Monday, August 31, 2015

Bersih 4: 27 laporan diterima, lima kertas siasatan dibuka

Polis menambah bilangan anggotanya berdekatan Dataran Merdeka, sejak jam 11 malam tadi. - Foto TRP/ Noraizura Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Ogos:

Polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4 sehingga jam 10.45 malam tadi dan telah membuka lima kertas siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin, selebihnya dibuat semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka, pada Ahad, kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Sejurus sebelum tengah malam, bilangan peserta yang berhimpun ramai di Dataran Merdeka semakin ramai, dengan ada yang mendengar ucapan, ada pula yang menyanyi sambil menari.

Bagaimanapun, Tajudin berkata, keadaan masih terkawal dan polis sedang bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Perhimpunan Bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis, dianjurkan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya bersih dan adil, serta sebuah kerajaan yang bersih.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam semalam dan tengah hari ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/31/bersih-4-27-laporan-diterima-lima-kertas-siasatan-dibuka/#ixzz3kJoBI8Jc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-