Thursday, August 13, 2015

Anina: Tangguh pemilihan, Najib tak yakin menang?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti tidak yakin terhadap sokongan ahli parti itu kepadanya kerana menundakan pemilihan pucuk pimpinan parti itu, kata Perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saaduddin.

Malahan, Anina yang lantang mengkritik Najib dalam ucapannya di mesyuarat bahagian itu Sabtu lalu berkata, Najib seperti tidak yakin boleh mempertahankan kedudukannya sekiranya pemilihan diadakan.
“Atas dasar apa Najib nak kata tiga juta ahli sokong dia sedangkan pemilihan Umno yang akan datang, ditunda ke 2016.

“Kalau dia tunda, maknanya dia tidak yakin bahawa dia dapat sokongan dalam pemilihan akan datang,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini Najib berkata penangguhan selama 18 bulan itu dibuat bagi mengukuhkan parti, manakala Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui ia ditangguh kerana krisis semasa.

Menurut Anina lagi, bukan hanya beliau sahaja yang memperkatakan mengenai krisis dalaman Umno, sebaliknya beribu orang lagi.

Secara berseloroh, Anina berkata 'sekiranya ditanya 10 ahli Umno sama ada percaya dan yakin akan kepimpinan Najib, berkemungkinan 12 orang kata tidak yakin'.

“Bila Najib kata tiga juta sokong dia berdasarkan apa, pungutan suara, pada mesyuarat, Itu tak ada.

“Pada saya itu tidak betul," tambahnya.

Anina dalam ucapan lantangnya sebelum ini turut mengkritik tindakan Najib menggugurkan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada kabinet.

Anina turut membayangkan Umno umpama 'terbang sebelah sayap' apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan dari kabinet bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-