Showing posts with label Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Show all posts

Wednesday, July 19, 2017

Ismail Sabri: Buang masa Najib layan debat Dr Mahathir

FMT Reporters
July 19, 2017

Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Dr Mahathir menjemput Najib Razak berdebat bertujuan memfitnah perdana menteri secara terbuka, bukannya untuk mencari kebenaran.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di forum “Nothing to Hide 2.0″ kerana ia membuang masa perdana menteri, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata, tindakan Dr Mahathir menjemput Najib berdebat bertujuan memfitnah perdana menteri secara terbuka, bukannya untuk mencari kebenaran.

“Saya dah kata daripada awal, jangan buang masa untuk berdebat dengan mereka (pembangkang). Mereka ini bukan nak mencari kebenaran, tapi sahaja nak ambil peluang untuk buat tuduhan, fitnah, kritikan dan sebagainya.

“Tindakan itu juga bertujuan memberi ruang untuk tonjolkan mereka dengan menggunakan perdana menteri dan sebagainya, jadi saya rasa tidak perlu layan sebab ia tidak menyelesaikan masalah,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Mara hari ini.

Semalam, Dr Mahathir menggesa perdana menteri menghadiri forum “Nothing to Hide 2.0″ anjuran Pemuda PPBM pada 13 Ogos di Shah Alam.

“Jangan jadi macam forum ‘Nothing to Hide’, apabila dia tak hadir kononnya sebab tunjuk perasaan, tetapi sebenarnya tidak ada pun,” katanya merujuk sebuah forum menjemput Najib, tetapi dibatalkan pada saat akhir oleh polis atas faktor keselamatan.

Forum pada 2015 itu dihadiri Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Ismail menolak dakwaan kononnya kegagalan Najib memenuhi jemputan Dr Mahathir akan memberi gambarkan kepada rakyat segala tuduhan melibatkan perdana menteri adalah benar.

Katanya, Najib dan kerajaan mempunyai cara tersendiri memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan membabitkan soal pentadbiran negara, tidak seperti pembangkang yang menabur fitnah dan mengetepikan tanggungjawab membantu rakyat.

“Bukan soal tolak itu mengiakan, banyak isu yang berkait selama ini dijawab dengan cara lain, tidak semestinya dengan berdebat.

“Kita ada ruang besar untuk mereka bertanya, di dalam Parlimen misalnya. Malah, sebagai contoh isu 1MDB telah dijelaskan dalam Parlimen beberapa kali, tetapi pembangkang tetap buat bising di luar.

“Cara pembangkang negara kita tidak seperti pembangkang negara maju lain, mereka hanya pandai membangkang walaupun dah mendapat jawapan sebenar. Mereka tidak akan berpuas hati dengan apa (sahaja) jawapan diberi kerajaan, sebab tugas merea hanya membangkang,” katanya.

Ismail berkata, pembangkang sepatutnya menganjurkan program “Nothing to Hide 2.0″ dengan menjemput Dr Mahathir menjawab semua isu ketika beliau menjadi perdana menteri.

“…banyak lagi ‘hide’ yang berlaku zaman Dr Mahathir sebagai contoh kerugian Proton, Perwaja, projek Bakun, skandal forex, dari situ Dr Mahathir boleh terangkan kepada rakyat,” katanya.

Friday, July 7, 2017

Perwakilan diingatkan elak bangkit isu remeh

Oleh FAZREEN KAMAL 
Foto RABBANI JAMIAN

7 JULAI: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengingatkan semua perwakilan Bahagian seluruh negara yang akan mula bersidang menggunakan peluang yang ada mendapatkan fakta secukupnya semua usaha yang telah dilakukan kepimpinan negara dalam mengukuhkan ekonomi negara.

Ini kerana jelas Hamzah maklumat tersebut dapat digunakan untuk disalurkan kepada akar umbi bagi menangkis tohmahan pembangkang kononnya UMNO dan Barisan Nasional gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat hari ini.
“Saya bersetuju dengan presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) untuk kita merapatkan dan mengukuhkan lagi parti. Kita kena sedar bahawa dalam keadaan apa sekalipun pembangkang akan mencuba untuk mencari isu-isu yang boleh menyebabkan kita rasa kurang senang apabila berhadapan dengan rakyat.

“Begitu juga pembangkang akan cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat yang ada dalam negara seolah-olah kepimpinan kita hari ini adalah kepimpinan yang tidak boleh menguruskan negara,” katanya kepada media selepas merasmikan World Food Festival di Ibu Negara pada Jumaat.

Tambah Hamzah perwakilan juga perlu elak daripada mencari isu yang remeh sehingga boleh memecah belahkan parti sebaliknya mengemukakan idea-idea yang bernas dalam membantu kepimpinan mengukuhkan saf dalam berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Dalam waktu yang sama jika kita boleh menjelaskan dan bagaimana hendak menjelaskan saya minta mesyuarat perwakilan sepatutnya sudah faham dan tahu dari segi pengurusan ekonomi kita dapat membuktikan dengan fakta-fakta dengan menunjukkan bahawa ia adalah sesuatu yang terbaik kerajaan telah lakukan.

“Maka dengan sebab itu kita boleh menjelaskan bahawa kepimpinan negara dapat memastikan ekonomi negara bertambah baik. Sepatutnya ahli-ahli UMNO jangan mencari kesalahan remeh-temeh dalam bahagian yang boleh memecah belahkan bahagian itu sendiri sehingga ia boleh nanti menjadikan kekuatan kita berkurangan

“Sebab itu saya minta semua lebih faham. Apa yang penting kepada kita adalah untuk mempertahankan parti, untuk mempertahankan kepimpinan daripada untuk kepentingan individu atau kumpulan tertentu,” ujarnya.

Dalam amanat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri sempena persidangan UMNO peringkat Bahagian yang bermula hari ini menggesa semua perwakilan menguatkan kembali barisan dan saf perjuangan dan bersiap sedia membantu jentera menghadapi PRU ke-14.

Menurut Najib beliau mahu semua perwakilan mencari strategi serta formula berguna untuk kebaikan bersama.

“Jangan ada kelalaian atau kekurangan apabila dipanggil berjuang di barisan hadapan untuk UMNO.

“Insya Allah kita semua akan muncul sebagai pejuang terbaik. Selamat bersidang saya ucapkan,” katanya menerusi laman Facebook, semalam.

Sebelum ini, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Januari lalu menetapkan persidangan tahunan cawangan pada 17 Mac hingga 30 April lalu, sementara bahagian bermula pada 7 Julai hingga 26 Ogos depan.

Persidangan berkenaan dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya berikutan penganjuran Sukan SEA di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Monday, January 23, 2017

Zahid akui majoriti 'cybertrooper' tentang kerajaan

Faiz Zainudin
January 22, 2017

Timbalan perdana menteri berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% daripadanya menentang.
KUALA LUMPUR: Timbalan perdana menteri berkata jumlah cybertrooper yang mempertahankan kerajaan jauh ketinggalan berbanding yang menentang.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% menentang.

“Kajian mendapati 6.6% kalangan aktivis cybertrooper menyokong kerajaan manakala 93.4% menentang apa yang dilakukan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kesan daripada kejayaan kumpulan cybertrooper yang menentang agenda pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah dan Umno khasnya.

“Persepsi terhadap kita terlalu negatif, persepsi terhadap Umno negatif, persepsi terhadap BN negatif, persepsi terhadap kerajaan negatif, persepsi terhadap kepimpinan juga negatif.

“Mengikut kajian beberapa ahli akademik mengatakan persepsi negatif ini berada di tahap 87%. Kenapa?

“Kalau 93.4% cybertrooper yang menyokong kerajaan, kita dapat menguasai media siber dan persepsi buruk terhadap kerajaan dapat ditenggelamkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Umno termasuk sayap Wanita supaya keluar daripada kepompong lama dan tidak terlalu bergantung kepada media konvensional, tetapi guna media baharu untuk menerangkan agenda kerajaan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

“Ini hakikat, kalau kita masih guna sistem konvensional maka tidak akan berlaku transformasi minda, sedangkan peperangan sekarang dikuasai peperangan pemikiran,” katanya.

Zahid turut menjadikan kejayaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi sebagai tokoh yang berjaya menjadi pemimpin hasil penguasaan media, walaupun tidak digemari rakyat negara mereka.

Tuesday, December 20, 2016

Nazri tolak cadangan kerajaan Melayu Umno-Pas

Minderjeet Kaur

Kita kerajaan Malaysia, iaitu dan semua bangsa orang kita, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjawab cadangan Perkasa
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan pembentukan kerajaan Melayu yang eksklusif dianggotai Umno dan PAS.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menjelaskan Barisan Nasional tidak akan berubah menjadi pakatan yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia.

“Saya tak setuju. Kita dalam BN telah dididik tidak ada satu komuniti yang memerintah Malaysia tanpa penyertaan komuniti lain.

“Kerajaan Malaysia bukan sahaja kaum Melayu tetapi seluruhnya sama ada Cina, India, Iban atau Kadazan ialah orang kita.

“Respon kita (Umno) kepada Datuk Ibrahim Ali: Kita boleh kerja bersama kalau mereka sokong kepimpinan kita (BN), tapi secara ekslusif kerajaan Melayu, saya cakap tidak,” katanya selepas merasmikan pameran wayang kulit di Muzium Negara, yang akan diadakan sehingga 28 Februari.

Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menjawab seruan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang meminta PAS supaya kekal menjadi parti bebas dan tubuhkan kerajaan Melayu yang eksklusif bersama Umno selepas pilihan raya umum nanti.

Ibrahim mencadangkan perdana menteri daripada Umno manakala timbalannya daripada PAS.

Ibrahim membantah kerjasama PAS dengan Pakatan Harapan kerana lebih wajar jika parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.

Beliau sangat kuat merasakan BN akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun dilanda krisis keyakinan, selepas kajian menunjukkan 90% menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nazri tidak bersetuju dengan kajian itu.

“Sudah pasti ini kerja pembangkang kerana mereka mahu menjatuhkan beliau.

“Tetapi pembangkang tidak monopoli pandangan dan perasaan rakyat terbanyak.

“Selain jentera BN yang lancar dan populariti wakil rakyatnya, rakyat sememangnya suka Najib.

“Beliau juga salah satu daripada faktor untuk kita menang pilihan raya umum akan datang.”

Saturday, December 3, 2016

Umno tak janji imbuhan seperti parti lain

ATIRAH HASLI
3 DISEMBER 2016




Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan
KUALA LUMPUR - Perjalanan Umno selama 70 tahun hanyalah perjuangan penuh istiqamah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Menurutnya, Umno tidak pernah menjanjikan imbuhan kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti itu.

Sebaliknya kata Sohaimi, Umno selama 70 tahun konsisten dengan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat.

"Kalau imbuhan dijadikan ukuran, maka jelaslah perjuangan mereka dalam pilihan raya hanyalah untuk merebut kepentingan peribadi.

"Kita jelas bahawa perjuangan kita dalam parti hanyalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Masuk dalam Umno bukan untuk imbuhan, sebaliknya untuk meneruskan perjuangan parti sejak 70 tahun dahulu. Mereka (parti pembangkang) berhak buat apa sahaja yang mereka mahu, biar rakyat yang menilai," katanya lagi.

Saturday, September 17, 2016

Dr Mahathir musuh UMNO, Melayu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah layak digelar musuh UMNO dan orang Melayu ekoran tindak-tanduk beliau yang terus membuat serangan bertali arus terhadap parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dr. Mahathir juga telah melampaui batas apabila tergamak berikrar mahu menghancurkan UMNO ketika berucap di Ketereh, Kota Bharu baru-baru ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, ahli dan penyokong UMNO tidak perlu bersentimental untuk menyokong Dr. Mahathir.

“Kita akui Dr. Mahathir berjasa besar kepada UMNO, kepada negara tetapi kini kita tidak perlu untuk sentimental sangat. Beliau sudah bersama kumpulan lain yang ingin menjatuhkan UMNO.

“Beliau kini berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, dengan (Datin Seri) Wan Azizah Wan Ismail, malah berbaik pula dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim apabila melawat beliau di mahkamah baru-baru ini.

“Kita mesti tengok Dr. Maha­thir sama taraf dengan kumpulan pembangkang yang selama ini mahu tengok UMNO tumbang. Dia kini adalah musuh UMNO, musuh orang Melayu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwa­kilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini hari ini.

“Saya juga hairan dengan sikap Dr. Mahathir. Ketika dalam kerajaan dulu, mereka bersetuju bahawa badan kehakiman adalah bebas dan berkata kes Anwar diadili mengikut proses perunda­ngan yang betul,” katanya.

Utusan

Monday, September 12, 2016

Nazri: Saya baik dengan Lim kerana DAP, bukan MCA ada sokongan Cina

Anne Muhammad
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau lebih rapat dengan DAP berbanding MCA kerana parti yang memerintah di Pulau Pinang itu memiliki sokongan masyarakat Cina.

Beliau berkata demikian sebagai menjawap bidasan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyindir bahawa Nazri kelihatan lebih rapat dengan DAP di sebalik memenangi pilihan raya umum di bawah BN, yang dibantu oleh semua parti komponen termasuk MCA.

“Saya baik dengan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng kerana saya hormati demokrasi, kerana masyarakat Cina pilih Lim dan DAP jadi saya kena menghormati demokrasi dan mereka.

“Si Ti saya nak hormat kenapa, rakyat pun tolak dia. Dan saya yakin kalau dia bertanding pun rakyat tolak dia sebab orang Cina cukup benci dengan orang macam ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri menambah bahawa beliau mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan
kpemimpinan tertinggi MCA tetapi cuba dirosakkan oleh ahli-ahli MCA tertentu.

“Pemimpin MCA yang saya kenali cukup baik dan kita bekerjasama baik dengan mereka.

“Tapi budak-budak macam ni rosakkan hubungan. Tapi hubungan kita dengan presiden, naib presiden sngat baik dan intim,” katanya.

Nazri seterusnya menuduh Ti cuba mencari populariti kerana ingin membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya dapat tahu dia (Ti) kena gugur masa bertanding di Kuantan dulu, (Datuk Seri) Chua Soi Lek buang dia dulu.

“Dia dulu pernah jadi exco dan PRU lepas, Chua buang dia. Parti dia pun tak nak dia, jadi boleh bayanglah apa standard MCA, dia memang kena gugur.

“Dia ni ambil nama nak jadi calon sebab 2013 dia kena gugur jadi sekarang dia baik dengan (Presiden MCA, Datuk Seri) Liow Tiong Lai, dia cuba nak jadi calon tapi nasihat saya, kalau letak dia kalah di Kuantan nanti,” katanya dengan nada sinis.

Nazri dan Ti terheret dalam pebalahan mulut selepas pemimpin MCA itu mendesak Umno mengubah strategi politik ‘jaguh kampung’ serta mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.

Ti berhujah retorik Umno itu membantu parti Melayu berkenaan memenangi undi di kawasan luar bandar tetapi taktik seumpamanya menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.

Monday, August 22, 2016

'Perpaduan Umno kukuh, sekarang waktu terbaik PRU'

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Pilihan Raya Umum Ke-14 boleh dipertimbangkan untuk diadakan pada masa terdekat memandangkan perpaduan yang kukuh di kalangan anggota parti itu ketika ini.

Jelasnya, meskipun Umno kini berdepan pelbagai dugaan termasuk bekas pimpinan parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan parti baru, namun keadaan itu tidak menggugat perpaduan dalam Umno.

“Dalam masa sama, pakatan pembangkang sedang menghadapi perpecahan sesama mereka, jadi saya fikir dengan perpaduan yang ada sekarang merupakan waktu terbaik untuk bergerak ke arah PRU-14.

“Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak pada tangan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kita akan memberi sokongan padu,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Katanya, pada masa ini tidak ada gerakan besar-besaran dalam kalangan ahli Umno mengumumkan keluar parti untuk menyertai parti politik berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, parti politik hari ini tidak boleh lagi bergantung harap dengan janji atau manifesto kepada rakyat untuk meraih undi sebaliknya perpaduan dan konsep bekerjasama menjadi penilaian penting.

Ahmad Shabery turut mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila Umno BN membuktikan prinsip tersebut.

“Sehebat mana pembangkang mencari isu, tetapi pada hakikatnya mereka turut diselubungi pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan sehingga hari ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sementara itu, Ahmad Shabery ketika mengulas parti baru Tun Mahathir berkata, beliau percaya ramai ragu-ragu tentang keupayaan parti berkenaan.

Malah katanya, di pihak pembangkang sendiri, parti baru itu dilihat hanya memecahbelahkan lagi sesama mereka.

“Persoalannya adakah PKR mampu menerima parti itu menjadi sebahagian daripada mereka kerana sejarah menunjukkan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini adalah berpunca daripada tindakan Tun Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu,” katanya.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang ditubuhkan baru-baru ini hanya menerima keanggotaan daripada masyarakat bumiputera.

Namun, masyarakat bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu dan dilantik ke jawatan dalam parti tersebut.

Monday, August 15, 2016

'Tubuhlah lebih banyak parti baharu'

RIDAUDDIN DAUD
15 OGOS 2016
Mohamed Nazri Abdul Aziz
PADANG RENGAS - Penubuhan parti politik baharu di negara ini dilihat memberi peluang lebih besar kepada Umno untuk menang pada PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pihaknya menggalakkan lebih banyak parti baharu ditubuhkan, malah berharap Datuk Seri Shafie Apdal akan menubuhkan parti baharu seperti dilakukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, penubuhan parti baharu tidak akan memecahkan Melayu, sebaliknya ia hanya akan memecahkan pembangkang kerana pastinya mereka akan berebut kerusi dalam pilihan raya.

“Saya mempunyai pandangan berbeza kerana saya menggalakkan lebih banyak parti ditubuhkan. Lebih banyak parti, mereka akan termasuk dalam golongan pembangkang.

“Lebih banyak parti ditubuhkan oleh penderhaka-penderhaka adalah lebih baik kerana sudah tentu mereka akan berebut antara satu sama lain dalam isu kerusi yang ingin mereka bertanding,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas di MRSM KUala Kangsar, semalam.

Mohamed Nazri berkata, sejarah menunjukkan mereka yang derhaka kepada sesuatu institusi akhirnya akan kecundang seperti yang pernah berlaku kepada pemimpin-pemimpin besar terdahulu.

Katanya, meskipun menyesal dengan perbuatan mereka dan kembali kepada parti, namun mereka tidak lagi boleh menjawat kedudukan tertinggi kerana tindakan sebegitu dikeji masyarakat Melayu.

“Sebab itu kesetiaan itu amat penting. Saya rasa majoriti ahli Umno setia pada parti dan kesetiaan dari peringkat akar umbi memang sudah cukup mantap.

“Perkara ini (kesetiaan kepada Umno) harus diingatkan kepada pemimpin kerana yang banyak menderhaka kepada parti adalah pemimpin seperti (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Muhyiddin, Shafie Apdal, (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan (bekas menteri Tan Sri) Rafidah Aziz.

“Pada saya, saranan untuk berlaku setia mesti dibuat kepada pemimpin. Ahli-ahli biasa tetap setia. Itu sebab (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kekal kerana adanya ahli yang setia dengan parti,” katanya.

Saturday, August 13, 2016

Jangan ada nolstagia dengan bekas pemimpin khianat parti

OLEH RADZUAN HASSAN
Ismail Sabri Yaakob
Jangan layan sangat nolstagia bersama bekas pemimpin sehingga ia merosakkan kekuatan parti UMNO.

Itu nasihat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas sesetengah ahli parti yang masih obses dengan bekas pemimpin parti yang kini menjadi pembangkang.

"Kita (ahli-ahli UMNO) kena ingat mereka (bekas pemimpin) itu sudah jadi pembangkang..jangan ada nostalgia dengan mereka..taraf mereka kini pembangkang," ujarnya pada sidang media hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum itu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Bekas pemimpin itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Terdahulu, Ismail Sabri juga memberitahu, tindakan parti memecat dan membiarkan bekas pemimpin terbabit keluar dari UMNO adalah tepat kerana lebih mudah berhadapan dengan mereka di luar daripada di dalam parti.

Beliau juga yakin UMNO dan Barisan Nasional boleh merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai memandangkan faktor perpecahan dalam parti pembangkang dan wakil rakyat pembangkang, Nurul Izzah Anwar tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Mereka (berpecah) Nurul Izzah tak buat kerja takkan kita (UMNO) tidak boleh menang (pilihan raya umum akan datang) jangan ada masalah dalaman sahaja," katanya lagi.

Beliau berkata, dalam politik jangan jadi seperti pemain badminton kerana untuk menang tidak boleh menunggu lawan membuat silap sahaja tetapi dalam masa yang sama pemain itu sendiri tidak boleh melakukan kesilapan sendiri.

Menyentuh Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Ismail Sabri berkata, parti berkenaan hanya bermatlamat untuk menjatuhkan pemimpin negara dan tidak ada matlamat perjuangan jelas memperjuangkan agama dan Melayu seperti UMNO.

Beliau hanya menyebut nama parti itu sebagat parti Peribumi kerana beranggapan perkataan bersatu merupakan cogan kata dan milik UMNO.

"Saya harap kita kukuh bersatu kerana pilihan raya akan datang merupakan ibu segala pilihan raya..kalau UMNO kecundang berakhirlah hak orang Melayu dan kita mesti pertahankannya," jelasnya.

--MalaysiaGazette

Wednesday, August 3, 2016

Mesyuarat MT Umno tak bincang MO1, kata Bung

Kow Gah Chie
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin mengakui parti itu membincangkan isu saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB namun tidak menyentuh mengenai Malaysian Official 1 sekalipun ia disebut 36 kali dalam dokumen guaman itu.

"Kami tidak bincang kerana tiada yang tahu siapa itu MO1," katanya kepada Malaysiakini melalui temu bual telefon.

Ini di sebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan mesyuarat itu pada 29 Julai lalu yang berkata majlis tertinggi mengambil maklum mengenai kewujudan seseorang dikenali sebagai Malaysian Official 1 dalam dokumen itu.

"Kami maklum perkara itu dan ia telah jelaskan kepada orang ramai," kata Najib.

Mengulas lanjut, Bung berkata DOJ tidak menamakan individu itu, justeru adalah sukar untuk meramalkan identitinya.

Beliau diminta mengulas sama pemimpin seperti Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada membangkitkan isu-isu berkaitan dengan MO1, yang sesetengah pihak percaya adalah Najib sendiri.

"Ya, mereka (orang ramai) boleh tuduh Najib, tetapi oleh kerana namanya tidak ada, MO1 ini boleh jadi siapa-siapa sahaja, boleh jadi kamu, boleh jadi saya... Boleh jadi (MO1) bukan sesiapa pun," katanya.

"Najib orang baik, saya suka dia dan saya akan sokongnya," katanya.

"Ini bukan satu isu. Ia bukan masalah besar," katanya.

Menurut Bung, saman DOJ disentuh secara ringkas pada mesyuarat majlis tertinggi, tetapi tidak dibincangkan secara panjang lebar.

Katanya, Umno memutuskan mereka yang dinamakan dalam saman berkenaan harus membersihkan nama mereka melalui mahkamah di Amerika.

Individu berkenaan termasuk tiga pegawai 1MDB yang tidak dinamakan, hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Turut disebut Malaysian Official 1 yang tidak didedahkan identitinya, namun dikaitkan secara meluas dengan Najib.

Ini berdasarkan huraian mengenai Malaysian Official 1, hubungan kekeluargaan dengan Riza dan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Malaysian Official 1 didakwa akhirnya menerima AS$731 juta dana 1MDB.

[Baca berita penuh]

Sunday, June 26, 2016

Muhyiddin, Mukhriz, Shafie sia-sia peluang diberi

Muhyiddin, Shafie and Mukhriz
SEREMBAN - Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mensia-siakan peluang diberikan Umno untuk mereka kembali ke pangkal jalan, menjadi punca pemecatan dan penggantungan keanggotaan mereka pada Jumaat lepas.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti mesti mengambil tindakan drastik kerana tidak mahu isu itu memecahbelahkan anggotanya.

"Sepatutnya lama dah kita (Umno) ambil tindakan tetapi kita bagi peluang dan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dah hulurkan tangan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk berbaik-baik semula, tetapi tangan yang dihulur tidak diterima dan saranan daripada parti untuk melihat kepimpinan bersatu semula pun tidak diendahkan

"Jadi jangan salahkan pucuk pimpinan terutama MT untuk membuat keputusan sebulat suara yang memecat kedua-dua tokoh tersebut dan menggantung keahlian Shafie," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada anak yatim, warga emas dan penduduk kurang kemampuan Kampung Siliau Baru di Rantau dekat sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata sebagai ahli Umno dan pernah memegang jawatan tinggi dalam parti, ketiga-tiga mereka sepatutnya lebih faham akan peraturan parti.

"Adalah satu perkara yang amat tidak patut, yang amat tidak boleh diterima oleh parti kerana ahli parti duduk bersama-sama ahli pembangkang di atas satu platform yang sama untuk menjatuhkan parti dan kepimpinan parti seterusnya menjatuhkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berpandangan isu pemecatan kedua-duanya harus dilakukan lebih awal ekoran pembabitan mereka di pentas pembangkang bertujuan menjatuhkan presiden parti.

"Dalam parti mana sekali pun bila ada pemimpin bersama dengan parti pembangkang secara terbuka pula mengkritik kerajaan ini satu perbuatan yang salah' katanya.

Mohd Isa berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa rakyat kawasan Parlimen Jempol bersama-sama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Masjid Jamek Batu Kikir, Jempol semalam.

Sementara itu di KOTA KINABALU, Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu menyokong penuh keputusan MT memecat Muhyiddin dan Mukhriz atas kesalahan disiplin serta penggantungan keanggotaan Mohd Shafie.

Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata, keputusan MT Umno itu amat wajar demi menjaga keutuhan parti.

"Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu yakin tindakan disiplin termasuk memecat dan menggantung keahlian ahli Umno yang melanggar disiplin parti amat tepat dan wajar supaya Umno terus teguh”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa pergerakan itu bersama pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Masjid Bandaran Kota Kinabalu dan orang kurang upaya di sini semalam.

Mohd Bahrin berkata, sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap ahli Umno yang melanggar disiplin dan mensabotaj parti, ia akan melemahkan Umno yang merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri. 
– Bernama

Monday, May 9, 2016

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar: UMNO sudah sedia - Ku Nan

PUTRAJAYA -
09 MAY 2016
Tengku Adnan Mansor
UMNO sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata itu antara persiapan awal dilakukan ibu pejabat parti itu selain melihat senarai pengundi, kawasan, demografi dan komposisi kaum di kedua-dua kawasan tersebut.

"Kita akan berikan maklumat awal ini kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada hujung bulan ini untuk diperbincangkan," katanya mengulas mengenai persiapan parti itu berhadapan pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lepas.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, Tengku Adnan berkata walaupun perasaan sedih masih menyelubungi seluruh anggota parti, UMNO selaku sebuah parti politik perlu sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran, termasuk berdepan pilihan raya kecil.

"Mengenai peluang, saya percaya kedua-dua kerusi ini jika dipertandingkan akan kekal atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata Lembaga Disiplin UMNO telah menyerahkan laporan siasatan kes disiplin melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk pertimbangan Majlis Tertinggi.

-- BERNAMA

Thursday, May 5, 2016

Usul pecat 2M, akar umbi UMNO bercanggah pendapat

Faiz Zainudin
 May 4, 2016

Nazri Aziz tidak sepatutnya terlalu melatah untuk membawa usul menghukum Muhyiddin dan Mukhriz kerana ia akan mempercepatkan UMNO terkubur.
PETALING JAYA: Cadangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencetuskan percangahan pendapat dalam kalangan pemimpin akar umbi parti Melayu itu.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusof membidas tindakan Nazri Aziz menyifatkan ia akan hanya mempercepatkan parti itu terkubur.

Ujarnya, langkah itu akan mewujudkan lebih banyak kumpulan di dalam parti kerana masing-masing daripadanya mempunyai penyokong tersendiri.

“Ada masalah sikit, semua kena pecat, lama-lama habis orang UMNO. Saya kenal Nazri, kadang-kadang saya tidak setuju dengan beliau kerana keputusannya banyak mengikut perasaan. Nazri sepatutnya menjernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi.

“Sekiranya dua pemimpin ini dipecat, UMNO akan jadi lebih teruk dan semakin lumpuh. Malah akan wujud lebih banyak lagi kumpulan dalam UMNO sebab Mukhriz dan Muhyiddin ada penyokong mereka tersendiri,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma pula menyokong cadangan tersebut.

“Kita tidak mahu ada duri dalam daging, kalau nak marah sangat kepada presiden tak perlu masuk atau bersekongkol dengan pembangkang. Dulu dia (Muhyiddin) bercakap di Kangar mana-mana pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan hari ini balik kepada dia.

“Pada saya Muhyiddin dan Mukhriz sebagai pelakon sahaja, pengarahnya di belakang tidak tahu siapa. Muhyiddin tidak sepatutnya menggunakan keduduknya untuk menghancurkan parti. Ahli parti dan semua orang sudah meluat dengan Muhyiddin,” katanya.

Kenyataan Zein itu turut disokong Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing.

Ini kerana apa yang dilakukan dua pemimpin itu jelas bertentangan dengan perlembagaan parti dan ia selayaknya dihukum.

Namun bagi, Naib Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, beliau mengambil pendekatan tidak mahu mencampuri urusan pemimpin tertinggi sebaliknya memilih untuk terus memberi fokus kepada ahli dan rakyat di peringkat bawah.

“Bagi saya Nazri Aziz sebagai pemimpin yang matang dalam UMNO biarlah dia dan MT lain yang menentukan nasib Muhyiddin dan Muhkriz. Kami di bawah menghormati segala keputusan, malah isu yang berlaku ini sama sekali tidak akan menjejaskan kedudukan UMNO,” katanya.

Thursday, April 14, 2016

Tidak perlu pelawa Zakir Naik ke Malaysia

Nawar Firdaws

Nazri Aziz berkata, mempelawa pendakwah kontroversi untuk berceramah di Malaysia sudah tentu akan menimbulkan bantahan sesetengah pihak

VIDEO INSIDE


PUTRAJAYA
: Tidak perlu mempelawa pendakwah kontroversi seperti Dr Zakir Naik ke Malaysia dan mencetuskan huru-hara yang perlu dibersihkan selepas itu.

Ini kerana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan membawa Dr Zakir ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu, kerana walaupun ada yang menyifatkannya “sederhana” selepas mendengar syarahannya, penganut agama lain mungkin tidak sependapat.

“Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap mengenai agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.

“Untuk mengadakan satu sesi (di mana anda membuat) perbandingan (dengan agama lain), anda terikat kepada kesimpulan agama anda lebih baik.

“Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan betul? Saya rasa tidak. Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu,” katanya kepada FMT.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, landskap masyarakat berbilang agama di negara ini perlu dilindungi daripada sebarang tindakan yang mungkin mencetuskan perpecahan.

Beliau berkata, ia bukannya mengenai kebebasan bercakap, tetapi yang penting ialah keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Ia untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah belah disebabkan seseorang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. Dia akan bagi ceramah dan tinggalkan negara ini.

“Kita yang ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya. (Mempertimbangkan) apa yang dia cakap sebelum ini, adalah biasa untuk penganut agama lain yang telah diperkecilkannya, bimbang tentang kedatangan lelaki ini ke sini,” katanya.

Kehadiran pendakwah kelahiran Mumbai itu ke Malaysia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Hindu yang menghina dewa dan kepercayaan mereka terhadap amalan pemakanan sayur.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu turut dihalang berceramah di Kanada dan United Kingdom, kerana menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Saturday, April 9, 2016

Gesa tindakan tegas dibuat terhadap Tun M

HABSAH ISMAIL
9 APRIL 2016
Sebahagian sayap empat penjuru Umno Pengkalan Chepa bersidang, malam tadi.

KOTA BHARU -  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikenakan tindakan tegas berikutan usahanya yang masih menggerakkan Deklarasi Rakyat.

Beliau berkata, tindakan tersebut didakwa dijalankan untuk mempengaruhi rakyat supaya meneruskan kempen yang meminta masyarakat menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan tegas kepada Tun M kerana jawatankuasa kira-kira peringkat parlimen (PAC) sudah mengeluarkan keputusan yang Najib tidak terlibat dalam polemik 1MDB.

"Kita sebagai rakyat apatah lagi bekas pemimpin Umno yang pernah memimpin negara selama 22 tahun sepatutnya perlu menerima keputusan PAC yang diakui sebagai penyiasatan tertinggi dalam negara," katanya selepas merasmikan Majlis Berkelompok Persidangan Cawangan Empat Peringkat Umno Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan PAC yang dibentang di parlimen hari ini jelas membuktikan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu 1MDB.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Eusope dan Timbalan Ketua Umno Bahagian, Ismail Omar.

Berdasarkan laporan itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri tidak terbabit dalam skandal 1MDB seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu tidak menguntungkan rakyat, di mana keamanan dan kestabilan negara sepatutnya dapat dipacu, namun kalau pemimpin selamanya berpolemik serta bertelingkah, ia hanya berpandukan persepsi yang tidak menguntungkan rakyat.

Sementara itu, Asyraf Wajdi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang baru dibebaskan selepas ditahan semalaman berikutan tindakan membocorkan dokumen 1MDB berhubung dakwaan Tabung Haji gagal membayar dividen terhadap pencarum, tidak perlu mencetuskan polemik baru.

"Ahli Parlimen dipilih rakyat sepatutnya tidak menghabiskan banyak masa dengan mencetuskan fitnah yang memudaratkan rakyat dan negara.

"Saya mengalu-alukan ketegasan kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana dalam Islam kita perlu menjaga prinsip kemaslahatan dan menjaga kepentingan awam berbanding kepentingan individu," katanya.

Monday, February 29, 2016

Tajuddin: Saya jua pernah dipecat tapi tak sabotaj parti

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau juga pernah dipecat daripada Umno pada 1995, namun beliau menerima keputusan MT dengan hati terbuka.

"Saya juga pernah dipecat (daripada Umno pada 1995, namun saya terima keputusan Majlis Tertinggi dengan hati terbuka ... saya tidak sabotaj atau menentang parti sebab saya sayangkan Umno," katanya.

Tajuddin memberitahu Bernama demikian selepas merasmikan Dataran Nelayan Kota Setia semalam.

Mengulas keputusan MT menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno, Tajuddin berkata tindakan itu adalah wajar.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik kepimpinan presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan melemahkan parti.

"Kalau beliau masih sayangkan parti jangan buat tindakan yang memecah-belahkan walaupun telah digantung, kena terima keputusan dengan hati terbuka dan terus menyokong parti," tegas Tajuddin.

Jumaat lepas, MT Umno membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta merta, dan memutuskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.

Terdahulu, Tajuddin yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani melepaskan kira-kira 100,000 benih anak udang galah di perairan Sungai Perak serta menyampaikan elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada setiap 85 nelayan.

Di ALOR SETAR, Umno bahagian Pendang yakin Ahmad Zahid mampu menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO dengan baik demi memastikan kelangsungan parti.

Ketua Umno bahagian Pendang Datuk Paduka Md Rozai Safian berkata, keyakinan itu dibuktikan dengan kebolehan dan prestasi cemerlang ditunjukkan Ahmad Zahid walaupun baru beberapa bulan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Umno Pendang sangat menyokong dan akan memberi kerjasama penuh dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasan beliau," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Rozai turut berkata, gandingan Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalan pengerusi, mampu menghasilkan impak baik.

"Kami juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atas perkhidmatan, budi dan jasa beliau terhadap Umno Pendang sepanjang beliau menjadi menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah," katanya.

- Bernama

Saturday, February 27, 2016

Rakyat lebih marah bila Dr M buang Anwar, kata Nazri

Anne Muhammad
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, sampai sekarang, rakyat masih marah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan tindakannya melucutkan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada tahun 1998.

Nazri berkata, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu tidak sampai menjejaskan rakyat berbanding apa yang berlaku ke atas Anwar.

“Muhyiddin bukan seperti zaman Tun Dr Mahathir buang Anwar, reaksi rakyat sangat kuat, kita lihat banyak demonstrasi.

“Tapi sekarang kita tengok bila Muhyiddin di gugur sebagai timbalan presiden, tak ada apa-apa pun, jadi saya ingat Umno tak terjejas.

“Dulu (masa) Anwar (dipecat) teruk, sampai sekarang kita kena hadapi dia. Tapi Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz tidak ada apa-apa yang terjejas,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata, rakyat Johor sangat sedih sekiranya Muhyiddin digantung dari jawatannya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata rakyat Johor langsung tidak marah mahupun sedih dengan keputusan tersebut.

Malah, tambahnya, Muhyddin bukan mewakili negeri itu sebaliknya hanya bahagian Pagoh sahaja.

“Kita lihat rakyat Johor tak marah, sedih… tak ada orang Johor yang marah, kita ada orang Johor yang juga MT seperti Datuk Seri Azalina Othman (Pangerang), Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Sri Gading)…

“Kita tahu banyak lagi bahagian yang tidak jadi MT di Johor, mereka tidak suarakan tidak puas hati. Muhyiddin tidak wakili Johor tapi Pagoh je.

“Kita dengar yang bising cuma ketua pemuda bahagian dan timbalan dia, semua yang cari makan dari tangan Muhyiddin itu biasalah mereka bela ketua,” katanya.

Semalam Muhyiddin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.

Penggantungan Muhyiddin itu berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.

Wednesday, February 24, 2016

'Muhyiddin, sila undur atau tanding Presiden Umno'

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
24 FEBRUARI 2016

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa meninggalkan parti atau bertanding untuk jawatan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang sekiranya benar-benar tidak sehaluan dengan amalan parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Melihat kepada perkembangan terkini, saya amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno yang sekali lagi secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden Umno. Perbezaan pendapat atau pandangan perlulah melalui saluran yang betul agar tidak berlaku perpecahan dalam Umno.

“Sekiranya beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang diamalkan Umno selama ini beliau boleh berundur diri atau mungkin juga boleh menawar diri untuk jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Terbaharu, Muhyiddin mengkritik Najib dalam sebuah Majlis Mencari Kebenaran anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia di Balairaya Taman Intan Duyung, Port Dickson malah beliau mendakwa sehingga kini tidak dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai orang nombor dua parti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan timbalan presiden]‎

Dalam pada itu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai orang nombor dua dalam parti, Muhyiddin sepatutnya memainkan peranan sebaik mungkin bagi melicinkan kerja-kerja Najib sebagai Presiden.

“Tan Sri Muhyiddin perlu ingat yang beliau masih lagi menjadi Ahli Parlimen Pagoh atas tiket BN dan jentera BN yang banyak membantu beliau selama hari ini.

“Ingatlah jasa parti terhadap beliau sebarang tindakan yang dilakukan mestilah tidak melemahkan parti dan membawa kepada perpecahan,” katanya.

Tambahnya, “kesetiaan kepada pucuk pimpinan adalah perkara pokok yang menjadi amalan dalam mana-mana parti politik di seluruh dunia. Setiap pemimpin parti juga perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti, kerana perkara itu menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah parti.”

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Tuesday, January 5, 2016

Jangan salah faham kerjasama dengan gabungan

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
5 JANUARI 2016

Irmohizam Ibrahim

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim menekankan agar rakyat tidak keliru maksud 'kerjasama' dengan 'gabungan' yang dicanang beberapa pihak mengenai hubungan Umno dan Pas.

Menurutnya, soal gabungan tidak wujud langsung lebih-lebih lagi tiada sebarang perbincangan ke arah itu dijalankan.

"Jangan disamakan kerjasama dengan gabungan kerana kita tidak ada lagi bincang soal itu (gabungan). Kita bincang soal kerjasama demi umat Islam dan Melayu. Tak salah kerana ia terkandung dalam Perlembagaan.

"Apa yang penting, kita kerjasama...jaga isu-isu Melayu dan umat Islam. Parti politik sebagai wadah. Tapi yang paling penting sekali asas utama kerajaan dan masyarakat ialah untuk pastikan bahwa isu libatkan agama dan Melayu ini tidak terhakis kerana kita ada Perlembagaan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 45 peratus tak setuju Pas-Umno kerjasama]

Sejak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas, hubungan kedua parti itu menjadi tumpuan.

Menurut Irmohizam, kerjasama yang terjalin antara Pas dengan Umno itu harus membincangkan cara mengukuhkan lagi umat Islam dan orang Melayu serta cara melawan persepsi keganasan.

"Penting dengan adanya kerjasama itu untuk memastikan umat Islam dapat menangani persepsi keganasan tersebut.

"Saya maksudkan, setiap apa yang berlaku terutama sekali masalah-masalah perpaduan Islam atau Melayu, dasar-dasar ancaman kepada umat Islam, kita dapat tangani bersama sebagai sepakat antara parti-parti yang bertunjangkan Melayu dan Islam," katanya.

Mengulas soal kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendakwa kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi manfaat kepada nasib orang Melayu, beliau menyifatkan hasil kajian itu hanya menunjukkan ketakutan IDE.

"Pada saya, kita harus meneliti (hasil kajian IDE) kerana adakalanya, kajian ini mungkin mempunyai objektif-objektif tertentu. Lebih baik ia dijalankan oleh agensi yang bebas seperti universiti kerana universiti digambarkan benar-benar tidak terkongkong dengan mana-mana agenda politik.

"Kita faham IDE ini dibawah kerajaan negeri Selangor dan sudah tentunya mempunyai (kaitan) politik. Sebab itu saya amat berharap setiap kajian itu harus bebas daripada setiap pengaruh politik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Pemimpin Umno sambut kerjasama dengan Pas
KUALA LUMPUR - Umno menyambut baik jika Pas duduk bersama membincangkan pelaksanaan hukum hudud.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-