PETALING JAYA - Srikandi Keadilan, sayap wanita muda bagi PKR mengutuk Puteri UMNO kerana hanya berperanan sebagai alat dan perkakas bagi melindungi kesilapan pemimpin.
Ketuanya, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, sebagai pemimpin muda, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sepatutnya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan bukannya lari daripada kenyataan.
Katanya, tindakan Puteri UMNO membuat laporan polis terhadap Sarawak Report hanyalah menutup kebenaran daripada mendapatkan kebenaran.
“Ini soal aset negara,wang rakyat dengan kata mudahnya apabila ada sesuatu yang didedahkan melibatkan pemimpin utama negera kita harus melihat ia sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan.
“Kita bercakap soal penyelewengan, ketirisan serta rasuah yang menyumbang kepada kadar ekonomi negara yang tidak menentu dan ini harus dipandang penting oleh Puteri Umno agar kebajikan rakyat dan hak mereka tidak mudah diseleweng, bukannya dengan bersikap mempertahankan tanpa asas, ” katanya.
Katanya, tindakan Puteri UMNO itu lebih kepada politik ‘wala’ bukannya bersifat prihatin untuk rakyat teramai.
“Ini beza kita orang muda berani bersuara dalam setiap perkara yang melibatkan kepentingan rakyat bukan menjadi alat dan perkakas untuk terus melindungi kesilapan pemimpin.
“Kepada Puteri Umno, bertindaklah sebagai anak muda yang berani bersuara demi kebenaran dan janganlah kerana kepentingan politik membolehkan kita menolak kebenaran,” katanya. - FMT
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=297862:puteri-umno-jangan-jadi-perkakas-lindungi-kesalahan-pemimpin&Itemid=2#ixzz3f1Iwc8Ym
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
SUARA TV Suara Tanpa Sempadan September 25, 2018 Abdul Mursyid KUALA LUMPUR — Sultan Johor murka terhadap seorang ahli Majlis Bandar Ray...
-
mhdaily.net 07/09/2020 8:00 PM Senator Muhammad Zahid Md Arip, bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, menafikan tuduhan menjadi pence...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
By watan Kehambaran himpunan anti-kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan (PH) semalam sudah dijangka sejak dari awal. Ketua Dewan Ulama PAS,...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
MALAYSIADATELINE December 23, 2018 9:25 am Cadangan atau keputusan kerajaan membabitkan rombakan kurikulum berkaitan subjek Agama amat ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Aug 15, 2023 9:39 AM Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya u...
-
malaysiakini.com N Faizal Ghazali & Hariz Mohd Diterbitkan: Sep 2, 2024 12:12 PM Empat negeri dikuasap PN mengambil langkah bersama untu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.