuat sebarang andaian jika perbezaan undi kurang daripada 1,000, namun majoriti kemenangan BN di Nenggiri menunjukkan PAS bukanlah langsung tak dapat digugat.

“Jika PAS boleh ditewaskan di Kelantan, pastinya ia mampu dicabar di negeri lain. Saya melihat kekebalan PAS lebih kepada mitos pada masa ini kerana di Kelantan mereka bukan saja kalah, tapi kalah dengan teruk,” katanya lagi.

Syaza juga senada dengan pandangan itu dan berpandangan tahap sokongan PN mungkin sudah mencapai takat tertingginya.

“Kita melihat tahap sokongan terhadap PN mungkin sudah mencapai takat tepu. Bagi PN, usaha untuk mengekalkan tahap sokongan ini akan menjadi sangat mencabar, terutama bagi menarik pengundi Nenggiri seperti yang dapat dilihat di Nenggiri,” kata Syaza.

Pandangan para penganalisis membayangkan kemungkinan perubahan dalam dinamik politik di Kelantan - negeri yang sekian lama dianggap kubu kuat PAS.
View Synonyms and Definitions

Saturday, August 17, 2024

PN kalah di Nenggiri, prestasi terburuk dalam PRK

malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Aug 17, 2024 10:08 PM
Kekalahan PN di Nenggiri merupakan prestasi terburuk gabungan itu dalam pilihan raya kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, walaupun tewas dalam PRK seperti di Pulai dan Simpang Jeram, PN berjaya meningkatkan atau mengekalkan peratusan undi mereka.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Nenggiri.

Berdasarkan keputusan rasmi, peratusan undi PN di kerusi tersebut merosot daripada 53.3 peratus tahun lalu kepada 38.7 peratus.

Jumlah undi yang diterima juga menurun daripada 6,517 undi kepada 5,739 undi.

Pengarah operasi pilihan raya PN untuk Nenggiri, Annuar Musa, mendakwa lebih daripada 2,000 penyokong PN tidak keluar mengundi kerana BN telah 'membeli undi'.

Namun, dia tidak menjelaskan kaitan antara kedua-dua dakwaan tersebut.

Peningkatan kehadiran pengundi dan keputusan di pusat daerah mengundi (PDM) juga menunjukkan terdapat peralihan undi kepada BN.

Berbanding pilihan raya negeri tahun lalu, PRK kali ini hanya terdapat penambahan 40 pengundi berdaftar.

Namun, kadar keluar mengundi kali ini jauh lebih tinggi iaitu 73.9 peratus berbanding 61 peratus tahun lalu.

Peratusan undi BN juga meningkat kepada 61.3 peratus berbanding 46.7 peratus, manakala jumlah undi yang diterima juga meningkat 3,384 undi kepada 9,091 undi.

Ini dapat dilihat berdasarkan keputusan di PDM, di mana BN menang 17 daripada 20 PDM, berbanding hanya tujuh PDM tahun lalu.

Meskipun tewas di PDM Ladang SEDC, Kesedar Limau Kasturi dan Pasir Tumboh, BN berjaya mengurangkan majoriti PN daripada tiga angka di setiap PDM kepada dua angka.

Kemenangan BN di Nenggiri adalah kali pertama sejak PRU15 selepas kerusi itu bertukar tangan.

Apa sebenarnya yang mendorong peralihan sokongan kepada BN masih belum jelas buat masa ini.

Namun, antara perkembangan penting semasa tempoh berkempen adalah pengumuman Kementerian Kewangan bahawa Nenggiri bakal menerima mesin ATM.

Pada masa ini, penduduk di Nenggiri terpaksa berjalan sejauh 50km ke bandar Gua Musang untuk mengeluarkan wang daripada ATM.

Sementara itu, kerajaan pada Jumaat lalu mengumumkan skim kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Ini juga merupakan PRK pertama di mana DAP - musuh lama Umno yang kini menjadi sekutu - tidak terlibat dalam kempen.

Thursday, August 8, 2024

Bersih: Guna bangunan k’jaan bercanggah amalan pilihan raya bersih, adil

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 8, 2024 12:12 PM
PRK NENGGIRI l Tindakan BN yang didakwa menggunakan bangunan milik kerajaan untuk operasi pilihan raya kecil di Nenggiri jelas bercanggah dengan amalan pilihan raya yang bersih dan adil, kata badan pemerhati pilihan raya Bersih.

Premis dan bangunan kerajaan tidak boleh digunakan sebagai markas atau pejabat mana-mana parti politik, kata Bersih kepada Malaysiakini.
“Sepatutnya pihak kerajaan perlu memastikan ada pemisahan yang jelas antara parti dan juga kerajaan sebagaimana yang termaktub dalam Article 4(1) Inter-Parliamentary Union.

“Sekiranya asset-asset kerajaan digunakan untuk mempromosikan dan memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik, proses kempen tidak akan menjadi adil dan keputusan-keputusan pilihan raya akan kurang keabsahannya,” kata Bersih.

Badan pemantau pilihan raya itu diminta mengulas kenyataan pengarah operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri Annuar Musa yang mendakwa bangunan, premis kerajaan dan asset serta penjawat awam digunakan membantu kempen parti kerajaan.

Dalam hantarannya di Facebook semalam, Annuar turut menyiarkan gambar yang menunjukkan bangunan yang dihiasi dengan bendera dan sepanduk BN.

Ini dikatakan berlaku di Dewan Teratai, kawasan penempatan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang.

“Pilihan raya melibatkan parti dan bukan kerajaan. Jakoa (Jabatan Kemajian Orang Asli), Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), Felcra (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan), Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan yang lain-lain perlu bebas dari dipaksa atau diperalatkan oleh parti politik.

“Pegawai kerajaan tidak suka mereka dipaksa melakukan arahan pemimpin parti tertentu.

“Berhentilah dari amalan yang tidak baik ini,” tulisnya.
Mengulas lanjut, Bersih turut bersetuju dan menggesa agar aset kerajaan tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk memberi kelebihan tidak adil kepada calon parti kerajaan.

PRK pada 17 Ogos ini adalah pertembungan antara calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Rizwadi Ismail yang mewakili PN.

Pada 19 Jun, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas menerima notis daripada Bersatu bahawa keahlian Azizi Abu Naim terhenti daripada ahli parti itu pada 13 Jun.

Saturday, June 29, 2024

Kerjasama parti ‘resipi’ tawan Putrajaya, PAS beritahu Dr M

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-29 Jun 2024, 08:00 PM

PAS berkata tiada parti boleh bentuk kerajaan persekutuan bersendirian tidak kira dalam gabungan PN, BN atau PH.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Dr Mahathir Mohamad setiap parti memerlukan kerjasama parti lain untuk bentuk kerajaan persekutuan.

PETALING JAYA: PAS yakin dasarnya yang akan bekerjasama dalam pelbagai bentuk dari sudut politik antara ‘resipi’ utama menawan Putrajaya pada PRU16.

Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata setiap parti memerlukan kerjasama parti lain termasuk dengan pihak di Sabah dan Sarawak.

“Sebab itu daripada 15 kali PRU, PAS bertanding dalam pelbagai bentuk kerjasama politik pada 13 kali PRU. PAS meyakini kerjasama politik serta persefahaman antara resipi utama dalam pembentukan kerajaan menghadapi PRU16,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, tiada parti boleh membentuk kerajaan persekutuan bersendirian tidak kira dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, dalam temu bual dengan FMT bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan persekutuan sendiri memandangkan popularitinya yang terhad.

Mahathir yang juga penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PAS dikenali SG4 berkata, parti itu hanya mampu meraih undi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Mereka mesti bekerjasama dengan orang lain. Jika PAS mahu menjadi kerajaan, ia perlu mencari kira-kira 80 kerusi lagi untuk membentuk 112 (untuk majoriti mudah di Dewan Rakyat)…80 kerusi ini akan datang dari pantai barat (Semenanjung) dan orang pantai barat bukan penyokong PAS.

“Jadi PAS dengan sendirinya tidak boleh memerintah negara. Ia perlu bekerjasama dengan bukan Melayu dan Melayu yang bukan ahli (atau penyokong) PAS,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata tidak timbul dasar PAS tidak diterima bukan Melayu serta pengundi Sabah dan Sarawak.

Dakwanya, PH juga tidak mendapat sokongan di Kelantan dan Terengganu.

“Apa yang penting kerjasama politik pelbagai kumpulan adalah strategi utama setiap kali menghadapi PRU,” katanya.

Senada dengan Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata semua kerajaan yang memerintah negara adalah gabungan parti.

“Umno dahulu berkongsi dalam Perikatan. Kemudian bentuk BN. (Jadi) Kena tanya Mahathir apa maksud beliau,” katanya.

Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Friday, April 26, 2024

Selepas menjadi 'penumpang', Umno bakal terkubur pada PRU16

 MalaysiaNow

April 26, 2024 9:00 pagi

Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerhati menjangkakan kejatuhannya tidak lagi dapat disekat.
Satu masa dulu dikenali sebagai 'abang besar' dalam kerajaan, Umno kini berdepan risiko dikuburkan pada PRU akan datang.

Projek terbaru PKR untuk memastikan presidennya Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-16 mengundang pelbagai persoalan mengenai masa depan Umno, parti yang pernah menjadi platform utama semua perdana menteri Malaysia.

Pemerhati dan bekas pemimpin parti berkata, kempen PKR untuk menjadi dominan dalam kerajaan memberikan petanda buruk terhadap masa depan Umno.

Parti yang pernah diberi jolokan "abang besar" ketika di tampuk kuasa selama enam dekad itu, kini dilihat "menumpang" di bawah kerajaan diketuai Pakatan Harapan (PH), hasil 26 kerusi yang mampu dimenanginya pada PRU15 lalu.

Bekas setiausaha eksekutif Barisan Nasional Pulau Pinang, Azizi Safar berkata langkah PKR itu tidak mengejutkan, kerana parti itu ditubuhkan dengan matlamat utama "menenggelamkan".

"Itu fakta sejarah," Azizi, yang masih ahli Umno, memberitahu MalaysiaNow.

"Jika PKR mahu jadi parti politik utama negara, tiada ruang untuk Umno bangkit semula sebagai parti politik utama negara sekiranya Umno kekal jadi penumpang dalam 'kapal PH'."

"Kapal PH" yang dimaksudkan itu ialah "kerajaan perpaduan", kerjasama politik dijalinkan selepas PRU15 yang menyaksikan BN setuju menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri berikutan keputusan parlimen tergantung.

Langkah Pengerusi BN dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu dilihat sebagai talian hayat terakhir untuk Anwar selepas berdekad berjuang untuk jawatan tertinggi itu.

Pada konvensyen khas PKR Ahad lalu sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya, timbalan presidennya Rafizi Ramli mengumumkan gerak kerja parti yang mahu meneruskan kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri sehingga PRU16.

"Keseluruhan kepimpinan dan kekuatan parti akan mula digerakkan untuk turun ke negeri-negeri secara berkala dan diperturunkan ke cabang-cabang menandakan persediaan untuk PRU-16 bermula pada hari ini dengan sasaran lengkap.


"Insya Allah persiapan yang bermula dua tahun lebih awal ini akan memastikan Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU yang akan datang," kata Rafizi.

Anwar pula berkata PKR mahu menjadi "gergasi'dalam sistem politik negara", walaupun parti itu hanya mempunyai 31 daripada 82 kerusi PH di Dewan Rakyat.

Sokongan terhadap Umno, parti yang memimpin BN ketika gabungan itu menguasai kerajaan dengan majoriti dua pertiga, mula merosot sejak 1999, walaupun dapat pulih seketika pada 2004 pada PRU pertama selepas Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, pada 2008, Umno menerima pukulan dari gabungan PAS-PKR-DAP dikenali sebagai Pakatan Rakyat, dan trend tersebut diteruskan pada 2013 sehingga akhirnya hilang kuasa pada 2018.

PRU15 pada November 2022, penolakan pengundi Melayu menyaksikan kekalahan paling memalukan bagi Umno, dengan hanya menang 26 kerusi di bawah BN.

Tahun lalu, pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan meninggalkan Umno dengan hanya 19 kerusi di enam negeri itu, daripada 108 yang ditandinginya. 
Isham Jalil
Isham Jalil, bekas jurucakap Umno yang semakin lantang bersuara sejak dipecat Disember lalu, meramalkan Umno akan hilang semua kerusi parlimennya di Semenanjung Malaysia jika kerjasama dengan PH diteruskan.

"Jika dan bila ini berlaku, Umno hanya akan menjadi parti satelit kepada PH dan DAP, serta hanya mampu bergantung kepada pengundi bukan Melayu untuk kekal sebagai sebuah parti politik.

"Akar umbi Umno tidak mahu mengikuti Umno Zahid," kata Isham, salah seorang penyokong setia bekas perdana menteri Najib Razak, kepada MalaysiaNow.

Sekiranya tidak bekerjasama dengan PH, apakah pilihan Umno?

"Umno kena bekerjasama dengan parti-parti yang sealiran dengannya seperti Perikatan Nasional. Untuk terus bersama PH, ini sukar kerana orang Melayu masih enggan menyokong DAP," kata Ahmad Atory Hussain, pemerhati veterab politik Melayu, merujuk kepada DAP yang mendominasi kerusi PH.

Azizi menjangkakan jumlah kerusi ditandingi Umno akan semakin mengecil sekiranya masih bersama PH.

"Ini mengecilkan lagi peluang Umno untuk menang lebih banyak kerusi."

Bagi Isham, tidak banyak yang boleh membantu parti tersebut selagi bekerjasama dengan PH.

"Ia tidak lagi menjadi parti yang berjuang untuk orang Melayu seperti tujuan asalnya, tetapi parti yang mengikut DAP dan PKR," kata Isham.

Monday, March 25, 2024

Saifuddin: Impian kami mahu Anwar jadi PM penggal kedua

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 25, 2024 8:30 AM
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berharap Anwar Ibrahim akan berkhidmat sebagai perdana menteri untuk penggal kedua.

"Sekarang dalam penggal pertama, insya-Allah, sekarang dah ada kejelasan, untuk memasuki penggal kedua. Itulah impian kita," katanya dalam episod Keluar Sekejap yang bersiaran semalam.

Mengulas mengenai kesihatan Anwar, dia berkata selain kecederaan bahu dan belakang, perdana menteri itu dalam keadaan "tip-top".

“Dia lebih sihat daripada saya,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 pada Nov 2022 selepas berjaya menyatukan kerajaan gabungan pasca pilihan raya, dengan bekas seteru tradisi BN sebagai rakan kongsi utama.

Bagaimanapun, perjalanan presiden PKR itu menerajui Putrajaya tidaklah begitu lancar.

Pengkritik berkali-kali membidas bahawa walaupun diketuai oleh seorang reformis, pelaksanaan reformasi berjalan dengan perlahan.

Terdapat juga kritikan terhadap langkah regresif oleh kerajaan, seperti dalam isu pindaan kewarganegaraan.

Kerjasama Pakatan Harapan dengan BN dan percubaan mereka untuk memenangi undi konservatif juga mempunyai keputusan yang berbeza pada pilihan raya, termasuk kerajaan negeri Selangor kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri tahun lepas.

Pengacara Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin berkata realiti di lapangan ialah majoriti pengundi Melayu tidak menyebelahi gabungan Madani.

Saifuddin, dalam jawapannya, berkata sentimen Melayu selalunya "emotif", dengan orang tidak berminat untuk mendengar fakta dan angka sebaliknya, "cerita".

"Jadi ia adalah satu cabaran bagaimana kami mahu menyampaikan mesej (kami)," katanya.

Ditanya sama ada kerjasama PH dengan BN akan diteruskan pada pilihan raya umum akan datang, Saifuddin berkata bagi PKR, keputusan masih belum dibuat.

Sementara itu, Saifuddin turut menolak dakwaan Khairy bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah beban terhadap PH.

Dia berkata walaupun Umno dan DAP dilihat sebagai rakan kongsi yang tidak sehaluan bagi sesetengah pihak, mereka adalah "rakan kongsi dalam perjuangan" dalam konteks kerajaan campuran sekarang.

Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyorot kesalahan masing-masing.

Dia menambah bahawa Anwar telah mengajar PKR untuk setia kepada rakan mereka melalui tempoh sukar, dan menerima kepelbagaian pendapat.

Friday, November 10, 2023

Bersatu terima padah, tolak peruntukan akta anti-lompat parti, kata KJ

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad 
10 Nov 2023, 8:00pm

Khairy Jamaluddin berkata Bersatu sebelum ini menolak satu peruntukan yang mengarahkan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika menyokong kerajaan.
Khairy Jamaluddin berkata satu peruntukan dalam draf RUU anti-lompat parti yang ditolak Bersatu menyebabkan akta itu mempunyai kelompongan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tindakan beberapa pemimpin Bersatu yang menolak satu peruntukan dalam draf akta anti-lompat parti sebelum ia dikuatkuasakan sebelum ini ternyata memberi padah kepada parti itu apabila beberapa Ahli Parlimen mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan, kata Khairy Jamaluddin.

Mendedahkan perkara itu Khairy berkata, menteri dan wakil rakyat Bersatu menolak cadangan asal yang dibawa Menteri Undang-Undang ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung klausa “wakil rakyat perlu mengosongkan kerusinya jika melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di parlimen”.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata, pemimpin Bersatu bertegas menentang klausa tersebut apabila ia pertama kali dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hingga ia dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.

Bersatu sebelum ini adalah sebahagian kerajaan gabungan yang menyokong pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

“Ironinya, bila dibawa ke Jemaah Menteri, untuk dibincang draft ini, antara paling lantang menentang adalah Ahli Parlimen Bersatu, menteri-menteri Bersatu, iaitu mereka dari PN sekarang.

“Mungkin sebab mereka juga ada pengalaman melompat (parti). Ironinya menteri-menteri yang bantah draft asal, kini jadi mangsa terhadap draf yang telah dipinda dan diluluskan,” katanya pada Podcast Keluar Sekejap bersama bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Pada Rabu lalu, Suhaili memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya selepas menyatakan sokongan kepada pentadbiran Anwar.

Khairy berkata Wan Junaidi dapat mengesan kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti, bagaimanapun, katanya, “lubangnya terlalu besar”, sambil menambah Bersatu ketika ini juga tidak dapat berbuat apa-apa.

“Sekarang ini, Ahli Parlimen ini akan jadi ahli Parlimen zombie. Maknanya Bersatu tak boleh pecat, mereka tak boleh sertai BN-PH atau PN, dia hidup macam Zombie dan akan dapat peruntukan,” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa undang-undang lompat parti sebagai cacat dan perlu dikaji semula. Katanya, terdapat kelemahan yang boleh dieksploitasi parti politik.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris ketika dihubungi memberitahu tiada arahan rasmi kepada semua Ahli Parlimen parti itu supaya tidak menyokong kerajaan.

“Tak payah ingatkan, bila pembangkang tentang kerajaan, Ahli Parlimen dia kena tentang kerajaanlah, tidak menyokong kerajaan. Tak akan nak bagi ingatan sorang-sorang Ahli Parlimen (pembangkang), jangan sokong kerajaan, itu bukan politik,” katanya.

Sunday, October 8, 2023

Menang di Pelangai tapi undi BN merosot - Muhyiddin

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 8, 2023 12:02 PM
Meskipun PN tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai semalam, namun gabungan itu menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Pun begitu Muhyiddin berkata pihaknya tetap menghormati pilihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi di DUN berkenaan.

"Walaupun PN tidak memenangi kerusi tersebut, PN menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding PRU15 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi.

"Majoriti yang diperolehi oleh BN pula merosot daripada 4,048 dalam PRU 15 kepada 2,949 dalam PRK ini," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.
Dalam pada itu Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mendakwa, keputusan PRK DUN Pelangai juga menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupun bergabung dengan PH.

Ini katanya walaupun seluruh jentera serta sumber kerajaan "dikerah secara terang-terangan" untuk membantu kempen BN.

"Saya percaya sepertimana trend dalam pilihan raya negeri (PRN) dan siri PRK sebelum ini, tidak berlaku pemindahan undi (vote transferability) yang ketara antara PH dan BN.

"Sebaliknya, yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu," kata bekas perdana menteri itu.

Keputusan PRK DUN Pelangai semalam menyaksikan calon BN, Amizar Abu Adam berjaya mempertahankan kerusi itu dengan memperoleh 7,324 undi (62.37 peratus).

Amizar menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.

Pada pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos lalu, PN memperoleh kemenangan besar di tiga negeri dan turut berjaya menembusi negeri-negeri yang dikuasai PH dan BN.

BN pula mempamerkan prestasi buruk apabila hanya memenangi 19 kerusi di enam negeri berkenaan.

Friday, September 8, 2023

Ahli Umno jangan undi PH, elak DAP tegakkan dasarnya

harakahdaily.net
September 5, 2023

Malaysian Malaysia dan Negara Sekular
DI PRK Pulai dan PRK Simpang Jeram, Umno tidak terlibat meletak calon. Umno dan BN tidak menganggotai PH. Umno dan BN cuma anggota Kerajaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru tiada obligasi ahli Umno mengundi PH. Lebih lebih lagi DAP yang menjadi tonggak PH dan pelindung PAN mengisytiharkan pendirian meneruskan dasar Malaysian Malaysia (yang diperkenalkan Lee Kuan Yew) dan hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular.

Dasar ini ditentang hebat oleh Umno dan seluruh umat Melayu, Islam dan Bumiputera zaman berzaman, tetapi cuba dipertahankan Presiden Umno.

Justeru ahli dan penyokong Umno berpeluang besar membuktikan pendirian mereka mengutamakan Ukhuwah Islamiah dan semangat Muafakat Nasional dengan memastikan undi Melayu tidak berpecah.

Harus keluar beramai ramai sebagai tanggungjawab membuktikan solidariti orang Melayu adalah penentu politik negara kita.

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPR. HAJI ANNUAR HAJI MUSA 
HARAKAHDAILY 5/9/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02oGHfFVQvRXTc5tKbA4KaaDmpgVedMrgKEn62QMrsiE1ZpRtR6pVtnwh4j1KGjpZml&id=100044166709607&mibextid=Nif5oz

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Wednesday, August 30, 2023

Kedudukan calon kerajaan di Simpang Jeram 'belum selamat'

malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Aug 30, 2023 7:35 PM
PRK JOHOR | Belum ada petanda yang jelas menunjukkan calon kerajaan peraduan, Nazri Abdul Rahman, berada dalam keadaan selamat untuk mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram.

Adun Bentayan, Ng Yak Howe, berkata ketika ini peluang kedua-dua calon dilihat seimbang walaupun kerusi itu sebelum ini diwakili bekas menteri, Salahuddin Ayub.

“Setakat ini kami dapati peluang untuk menang masih lagi 50-50, keadaan masih agak mencabar lagi dan belum nampak lagi calon kerajaan sedang mendahului,” katanya kepada pemberita selepas program Kopitam Talk di Taman Sakeh Baru, hari ini.

Terdahulu Ng bersama Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), dan Chew Chong Sin (Adun Mengkibol) hadir dalam program itu bagi memperkenalkan Nazri sebagai calon kepada masyarakat dan pengundi Cina setempat.

Bentayan merupakan satu daripada tiga kawasan DUN yang terletak di bawah parlimen Bakri. Dua lagi DUN bagi kawasan sama ialah Simpang Jeram dan Bukit Naning.
Ng Yak Howe
Dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 20 Jan tahun lalu Salahuddin mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram dengan kelebihan 2,399 undi.

Ng pula mengekalkan kemenangannya di Bentayan dengan perbezaan 7,476 undi, manakala calon Umno, Mohd Fuad Tukirin mengambil alih kerusi DUN Bukit Naning daripada PH dengan majoriti 1,535 undi.

Ng berkata kemenangan Nazri pada 9 Sept ini banyak bergantung kepada jumlah pengundi yang keluar untuk menyertai PRK nanti, selain sokongan yang dapat diberikan pengundi Umno.

“Undi daripada penyokong Umno-BN juga merupakan penentu yang penting dalam PRK ini,” katanya.
Nazri berdepan saingan tiga penjuru iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya yang mewakili PN dan juga ahli perniagaan S Jeganathan selaku calon bebas.

Pengundi Melayu merangkumi 51.87 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar di Simpang Jeram, diikuti dengan Cina (44.58 peratus) dan India (2.53 peratus).

Ng juga berkata setakat ini respon pengundi Cina terhadap Nazri adalah positif, namun ada kebimbangan apabila masih ramai daripada komuniti terbabit tidak tahu yang mereka merupakan pengundi di DUN Simpang Jeram.

“Sebab itu sekarang kami mengadakan kaunter bergerak di tempat-tempat orang ramai untuk bantu mereka buat semakan, dan berharap mereka keluar mengundi pada 9 Sept ini,” katanya.

Tuesday, August 29, 2023

Tak ada logo dacing, Umno giatkan kempen penerangan

malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Aug 29, 2023 9:04 AM
Umno-BN sedang mempergiatkan kempen penerangan kepada ahli parti itu untuk memberikan undi mereka kepada calon PH di kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai, pada 9 September ini.

Berucap di ceramah kelompok DUN Simpang Jeram, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan berkata penerangan lanjut itu perlu kerana dalam kertas undi kali ini tidak akan ada logo dacing kerana BN akan diwakili oleh calon dari parti kerajaan perpaduan iaitu Amanah.
“Ini adalah ceramah kelompok keempat saya, jadi kalau ada yang kata Umno tak sokong calon PH Nazri tak betul kerana kita sedang berusaha bersungguh-sungguh memujuk ahli Umno menyokong beliau (Nazri).

“Kita juga akan meneruskan lagi usaha-usaha (penerangan ) ini sebab di dalam kertas undi tak ada logo dacing,” katanya Taman Sri Kasih, di Muar, malam tadi.

Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian berkata pihaknya menerusi Jalinan Rakyat Wanita akan memberi tunjuk ajar khususnya pengundi dan ahli Umno di kalangan warga emas untuk memilih calon yang mewakili BN.

“Jadi antara perkara yang nak kena buat ialah Jalinan Rakyat (JR) Wanita kena mengajar terutama mereka yang sudah berumur ini apabila melihat kertas undi tidak ada lambang dacing.

“Jadi, mereka ada tiga pilihan di situ. Kita ada calon Bebas dan calon kita nombor dua, kemungkinan kesilapan berlaku, kemungkinan undi rosak dan sebagainya. Saya kira perkara teknikal begitu perlu dibuat dikalangan bukan hanya penyokong Umno tetapi juga pengundi Melayu secara umumnya,” katanya.
Jelas Ahmad, isu logo mungkin tidak menjadi masalah di kalangan penyokong dan pengundi PH namun ia merupakan cabaran kepada Umno-BN kerana ini merupakan kali pertama mereka akan mengundi calon yang tidak menggunakan logo parti itu.

“Bagi masyarakat Cina mereka dah biasa dengan PH dan itu tak ada hal untuk mereka. Tapi kami ini kali pertama, ini kali pertama untuk pengundi di negeri Johor.

“Dalam enam PRN baru-baru ini sudah berlaku (ahli Umno undi calon PH) tetapi untuk PRN di Johor ini kali pertama dan saya harap usaha penjelasan itu diteruskan.

“Kita ada beberapa hari lagi dan kita baru selesai (berkempen) tiga hari. Bererti kita ada sebelas hari lagi untuk membuat penjelasan,” katanya.

Bagi pengundi muda pula, Ahmad berkata jentera parti kerajaan perpaduan sedang menggunakan segala platform media sosial sedia ada bagi mendekati mereka.

“Pengundi muda ini mereka tengok TikTok dan media sosial lain, jadi, saya harap jentera kerajaan perpaduan untuk dua-dua belah menggunakan segala media sosial dengan aktif supaya dapat mencapai imaginasi dan menangkap imaginasi pengundi muda.
“Itu penting. Menangkap imaginasi pengundi muda itu amat penting. Jadi saya harap usaha-usaha untuk menarik pengundi muda melalui media sosial diteruskan dengan gigih oleh jentera perpaduan,” katanya.

Tegas Ahmad, semua usaha itu penting bagi memastikan DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai kekal ditadbir pemimpin dari parti kerajaan.

“Yang perlu difahamkan kepada pengundi DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai terutama orang Melayu dikalangan ahli Umno ialah bahawa jika kita silap memilih (calon) kawasan kita jadi (kawasan parti) pembangkang.

“Kerajaan untuk negeri Johor telah selesai. Kerajaan untuk pusat pun telah selesai. Jadi kalau kita menyokong pembangkang apa faedahnya?” soal Ahmad.
Katanya, jika DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai tidak diwakili oleh wakil dari kerajaan ia akan menyukarkan banyak perkara.

“Ia akan menyukarkan urusan lima tahun daripada sekarang. Ini bukan urusan lima hari. Ini urusan kehidupan kita selama lima tahun untuk memastikan perkara-perkara masalah di tempat kita boleh diselesaikan.

“Ia jauh lebih mudah jika penyelesaiannya dibuat oleh wakil rakyat kerajaan kerana wakil rakyat kerajaan ini akan berada dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah sebagai contoh, yang dipengerusikan oleh DO.

“Wakil rakyat pembangkang tak ada dalam jawatankuasa ini. Itu sebagai contoh penting dan wakil rakyat Parlimen tentunya lebih mudah untuk mendapatkan bantuan-bantuan daripada semua kementerian dibanding dengan wakil rakyat pembangkang.

“Itu jadi lumrah politik, realiti politik di negara kita,” katanya.

Justeru, Ahmad, menggesa semua ahli Umno menyokong kerajaan hari ini kerana ia adalah titah Yang di-Pertuan Agong.

“Sokonglah calon kerajaan perpaduan kerana kerajaan perpaduan ini adalah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kita menjunjung titah itu dan kalau kita ada fobia dengan DAP rujuk kepada deklarasi Shah Alam 2012, deklarasi DAP 2016 yang ada menyebut bahawa DAP mendukung empat perkara utama dalam perlembagaan yang menjadi kekhuatiran kepada orang-orang Melayu.

“Ini perlu dijelaskan dan saya menyatakan fakta bahawa aa DAP adalah satu parti politik yang dinamik, dulu lain kaedahnya sekarang lain kaedahnya.

“Kerana mereka lebih memahami dari segi realiti hidup bermasyarakat dan bernegara dalam negara kita Malaysia,” katanya.
Sementara itu, berucap di pentas yang sama Pengerusi Amanah Negeri Khalid Samad mencadangkan agar slogan “Membangun bersama Islam” yang menjadi dasar pemerintahan dan pentadbiran bagi kerajaan negeri Kelantan ditukar kepada “mundur bersama PAS”.

“Masalah sekarang adalah di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Empat negeri yang antara termiskin, tapi dia ajar rakyat dia, pengikut dia tak kisah, miskin ke mundur ke yang penting kami (parti Islam-PAS) berkuasa.

“Nak air ke Islam. Dia ajar orang mundur pun tak apa asalkan kami yang berkuasa. Ini yang bermasalah. Ramai orang Kelantan, Pantai Timur datang cari kerja di Selangor, Pulau Pinang. Tapi kata Selangor tak bagus dan beritahu pengikut dia supaya tukar kerajaan. Walaupun dah bagus, dah terbaik, dah macam-macam perkhidmatan kerana bukan kami (PAS) yang perintah.

“Cogan kata di Kelantan saya cadangkan tukarlah, mundur bersama PAS. Baru tepat,” katanya.

PRK Simpang Jeram dan Pulai diadakan berikutan kematian menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup Salahuddin Ayub pada 23 Julai, sehari selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Pertembungan tiga penjuru akan berlangsung bagi kerusi DUN Simpang Jeram, antara calon PH Nazri Abdul Rahman, calon PN Dr Mohd Mazri Yahya, dan calon bebas S Jeganathan.
Sementara itu, di Pulai, Suhaizan Kaiat dari PH akan berdepan calon PN Zulkifli Jaafar dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi.

Saturday, August 26, 2023

Saya tak ada hak pertikai kegilaan Sanusi - Zahid

malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Aug 26, 2023 10:52 AM
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi memperolokkan kenyataan pengarah pilihan raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Umno bakal "berkubur" dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Johor.

"Tanyalah dia kenapa dia cakap macam tu. Saya tak ada hak untuk mempertikaikan kegilaan seseorang," kata Ahmad Zahid sambil tertawa kepada pemberita di luar Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa Johor bukan lagi kubu kuat BN dan PN bakal menewaskan pencabarnya di parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Sanusi dilapor berkata pengundi akan terus menolak Umno dalam PRK itu disebabkan kerjasama parti itu dengan PH dan pengerusinya, Anwar Ibrahim.

“Sampai masa sudah, BN-PH akan terbalik dengan gelombang ini. Di sana (Johor) dilahirkan di sana juga kuburnya. Bukan lagi kubu kuat,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Terdahulu Ahmad Zahid bersama pemimpin dan penyokong BN dan PH mengiringi calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu.

Monday, August 14, 2023

UMNO perlu keluar daripada kerajaan campuran, gesa akar umbi

agendaily.com
14/08/2023
Bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail.

Langkah segera perlu diambil dengan membawa keluar UMNO daripada kerajaan campuran sekarang ini, kata Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang digantung parti sebelum ini berkata keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu adalah jelas menunjukkan akar umbi menolak kerjasama yang dijalankan dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Katanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa UMNO ditolak oleh rakyat negara ini terutama orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP.

“Berkawan dengan DAP untung seringgit, rugi sejuta.

“Jika keadaan ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), ada kemungkinan besar UMNO akan menjadi parti kecil yang menang hanya belasan kerusi Parlimen gara-gara mahu terus bersama DAP dalam kerajaan untuk tiga atau empat tahun akan datang,” katanya hari ini.

Mohd. Yusof berkata, UMNO perlu segara mengambil tindakan drastik untuk keluar dari kerajaan atau berdepan kemungkinan UMNO tidak lagi berjaya pada PRU akan datang.

UMNO yang bertanding 108 kerusi hanya menang 19 kerusi DUN, mengalami kekalahan paling memalukan dalam sejarah politik tersebut sejak parti itu ditubuhkan.

Pada masa sama, PH juga merekodkan penurunan dalam jumlah kerusi yang dimenangi berbanding PRN sebelum ini, dipercayai ekoran protes pengundi tegar PH yang menolak kerjasama kerajaan Anwar dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan lebih 47 pertuduhan rasuah.

Siapa bakal MB N9?

bharian.com.my
Oleh Mohd Amin Jalil 
bhnews@bh.com.my
- Ogos 14, 2023 @ 12:28pm

Siapa bakal MB N9? 'PH dominasi menang 17 kerusi' ; 'Isunya UMNO tidak dibawa berunding'

SEREMBAN: Menjelang majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, petang ini, persoalan siapa bakal dilantik terus berlegar meskipun pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun, dijangka kekal menyandangnya.

Seorang pemimpin kanan DAP ketika dihubungi, menzahirkan keyakinan bahawa Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan dilantik sekali lagi untuk memegang jawatan nombor satu negeri itu.

"Walaupun maklumat mengenai nama MB Negeri Sembilan tidak disebut dalam surat jemputan bagi majlis mengangkat sumpah di Istana Seri Menanti, petang ini, saya yakin dan percaya bahawa Aminuddin akan dilantik sebagai MB," katanya.

Turut melahirkan keyakinan sama ialah pemenang kerusi DUN Klawang daripada AMANAH, Datuk Bakri Sawir.

Beliau berkata, PH memenangi lebih banyak kerusi membabitkan 17 DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu berbanding Barisan Nasional (BN) hanya 14 kerusi.

"Kita (PH) memenangi 17 kerusi, BN (14 kerusi) dan pembangkang (Perikatan Nasional/PN) hanya lima kerusi, justeru PH yang mendominasi. Memang tiada pengumuman lagi (siapa bakal menjadi MB), namun logiknya Aminuddin yang sepatutnya dilantik.

"Itu yang kita uar-uarkan pun sebelum pilihan raya. Jangkaan kita ialah Aminuddin. Adalah agak mustahil untuk berubah (calon MB) kecuali ada pengkhianatan daripada BN," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ketika dihubungi mendakwa pihaknya tidak dibawa berunding dalam soal pemilihan calon MB.

"Dalam perkara ini, kami (UMNO) bukan tidak setuju, namun isunya ialah kami tidak dibawa berunding. Kami ada 14 kerusi, parti tunggal yang mewakili orang Melayu di Negeri Sembilan.

"Setakat ini, saya tidak mendapat maklum balas daripada pihak Aminuddin (PH). Namun, saya berusaha untuk mengharmonikan perkara ini," katanya yang memaklumkan akan mengadakan sidang media pada tengah hari ini.

Bercakap kepada media, semalam, Aminuddin menegaskan siapa yang bakal mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan hanya akan diketahui pada jam 3 petang ini.

"Kepada ahli serta jentera parti dan semua penyokong sama ada daripada PH mahupun BN, saya minta bersabar kerana dalam masa yang singkat ini, kita cuba selesaikan dengan cara terbaik bagi memastikan kelangsungan Kerajaan Perpaduan dapat dilaksanakan," katanya.

Aminuddin turut menegaskan kedudukan beliau sebagai calon MB masih tidak berubah, setakat ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-