Thursday, June 1, 2023

Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim

agendaily.com
01/06/2023
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak terhenti dan akan berterusan sehingga ke Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS berkata walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan kononnya menerima judi dibuat tanpa bukti oleh pemimpin kerajaan campuran, namun rakyat boleh menilai sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut kerana sehingga hari ini gagal dibuktikan.

“Semalam saya hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Pusat. Kerja-kerja menuju PRN sudah mula digerakkan di keenam-enam negeri.

“Gelombang PN yang melanda negara dalam PRU15 masih lagi tidak terpadam dan terus semarak hasil kerjasama yang padu daripada jentera PN daripada pelbagai peringkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, PN menjadi pesaing hebat kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas berjaya menarik pengundi dan mengempur kubu kuat dua gabungan politik itu.

PN meraih 74 kerusi Parlimen pada pilihan raya lepas, ketinggalan hanya lapan kerusi berbanding PH, namun jauh meninggalkan BN yang memperoleh 30 kerusi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-