Sunday, January 3, 2016

Penegasan kesalahan Seksyen 302 terlalu cepat

Yusmadi berkata, apa yang membangkitkan kemarahan umum adalah kenyataan keterlaluan daripada pegawai undang-undang yang tidak cekap. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, 3 Januari:
Polis memaparkan pengurusan tidak cekap terhadap sistem keadilan jenayah dalam kes Mohamad Zulkifli Ismail, yang ditahan kerana membunuh perompak, kata Yusmadi Yusoff.

Mengulas mengenai kemarahan orang ramai terhadap kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, peguam itu berkata, penguatkuasaan undang-undang kini perlu menguruskan rungutan orang ramai, sambil memberikan contoh kejadian tembak warga Afrika Amerika di Amerika Syarikat (AS).

“Jika kamu lihat kes penyalahgunaan kuasa melulu warga Afrika Amerika di AS, kamu boleh lihat betapa pendakwa sangat berhati-hati dalam memberikan kenyataan. Sehinggakan mereka membaca kenyataan yang dibuat.

“Oleh itu, pengurusan sistem keadilan jenayah di negara ini sangat tidak cekap.

“Tetapi kini, kecacatan sudah berlaku, menjadi tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang untuk mengembalikan semula keyakinan kepada rakyat. Kepentingan yang dipertaruhkan adalah tahap keyakinan (rakyat Malaysia) terhadap sistem keadilan,” kata Yusmadi ketika dihubungi The Rakyat Post.

Dia berpendapat polis silap dalam terlalu menegaskan bahawa Mohamad Zulkifli berhak didakwa di bawah Seksyen 302, sambil berkata, ia mencetuskan kemarahan umum.

Yusmadi berkata, Seksyen 302 adalah hukuman bunuh `kelas pertama’ di mana ia membabitkan banyak kategori termasuk membunuh dengan niat, tetapi dalam kes ini, pihak berkuasa juga `tidak cekap’ dalam membuat dakwaan.

“Kini, oleh kerana dia sudah didakwa, adakah kita mengatakan bahawa dia mempunyai niat untuk membunuh orang? Bagi saya, apa yang membangkitkan kemarahan umum adalah kenyataan keterlaluan daripada pegawai undang-undang yang tidak cekap.

“Kamu tidak boleh menyalahkan umum. Ada bantahan dibuat pada peringkat ini,” kata Yusmadi lagi.

Pengasas Kumpulan Undang-Undang, Diplomasi dan Kebajikan (Rights) itu kemudian berpendapat bahawa Mohamad Zulkifli mempunyai hak melindungi diri, harta dan keluarganya dan sekalipun ada had tertentu bagi tahap itu, lelaki berusia 50 tahun dari Terengganu itu adalah `tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’.

“Perkataan `pembunuh’ juga tidak boleh digunakan. Bagi saya, ia salah. Penguatkuasa undang-undang, pada peringkat ini, hanya mempunyai satu tanggungjawab: untuk menyiasat berdasarkan faktar kes.

“Dari situ, budi bicara pendakwa akan dijalankan berdasarkan fakta kes.

“Daripada apa yang saya dapati, andaian saya pada ketika ini bahawa kita mempunyai kes di mana seseorang itu secara melulu membunuh atau dibunuh.

“Terdapat fakta cagaran bahawa ia tidak bukan kejadian semula jadi,” katanya yang membuat kesimpulan bahawa polis tidak sepatutnya menegaskan Seksyen 302 begitu cepat.

Mengulas lebih lanjut mengenainya, Yusmadi berkata, Peguam Negara, Timbalan Pendakwa Raya dan penguatkuasa undang-undang kini mempunyai tanggungjawab untuk mengembalikan semula keyakinan orang ramai.

Penangkapan Mohamad Zulkifli menyebabkan kemarahan orang ramai dan pengguna internet kerana tertuduh didakwa bertindak demikian kerana mempertahankan dirinya.

Dalam insiden pada 7 Disember 2015, Mohamad Zulkifli ternampak dua lelaki yang menaiki motosikal di Kampung Labohan, Kerteh, Terengganu, mencuri generator dari rumahnya.

Dia didakwa menyerang mereka menggunakan parang kecil, dengan seorang daripada mereka jatuh dan meninggal dunia di bahu jalan.

Sehubungan itu, beliau ditahan dan direman sehingga 21 Disember 2015 dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/03/police-needs-to-bring-back-public-confidence-after-mohamad-zulkifli-case/#ixzz3w8gmzWdP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-