Monday, August 3, 2015

Azalina tidak buang masa tunjuk rasa berterima kasih

oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Hanya seminggu sejak rombakan kabinet, dan inteletual orang Malaysia sudah mula diperlekehkan oleh Putrajaya.

Tidak perlu cakap banyak, beberapa kenyataan tidak masuk akal sudah menaikan tahap tekanan darah berbanding kelucuan menggeletek seperti yang biasa berlaku, termasuklah kenyataan “Mr. 3.85” Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, ada tambahan baru kepada kelab ini.
Mereka, yang selama ini terpinggir, yang memainkan peranan pembantu kepada pentadbiran semasa, dan dianugerahkan kedudukan dalam Kabinet oleh Perdana Menteri Najib Razak, kerana “kesetiaan” mereka yang tidak berbelah bahagi.

Salah seorang ialah menteri “kitar semula” Azalina Othman Said.

“Kitar Semula” kerana jawatan tertingginya ialah semasa di bawah mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, apabila dia berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan.

Sebelum itu, MP Pengerang itu juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dia digugurkan daripada Kabinet apabila Najib berkuasa pada April 2009, dan hanya dilantik semula kini, untuk menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Biasalah, untuk menunjukkan tanda terima kasih, Azalina memberikan puji-pujian secara besar-besaran.

Sehingga kini dia telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak boleh diterima oleh orang yang waras.

Ia bermula dengan kenyataannya yang menjustifikasikan dakwaan RM 2.6 juta yang dikatakan disalurkan ke dalam akaun Najib, yang berbunyi “itu bukan isu besar”.

Dia berkata ia lebih merupakan isu budi bicara orang yang memberikan wang tersebut, dan tidak salah untuk si penerima menerima wang sebanyak itu.

Tanpa menghiraukan fakta yang jumlah sebanyak itu ialah duit pembayar cukai dan di mana-mana tempat di dunia ini, seorang pemimpin yang menerima duit sebanyak itu dalam akaun peribadinya pastinya sudah diseret ke muka pengadilan atas dakwaan rasuah.

Azalina juga berpendapat yang tiada masalah untuk mana-mana politikus menerima pembiayaan luar negara.

Bukan sekadar itu, Azalain juga membuat onar dalam kalangan orang Islam walaupun hanya seketika bertugas sebagai pengarah Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas), apabila dia memperlekehkan halangan adegan intim dalam filem tempatan, berkata “itu semua hanya lakonan”.

Dia dikecam hebat kerana kenyataanya itu, termasuk dari pendakwah bebas terkenal Kazim Elias, yang memintanya bertaubat.

Tindakan ‘bijak’ terbaru Azalina ialah memanggil mesyuarat tergempar parlimen untuk meminda undang-undang yang mengawal selia media sosial.

Ini diperlukan, kerana menurutnya media sosial “menyebarkan penipuan yang meracuni fikiran rakyat dan menimbulkan tanggapan negatif.”

Err, mengapa kita perlukan media sosial untuk menimbulkan “tanggapan negative” kepada kerajaan kita?

Bukankah kerajaan sendiri dan pemimpin kita yang melakukan kerja cemerlang, dengan menjadi tajuk berita atas alasan yang salah?

Kita tahu.

Syarat mutlak untuk menjadi menteri hari ini ialah kemampuan menjadi pembantu kepada ketua besar.

Juga, sewaktu dia berkhidmat di Kabinet dahulu pada tahun 2009, kewujudan media sosial masih tidak sebesar dan sepenting masa kini.

Jadi, banyak kata-kata “bijaksananya” tidak disedari oleh rakyat Malaysia.

Persekitaran hari ini sangat berbeza- apa sahaja yang diucapkan oleh politikus akan tersebar ke seluruh dunia, kadang-kadang sebelum sempat media menyiarkannya.

Kenyataan mereka “yang tidak berapa cerdik” dikecam dan diperlekehkan oleh orang awam, sehingga Putrajaya “merah muka” menahan malu.

Maka kerana itu, mereka yang menduduki Putrajaya, termasuklah Azalina, mempunyai sebab kukuh untuk mengetatkan kawalan ke atas media sosial.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Azalina-tidak-buang-masa-tunjuk-rasa-berterima-kasih#sthash.BoGCfaoh.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-