Monday, August 31, 2015

Apa tujuan Tun M hadiri perhimpunan?

WARTAWAN SINAR HARIAN
Sidang media bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed pada perhimpunan Bersih 4.0 yang memasuki hari kedua di hadapan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

MELAKA - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka, menimbul persoalan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata, beliau kesal dan sedih tindakan negarawan ulung yang disanjung tinggi dan dihormati ramai itu.

“Saya nak tanya bukan membidas, cuma nak tahu kenapa Dr Mahathir hadir ke perhimpunan Bersih 4.0. Apakah signal yang diberikan beliau biarpun hadir ke perhimpunan ini walaupun lima atau 10 minit.

“Pada hari ini (semalam) pembangkang sudah menggambarkan Dr Mahathir sebagai negarawan ulung menyokong apa yang dibuat penganjur Bersih 4.0,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tangga Batu di Dewan Kompleks Penjara Sungai Udang, Sungai Udang, di sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, berikutan tindakan pemimpin itu, beliau turut menerima banyak pertanyaan khususnya dari ahli Umno di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberikan sebarang jawapan dan menyifatkan tindakan Tun Mahathir boleh memberi tanggapan salah kepada ahli Umno.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-