Friday, June 2, 2023

Ahli UMNO didakwa tak selesa jalin hubungan dengan DAP

utusantv.com
Oleh Azrul Hakimie Anuer
-June 2, 2023
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR: Abd Razak Aid

RAMAI dalam kalangan ahli UMNO didakwa, tidak selesa dan ingin berhijrah susulan keputusan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalinkan hubungan dengan DAP

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, terkesan dengan impak berkenaan, Ahmad Zahid kini cuba memburukkan imej Perikatan Nasional (PN) untuk mengalihkan perhatian.

“Zahid semakin terdesak kerana PRN sudah dekat. Dia telah membawa UMNO menjadi sebuah parti yang menumpang rezeki daripada DAP.

“Sudah pasti akar umbi UMNO tidak selesa dan ramai yang mahu berhijrah. Ini juga Zahid mahu tutup dengan cara melakarkan gambaran negatif mengenai PN,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memantau hantaran bernaratif kaum serta agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan.

Beliau berkata, menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik.

Dalam pada itu, Wan Saiful menolak tanggapan bahawa PN merupakan gabungan yang bersifat perkauman.

Dakwa beliau, apa yang pasti kini, Kerajaan Perpaduan semakin hilang sokongan dalam kalangan pengundi Melayu.

“Tatkala PH-UMNO semakim gagal menjaga kebajikan rakyat, kami dalam PN terus bercakap mengenai perkara seperti #kwspbersasar, kawalan harga, bantuan kos sara hidup dan banyak lagi.

“Ia adalah fakta yang perlu dibicarakan secara terbuka oleh semua yang prihatin mengenai halatuju negara, bukan sahaja oleh orang politik tapi juga ahli akademik, NGO, dan orang awam,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-