Thursday, August 10, 2017

Patung wanita bersayap dibuang

BERNAMA
Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca

DUA patung ukiran berbentuk wanita bersayap yang dijadikan hiasan lanskap Taman MBI Desaku di Padang Meha, Kulim, Kedah, dikeluarkan dari taman itu hari ini, berikutan rungutan penduduk setempat, terutama yang beragama Islam kerana menyentuh sensitiviti agama.

Pengurus Syarikat ECK Sdn Bhd yang mengendalikan hiasan lanskap itu, Rohana Sharif, berkata pihaknya mengambil langkah itu sebagai tanda prihatin syarikat terhadap keresahan penduduk.

“Kita membuang dua patung itu hari ini selepas Pejabat Daerah bersama Majlis Perbandaran Kulim (MPK) mengarahkan berbuat demikian," katanya.

Taman itu dimajukan Syarikat ECK Sdn Bhd dengan tarikan lebih 30 patung dan ukiran pelbagai saiz, termasuk Optimus Prime, watak dalam Transformer, Spiderman dan Snow White.

Rohana berkata, ada lima tema lanskap untuk tatapan pengunjung iaitu Holland, Disneyland, Bali, Kaktus dan Jepun dengan patung wanita itu diletak di kawasan bertemakan Bali.

Sehubungan itu, kawasan bertemakan Bali itu akan ditutup sementara kepada pelancong untuk kerja pengalihan secara berperingkat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-