Sunday, December 24, 2017

Usah kaitkan PM dalam isu Felda

NORHASPIDA YATIM
24 DISEMBER 2017
Mohd Sabri (tengah) menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada seorang penerima sempena Program Ceria Kembali Ke Sekolah di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, di sini, semalam.

KUALA TERENGGANU – Pembangkang diminta tidak mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu aset tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang bertukar milik sebagaimana didedahkan pengerusinya, Khamis lalu.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, isu besar itu wajar disiasat dan perlu diselesaikan tanpa gangguan, termasuk fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

“Walaupun mereka yang dilantik memegang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu adalah daripada perdana menteri, sepatutnya perkara begini tidak berlaku kerana mereka telah diberi amanah untuk jaga syarikat itu.

“Dalam hal ini, pembangkang akan terus memfitnah perdana menteri, walaupun isu itu berlaku ketika Felda dipegang oleh pengerusinya sebelum ini. Mereka akan terus memutar belitkan isu dan mengatakan ia adalah salah perdana menteri,” katanya selepas menghadiri Program Ceria Kembali Ke Sekolah di sini, semalam.

Mengulas lanjut, pihaknya meminta penyokong supaya tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang seterusnya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri.

“Saya yakin di bawah kepimpinan pengerusi Felda baharu, mereka akan buat pendekatan terbaik terhadap masalah yang berlaku kerana Felda adalah milik rakyat.

“Sebelum ini, pelbagai isu timbul dan dihadapi kerajaan, Alhamdulillah, ia dapat diatasi dan diselesaikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-