Saturday, July 25, 2015

Mat Sabu anggap dirinya masih ahli PAS sehingga wujud parti baru

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahliannya sebagai ahli PAS akan terhapus secara automatik apabila GHB didaftarkan. - Foto TRP/Adib Hakim

GEORGE TOWN, 25 Julai:

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu masih menganggap dirinya sebagai ahli PAS sehingga parti baru yang diilhamkan itu ditubuhkan secara rasmi.

Merujuk kepada kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun berkata keahliannya sebagai ahli PAS akan terhapus secara automatik apabila GHB didaftarkan.

Namun begitu katanya, beliau enggan mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Pesuruhjaya PAS negeri itu, Fauzi Mohd Yusof yang mengatakan bahawa PAS tidak akan gentar dengan parti baru itu.

Terdahulu, Fauzi dilaporkan berkata bahawa penubuhan GHB tidak akan menjejaskan keahlian PAS kerana parti itu mempunyai kira-kira 6,000 ahli baru.

“Mereka boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tetapi hakikat bahawa mereka seolah-olah menunjukkan minat dalam GBH ini menggambarkan terdapat banyak ketakutan dan kebimbangan dalam pembentukan GHB,” kata Mat Sabu.

Mengenai isu Bai’ah di mana wakil rakyat PAS atau Ahli Parlimen PAS perlu mengangkat sumpah sekiranya mereka ingin meninggalkan PAS dan menyertai parti baru, Mat Sabu bersependapat dengan pendirian Mufti Negeri, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

“Saya bukan ahli mana-mana pertubuhan agama jadi saya mesti mengelakkan diri daripada memberi komen tetapi saya akan berpendirian sama dengan apa yang dikatakan oleh Mufti Negeri,” kata Mat Sabu kepada pemberita selepas majlis Hari Raya Pasma dan GHB di Komtar di sini.

Sebelum ini, Dr Wan Salim berkata Bai’ah tidak sepatutnya diheret ke dalam kancah politik.

Melalui nama parti baru yang bakal ditubuhkan, Mat Sabu berkata Parti Progresif Islam adalah mencerminkan integriti dan keadilan.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada budi bicara pihak ROS dalam meluluskan parti baru tetapi kami berharap ia akan diluluskan,” katanya merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.

Apabila ditanya bilakah masanya beliau akan meninggalkan PAS, Mat Sabu berkata pembentukan dan kelulusan akan membawanya keluar daripada parti itu secara automatik.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai tekanan daripada pemimpin serta ahli PAS yang mendesak individu yang menyertai GHB supaya meninggalkan PAS.

“Sekarang masih tiada parti, kini kami masih sebuah NGO.

“Apabila parti sudah ada, saya akan menyatakan pendirian saya.

Mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa GHB adalah proksi DAP, sambil mengangkat bahu Mat Sabu berkata kewujudan GHB disedari oleh banyak pihak.

“Walaupun kita masih lagi belum ditubuh sebagai parti, ramai yang sudah berasa takut dan bimbang.

“Jika orang tidak peduli tidak akan ada apa-apa masalah,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/25/mat-sabu-anggap-dirinya-masih-ahli-pas-sehingga-wujud-parti-baru/#ixzz3gpIzVf5v

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-