Friday, July 31, 2015

Serpihan pesawat hampir pasti MH370, lapor media

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion berkemungkinan besar milik Boeing 777. – Gambar fail Reuters, 30 Julai, 2015.

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor The Telegraph.

Akhbar berkenaan melaporkan, ombak Lautan Hindi yang bergerak dalam kitaran pusingan melawan arah jam berkemungkinan membawa bangkai serpihan pesawat itu ke pantai barat Australia, dan selatan Indonesia, yang memungkinkan serpihan pesawat itu milik MH370.

Laporan media itu turut mengatakan, serpihan pesawat yang ditemui itu berkemungkinan besar milik Boeing 777 apabila "serpihan" yang ditemui itu diperbuat daripada komposit, dan hanya Boeing menggunakan bahan berkenaan dalam pesawat mereka.

Selain itu, serpihan ditemui akan mempunyai nombor siri yang akan menentukan sama ada serpihan itu benar-benar milik pesawat MH370.

Agensi berita Bernama melaporkan, 4 pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Perancis malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

"Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.

"Kami mencapai persetujuan mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini, berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serpihan-pesawat-hampir-pasti-mh370-lapor-media#sthash.OCYhMLTx.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-