Datuk Seri Najib Razak boleh melihat penghujung harinya sebagai perdana menteri tidak lama lagi berikutan laporan mendedahkan dana milik negara disalurkan ke akaun peribadinya, kata penganalisis, sambil menambah isu itu boleh menggugat Umno.
Mereka berkata, pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report akan mengundang kerugian bagi parti Melayu itu pada pilihan raya umum akan datang.
Pendedahan itu memudaratkan sehingga ke tahap Umno dan Barisan Nasional (BN) kini hanya boleh memenangi pilihan raya akan datang sekiranya mereka bergabung dengan PAS, kata Pengarah Institut Asia di University of Tasmania, Profesor James Chin.
"Kerana jika ia benar, Melayu juga akan kehilangan kepercayaan kepada Umno. Jumlah itu terlalu besar, berbilion. Mencuri sejuta dari sini dan sana, mungkin ada peluang lagi untuk selamat tetapi bukan dengan berbilion.
"Umno betul-betul rosak dan hanya boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya mendapat sokongan PAS, sekiranya laporan itu benar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Chin merujuk kerajaan perpaduan di antara Umno dan PAS berikutan terkuburnya Pakatan Rakyat berusia 7 tahun selepas parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata populariti parti memerintah sudah pun tergugat sejak pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.
"Ini bermakna proses untuk pulih adalah panjang dan sukar," katanya.
Ibrahim berpendapat, sekali pun dibuktikan pendedahan itu tidak benar, kerosakan sudah pun berlaku.
"Ia meletakkan beliau dan kerajaan dalam persepsi sangat negatif.
"Perlu diingat, lawan Najib tidak akan berlengah tetapi mereka akan agresif. Ini akan menyukarkan resolusi penyelesaian bagi masalahnya," katanya.
WSJ dan Sarawak Report mendedahkan semalam yang siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mengatakan Peguam Negara juga sedar akan perkara tersebut.
WSJ berkata dokumen tersebut menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank dan badan berkait dengan 1MDB sebelum berakhir di dalam akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berlainan.
Sarawak Report juga berkata Peguam Negara sedar akan maklumat tersebut.
"Jika ini benar, inilah penghujungnya bagi Najib; bukan sahaja beliau akan dipaksa meletakkan jawatan tetapi juga akan didakwa kerana jumlah tersebut begitu besar," kata Chin.
Beliau berkata, Najib sudah pun dalam masalah walaupun beliau dapat buktikan wang tersebut digunakan untuk rakyat dalam PRU13, kerana ia disalurkan ke akaun peribadinya.
"Beliau perlu tunjukkan secara konklusif yang wang tersebut bukan miliknya. Sudah ada cakap-cakap yang wang tersebut digunakan untuk PRU13, jadi ia bukan wang peribadi.
"Namun ini tidak akan diterima begitu sahaja oleh rakyat walaupun pemimpin Umno. Asalkan mereka boleh buktikan wang tersebut dikreditkan kepada akaun peribadinya, karier politiknya sudah berakhir," kata profesor itu.
1MDB kini menjadi bahan siasatan beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikritik hebat beberapa bulan ini berikutan beberapa isu termasuk 1MDB yang mengumpul hutang RM42 bilion selepas hanya 6 tahun beroperasi. – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=297472:najib-umno-tergugat-selepas-pendedahan-wsj-kata-penganalisis&Itemid=2#ixzz3eu1RxRjj
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
tiba2 dah jadi pekak Wak hairan dengan kelakuan pemimpin2 top parti PAS. Dulu Karpal Singh kata,"Over my dead body" kalau sesiapa ...
-
Perwakilan Umno Cadang Penyokong Pembangkang Tidak Di Berikan BR1M Posted by Addin Deen at 12/06/2013 Perwakilan Umno...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Wak tak heran kalu penyokong dan pencacai2 UMNO ni sangat taksub terhadap pemimpin2 nye. Penyokong dan pencacai2 UMNO ni boleh di katekan ...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.