Tuesday, July 28, 2015

Muhyiddin, kenapa bela The Edge? soal NGO

Penasihat Ekonomi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Su'ud Ridzuan berkata kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan BN akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat disebabkan skandal 1MDB adalah berbaur hasutan. - Foto TRP/Daniel Chan

KUALA LUMPUR, 27 Julai:

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mempersoal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat seolah-olah cuba membela Kumpulan Media, The Edge yang digantung penerbitannya.

Penasihat Ekonominya, Su’ud Ridzuan berkata tindakan Muhyiddin yang mengeluarkan kenyataan sedemikian menunjukkan beberapa agensi berkaitan yang bertanggungjawab menyiasat skandal 1MDB kelihatan bodoh.

“Mengenai respon kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang menyatakan BN akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Kenapa bela The Edge sehingga ada elemen di luar kenyataan yang mungkin bernada ugut?

“Bila dia cakap dia hanya dapat maklumat 1MDB melalui The Edge menunjukkan seolah-olah PMO (Pejabat Perdana Menteri), pegawai-pegawai penyiasat lagi bodoh daripada The Edge, takkan kita nak dengar cakap The Edge,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Jelasnya, kenyataan Muhyiddin yang mengatakan Barisan Nasional akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat disebabkan skandal 1MDB adalah berbaur hasutan.

Menurutnya, kenyataan sebegitu perlu dihentikan serta merta.

“Baru-baru ini dia ada sebut BN akan kalah sebab 1MDB, itu adakah hasutan! Sehingga hari ini tiada satu pun aduan dibuat, kalau tidak mesti Bank Negara dah ambil tindakan. Ia sangat berat.

“Ini mesti dihentikan. Kita mahu Tan Sri (Muhyiddin) bercuti,” jelasnya.

PMSP dijangka menyerahkan memoradum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa isu melibatkan Muhyiddin di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 11.30 pagi esok.

Antara kandungan memorandum berkenaan adalah mendesak Muhyiddin untuk menjawab hubungan perniagaan pembinaan rumah bersama pemilik The Edge, Datuk Tong Kooi Ong dan menyiasat kegagalan projek runding secara terus, 1Bestarinet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/27/muhyiddin-kenapa-bela-the-edge-soal-ngo/#ixzz3h6Xy15ey

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-