Monday, August 3, 2015
Mari baca apa Tun Dr Mahathir kata...............
Akaun Peribadi
1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-13, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.
2. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.
3. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.
4. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.
5. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.
6. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.
7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu. Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.
8. Di waktu saya disingkir dari parti pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan klinik saya. Mereka jumpa cek stub yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapur pendapatan saya sepenuhnya.
9. Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.
10. Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO.
11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.
12. Ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang saya terima dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.6 billion yang dikatakan dimasuk ke dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.
13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.
14. Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion Ringgit untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku.
15. Saya tidak hendak soal dari mana datang USD 700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor-General dan PAC buat lapuran terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.
16. Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya.
17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak bole...
-
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini mengingatkan tentang apa yang menurutnya sebagai usaha musuh Islam untuk memperlahankan gera...
-
GELANG PATAH, 19 FEB: Sekiranya kes bunuh model Mongolia Altantuya Sharibuu tanpa motif dan dalang, bagaimana Koperal Sirul Azhar dan Ketu...
-
Bai’ah PAS Cuma Cerai Talak Satu – PAN KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin PAS yang keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hany...
-
ismaweb.net Siti Hafidah Dapat nasihat daripada KKM, MKN sebelum berlangsung KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Persidangan Dewan Ra...
-
BERITA By MT Webmaster On Apr 15, 2021 Kajian itu juga mendapati 42% pengundi inginkan PN untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara, ...
-
puteradaily.com February 8, 2021 12:06 pm Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak akan mengalah sekiranya dipecat dari UMNO kerana dikatak...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Aug 13, 2024 Beberapa pemimpin akar umbi PAS hari ini tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang membatalkan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.