PETALING JAYA - Mereka yang berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bersedia dengan untuk menanggung kesan perbuatan mereka.
Amaran itu diberikan beliau di laman NajibRazak.com.
“Taktik itu tidak berhati perut -dalam beberapa kes membabitkan jenayah- untuk menggulingkan kerajaan akan gagal. Di mana sewajarnya mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang sepenuhnya,” tegas Najib.
Katanya lagi, amat memalukan banyak tuduhan palsu dibuat atas kepentingan peribadi dibuat ketika Malaysia mendapat peluang yang pada tahun ini di mana ia menjadi Pengerusi ASEAN selain status negara maju yang bakal dicapai dalam masa beberapa tahun lagi.
Najib berkata, serangan demi serangan tidak berasas terhadap dirinya dan keluarga bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Dalam tuduhan terbaharu kononnya saya mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi, saya percaya Tun, yang bekerjasama dengan warga asing termasuk dengan blog serangan politik yang hilang kredibilitinya, Sarawak Report berada di sebalik penipuan terkini,” katanya
Beliau menjelaskan, pihak yang membuat tuduhan itu tidak pernah memberikan apa juga bukti selain menggunakan dokumen yang didakwa bocor dan penyiasat yang tidak dinamakan.
Katanya, tiada satu pun sumber dokumen itu pernah ditunjukkan malah dokumen berkenaan tidak pernah diberikan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang didakwa oleh musuh politik.
“Sama ada daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau mana-mana entiti sebagaimana yang telah disahkan oleh syarikat berkenaan,” perincinya. - FMT
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=297422:najib-pengkritik-saya-akan-dihukum&Itemid=2#ixzz3eszoggee
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
tiba2 dah jadi pekak Wak hairan dengan kelakuan pemimpin2 top parti PAS. Dulu Karpal Singh kata,"Over my dead body" kalau sesiapa ...
-
Perwakilan Umno Cadang Penyokong Pembangkang Tidak Di Berikan BR1M Posted by Addin Deen at 12/06/2013 Perwakilan Umno...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Wak tak heran kalu penyokong dan pencacai2 UMNO ni sangat taksub terhadap pemimpin2 nye. Penyokong dan pencacai2 UMNO ni boleh di katekan ...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.