Sunday, August 2, 2015

Belum pun sempat panas buntut duduk di kerusi menteri dah kena sembur.........

Azalina, jangan rasa jadi menteri lebih besar daripada kuasa Allah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Sabtu – "Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim mengingatkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai menteri untuk tidak merasa dirinya lebih besar daripada kuasa Allah.

“Sepatutnya dia sebagai seorang menteri perlu insaf dan faham bahwa dia masih tidak terlepas daripada menjadi hamba Allah. Apabila menjadi menteri bertambahlah tanggungjawabnya menjadi khalifah Allah............."


Sebenarnya Wak memang tak suka buat komen tentang menteri-menteri UMNO ni, tapi nampak nya dah ada pula orang-orang kuat dari UMNO tu sendiri mula buat komen. 

Yang menghairankan Wak, komen ni datang nya dari Timbalan Mufti Perak sahaja, kemana perginya Mufti-mufti dari negeri-negeri yang lain tu.... terutama nya Mufti Negeri Perak!

Pada pandangan Wak, PM Datuk Najib telah membuat pilihan yang tepat melantik Datuk Seri Azalina ni sebagai menteri yang menjaga bab hiburan-hiburan ni..... Mungkin ianya akan menambah lagi sokongan dari anak-anak muda kita terhadap UMNO.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa anak-anak muda kita terlalu minat tentang hiburan-hiburan ni, maka ianya pasti akan menengelamkan dan melemaskan anak-anak muda kita dalam hiburan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-