Sunday, July 26, 2015

PAS masuk BN.....?

‘Kita tidak akan masuk BN, very clear’
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sudah serik ketika bersama BN dahulu dan tidak akan sesekali kembali menyertai BN. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KOTA BHARU, 26 Julai:

PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) sekiranya terpisah daripada Pakatan Rakyat (PR) dan rela berjuang secara sendirian.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sudah serik ketika bersama BN dahulu dan tidak akan sesekali kembali menyertai BN.

Bagaimanapun, katanya sekiranya terbentuk pakatan baru di antara parti lain di masa hadapan perkara itu akan diserahkan kepada Majlis Syura untuk dibincangkan kemudian.

“Tak ada isu PAS sertai BN. Cukuplah sekali kita terkena…saya berani kata PAS takkan sertai BN dan perkara itu tidak akan berulang.

“Pendirian kita jelas iaitu tidak akan masuk BN…very clear. Di segi pakatan… apa jenis pakatan kita tidak tahu. Sekiranya ada kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membincangkannya namun buat masa ini pendirian kita ialah tidak akan sertai BN,” katanya ditemui selepas majlis Aidilfitri Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri, di sini, hari ini.

Mengenai isu di dalam Pakatan Rakyat (PR), Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan sekiranya PAS mahu disingkirkan, PAS boleh keluar dan tidak akan terhegeh-hegeh meminta simpati.

“Kalau terpaksa kita boleh `hidup sendirian’ dan bergerak sendirian lagipun kita (PAS) bermula dengan bersendirian sejak dahulu lagi,” ujarnya.

Difahamkan, isu ini berbangkit selepas ada di kalangan ahli PAS yang mendakwa PAS sudah tidak tidak relevan di dalam PR dan mungkin akan digantikan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui ahli progresif di dalam PAS.

Sebelum ini, bekas pemimpin kanan PAS Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata GHB diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 September depan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/26/kita-tidak-akan-masuk-bn-very-clear/#ixzz3gzHYwuTW

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-