Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Tun Razak. Show all posts

Tuesday, October 29, 2024

Bela diri atau bebas kes 1MDB

sinarharian.com.my
NOOR AZLIDA ALIMIN
29 Oktober 2024 08:00am

KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun didakwa, nasib Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada diperintah bela diri atau dibebaskan daripada empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu pada jam 9 pagi.

Jika mahkamah mendapati pihak Timbalan Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan, maka bekas Perdana Menteri itu, diperintah membela diri.

Najib, 71, akan dilepaskan dan dibebaskan serta-merta sekiranya keputusan tidak memihak kepada pendakwaan, kerana gagal membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan pindaan Najib, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan hampir RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan hampir RM2.3 bilion dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi 21 pertuduhan pengubahan haram, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Seminggu sebelum mahkamah memutuskan keputusan berkenaan, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia, menerusi kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis berhubung salah laku dalam 1MDB.

Pada 30 Mei lalu, prosiding kes pendakwaan berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB, di Mahkamah Tinggi akhirnya tamat, selepas 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Antara saksi itu ialah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Saksi pendakwaan ke-50, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan yang sebelum ini melarikan diri ke luar negara dan kemudian menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 7 Julai 2023 lalu, merupakan saksi terakhir dipanggil.

Prosiding di peringkat pendakwaan terbabit, bermula pada 28 Ogos 2019 dan ia berlangsung selama 235 hari.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Kamal Bahrin Omar.

Sementara pembelaan bagi pihak bekas Ahli Parlimen Pekan ini, dibarisi peguam-peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Alaistair Brandah Norman dan Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin.

Najib ada dua lagi kes lain

Selain kes 1MDB, Najib masih berdepan dua lagi kes mahkamah iaitu pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram (AMLA) dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Kedua-duanya masih di peringkat pengurusan kes iaitu IPIC di hadapan Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin manakala kes SRC di hadapan Hakim, K Muniandy.

24 Oktober 2018 (kes pecah amanah jenayah)

Najib dan Mohd Irwan Serigar, 69, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu, memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan untuk melengkapkan dokumen kes pecah amanah (CBT) dana kerajaan sebanyak RM6.6 bilion sebagai bayaran ke Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) kepada pihak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hakim Muniandy menjadualkan semula perbicaraan kes SRC yang membabitkan penyelewengan RM27 juta itu ke 21 hingga 25 April dan 19 hingga 23 Mei, tahun depan.

3 Februari 2019 (pengubahan wang haram)

Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Prosiding perbicaraan yang sepatutnya bermula 22 Julai lalu, ditangguhkan ke tarikh lain dan hasil carian di sistem kehakiman, sebutan kes itu ditetapkan pada 25 November ini.

Wednesday, August 28, 2024

Ismail Sabri harap Azalina rayu pembebasan Najib

bharian.com.my
Oleh Zanariah Abd Mutalib 
zanariah_mutalib@bh.com.my
- Ogos 28, 2024
Ismail Sabri dalam program Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan, hari ini.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kepemimpinan UMNO, terutama Datuk Seri Azalina Othmah Said yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mengambil tindakan untuk mendapatkan pengampunan penuh terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Selain itu, Ismail Sabri yang juga bekas Naib Presiden UMNO, berkata permohonan untuk tahanan rumah terhadap Najib juga, seperti yang dikatakan terdapat dalam Titah Adendum sebelum ini, boleh dibawa semula ke mesyuarat Lembaga Pengampunan dan lebih mudah dilaksanakan ketika ini kerana tidak membabitkan proses mahkamah.

"Saya harap adalah kalangan daripada kita menghadap Yang di-Pertuan Agong minta supaya adendum itu dibawa semula ke dalam mesyuarat (Lembaga Pengampunan) supaya Najib boleh menjalani tahanan di rumah atau meminta pengampunan terus.

"Saya harap boleh buat sesuatu. Saya juga harap kepemimpinan, terutama Datuk Seri Azalina yang satu ketika dahulu begitu garang, menghadap merayu kepada Agong," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri mendedahkan, Najib tidak pernah meminta bantuan daripadanya supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, sebaliknya hanya meminta perbicaraan terhadapnya dijalankan dengan adil.

Menjawab kritikan segelintir ahli UMNO yang mendakwa beliau tidak berbuat apa-apa untuk membantu Najib ketika menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri menegaskan beliau tidak mencampuri urusan mahkamah dan prinsip pengasingan kuasa di negara ini.

Ismail Sabri berkata, Najib dituduh ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan keputusan yang mendapati Najib bersalah diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020, yang dibuat

berdasarkan fakta kes dan keterangan saksi, yang mana Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Beliau berkata, kes itu kemudian dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 2022, yang membabitkan aspek teknikal, seperti berlaku kesilapan dalam perundangan, ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Macam mana nak "expect" (jangka) saya panggil Ketua Hakim Negara dan sebagainya, beritahu "clearkan" (bebaskan). Ramai orang luar tidak tahu, Najib tidak pernah jumpa saya minta beliau dibebaskan, cuma beliau minta perbicaraan yang adil, itu saja.

"Masa itu, kita perlu lihat bukan hanya dalam negara saja. Jika mahkamah kita dianggap orang luar, boleh disusun (keputusannya), tiada siapa akan datang melabur kerana jika mereka ditipu, mahkamah tidak boleh pakai.

"Orang kata saya masukkan Najib dalam penjara... tidak betul, sebab keputusan awal di Mahkamah Tinggi dan itu yang menentukan sebab fakta kesan dan kenyataan saksi sudah dibaca," katanya.

Friday, February 2, 2024

Najib Masih Ada Tiga Kes Jenayah Di Mahkamah

malaysia-today.net
BERITA
By MT Webmaster 
On Feb 2, 2024
(Sinar Harian) – Meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 oleh Lembaga Pengampunan, berhubung kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, namun bekas Perdana Menteri ini masih berdepan tiga lagi kes jenayah lain, di Mahkamah Tinggi di sini.

Hampir setiap minggu, Najib, 71, dibawa ke mahkamah untuk prosiding penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-49, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Ariffin untuk memberi keterangan.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.

Bagi dua kes ini, ia masih di peringkat pengurusan kes, yang mana pertuduhan pecah amanah jenayah bagi kes IPIC, ia didengar di hadapan Hakim, Datuk Muhammad Jamil Husin sementara AMLA di hadapan Hakim, K Muniandy.

Menyentuh kes pecah amanah jenayah, bekas ahli politik ini mengemukakan representasi kedua agar Jabatan Peguam Negara (AGC) mengkaji enam pertuduhan yang dihadapi bersama-sama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Perkara itu dibuat selepas representasi pertamanya telah ditolak tahun lalu.

Pada 3 Mac 2022, Muhammad Jamil menolak permohonan Najib, dan Mohd Irwan, 68, agar mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan atas alasan pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes.

Sementara pada 3 April tahun lalu pula, mahkamah diberitahu, prosiding kes pecah amanah mereka yang sepatutnya bermula pada hari tersebut, ditangguhkan selepas pendakwaan memaklumkan terdapat perkembangan baharu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan kes itu berlangsung selama 30 hari bermula 4 Jun ini.

Tarikh-tarikh lain ialah 5, 6, 10, 11,12,13, 19, 20, 24 hingga 27 Jun manakala pada Julai bermula 2 hingga 4, 9 hingga 11, 15 hingga 18, 22 hingga 25, dan 29 hingga 31.

Sementara bagi kes AMLA membabitkan dana SRC, bekas Presiden UMNO ini turut menghantar representasi pada 31 Julai tahun lalu, namun belum diputuskan AGC.

Susulan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, memohon mahkamah memberi perintah DNAA kepada anak guamnya kerana kes terbabit telah tertangguh hampir enam tahun.

Beliau berkata, sebanyak 26 prosiding dibuat di hadapan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) manakala empat di hadapan Muniandy.

Muniandy kemudiannya menetapkan perbicaraan kes pada 17, 18,19, 23 dan 24 September depan.

Hakim ini berkata, sekiranya pada tarikh berkenaan pihak pendakwaan masih belum bersedia dengan status representasi, maka Najib boleh mohon DNAA atau dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan berkenaan.

Kes yang dihadapi Najib

1) SRC, (sudah dijatuhi hukuman)

Hukuman:

– Penjara 12 tahun kepada enam tahun

– Denda, RM210 juta kepada RM50 juta

2) Kes penyelewengan dana 1MDB (masih di peringkat perbicaraan)

– Kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-49, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Ariffin untuk memberi keterangan.

3) Pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) – (masih di peringkat pengurusan kes)

4) Pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta (masih di peringkat pengurusan kes)

Friday, December 1, 2023

Tiada Respons Pengampunan Diraja, Peguam Najib Hantar Surat Peringatan

malaysia-today.net
By MT Webmaster
On Dec 1, 2023
(Utusan) – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengutuskan surat peringatan berhubung pengampunan diraja melibatkan bekas Perdana Menteri itu kepada Kerajaan Perpaduan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya masih belum mendapatkan sebarang maklum balas terhadap permohonan yang dihantar pada awal tahun ini.

“Esok kita akan tulis surat kepada pejabat yang berkenaan iaitu jabatan yang menjaga hal ehwal undang-undang dan juga berkenaan dengan pengampunan.

“Kalau tak salah saya, menteri undang-undang (Datuk Seri Azalina Othman Said) yang menjaga jabatan ini untuk memperingatkan bahawa benda ini sudah 10 bulan tak ada jawapan lagi.

“Secara sopan, kita akan bawa perkara ini dan hantar (permohonan) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pertimbangan Baginda,” katanya menerusi rakaman program bual bicara yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Mengulas lanjut, Muhammad Shafee menyifatkan, permohonan yang dihantar Januari lalu sebagai satu surat yang menarik serta merangkumi pelbagai asas.

“Surat ini sangat menarik tidak seperti surat pengampunan normal lain. Saya merayu untuk mendapatkan pengampunan dan bermacam-macam lagi kerana kes ini berlainan (kes lain).

“Tak pernah dalam 47 tahun saya sebagai peguam, alasan (pengampunan diraja) memohon secara sopan bahawa saya tidak diberikan hak untuk mendapatkan mewakili secara adil terutama di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mac lepas, media melaporkan, Najib gagal dalam permohonannya untuk dapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Najib memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan itu pada 6 September 2022 selepas tidak berpuas hati dengan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Wednesday, June 21, 2023

Najib keluarkan cek hampir RM23 juta bagi khidmat pasukan media antarabangsa

ismaweb.net
danial haziq
21/06/2023

Pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.

KUALA LUMPUR, 2 Zulhijjah 1444H, Rabu – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada bekas perdana menteri itu antara 2011 hingga 2014.

Pengarah syarikat itu, Datuk Mohd Omar Mustapha, 51, berkata pembayaran berjumlah RM22,981,688 diterimanya antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 kerana syarikat terbabit menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib sama ada di dalam atau di luar negara.

“Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.

Menurut saksi pendakwaan ke-45 itu, urusan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Najib bermula selepas timbulnya isu perkhidmatan oleh APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang pada 2010 pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.

“Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa (Perhubungan Awam) yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010. Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung.

“Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju,” katanya.

Omar berkata APCO antara syarikat PR Antarabangsa terbesar di dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara termasuk Malaysia.

Saksi itu seterusnya berkata, beliau juga telah berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.

Menurut Omar, dalam perbincangan itu, beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib.

“Pada masa itu, Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan beliau (Najib) juga tidak minta sebarang kontrak daripada saya. Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan.

 -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Tuesday, July 5, 2022

Najib perlu ikut proses kalau mahu pengampunan- Tok Mat

satuberita.my
By SatuBerita
-July 5, 2022
PENGAMPUNAN DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, banyak kes melibatkan pemimpin kanan UMNO sebelum ini menyaksikan mereka menjalani hukuman sebelum diberikan pengampunan dan dibebaskan.

Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melalui proses untuk mendapatkan pengampunan, seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris, dan Datuk Mokhtar Hashim.

“Dia tidak boleh diampunkan selagi belum melalui proses. Itu adalah salah, sangat salah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal, Menteri Besar Selangor Harun Idris, dia kena jalani hukuman. Mokhtar Hashim, kena jalani hukuman.

“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI yang memetik laporan Asia Times.

Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’.

Katanya lagi, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Mohamad turut berkata, Najib juga tidak boleh berharap terhadap layanan istimewa dari kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN sekiranya ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan berhubung kes rasuah.

“Mahkamah adalah satu-satunya tempat untuk anda membuktikan anda tidak bersalah atau sebaliknya. Dia (Najib) tidak membuktikannya, dan dia tidak mampu membuktikannya. Jadi semua orang perlu membayarnya.”

“Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.

Wednesday, May 18, 2022

Berjuta masuk akaun Najib tetapi tidak didedahkan dalam mesyuarat 1MDB – Saksi

satuberita.my
By Bernama
-May 18, 2022


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mendedahkan dalam mana-mana Mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bahawa beliau menerima wang berjuta-juta daripada syarikat pelaburan strategik negara itu dalam akaun peribadi Ambank beliau.

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir berkata beliau juga tidak menyedari sebuah syarikat, Tanore Finance Corporation telah memindahkan wang berjumlah US$681 juta ke dalam akaun peribadi Najib berakhir dengan 694 antara 21 Mac 2013 hingga 10 April 2013.

Saksi ke-12 pendakwaan itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu yang didakwa menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB.

Azmi ditunjukkan satu siri transaksi bank mengenai dana 1MDB antara 2013 hingga 2014 oleh Sri Ram yang kemudiannya menunjukkan RM45.8 juta lagi daripada dana 1MDB dimasukkan ke dalam satu lagi akaun peribadi Ambank yang berakhir dengan 880.

Sri Ram: Adakah akaun 694 dan 880 itu milik awak?

Azmi: Tidak. Akaun-akaun itu milik Datuk Seri (Najib)

Terdahulu, Sri Ram menyoal saksi itu sama ada beliau mendapat manfaat kewangan daripada 1MDB dan jawapan Azmi adalah negatif.

Azmi juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.

Sri Ram kemudian menyoal saksi itu sama ada Najib pernah memanggil Azmi kerana beliau merupakan CFO mengenai perkara yang tidak kena mengenai dana kekayaan berdaulat tersebut selepas perkara itu dilaporkan secara meluas oleh media.

Sri Ram: Anda tidak pernah membangkitkan mengenai kebimbangan anda (mengenai perkara yang tidak kena) kepada Najib sedangkan kamu boleh melakukannya beberapa kali. Sepanjang perkhidmatan anda di 1MDB, pernahkah Najib menegur kamu?

Azmi: Tidak, tidak pernah malahan kontrak saya diperbaharui.

Sri Ram: Bolehkan tertuduh memanggil kamu mengenai perkara yang tidak kena itu?

Azmi: Beliau boleh melakukannya tetapi saya tidak ingat beliau memanggil saya apabila isu itu timbul dalam kalangan rakyat dan media. Saya tidak ingat beliau memanggil kami (pengurusan) untuk disoal.

Sri Ram: Jika beliau memanggil kamu, adakah kamu akan pergi?

Azmi: Saya tidak nampak bagaimana saya boleh menolaknya.

Dalam pertanyaan lanjut Sri Ram, Azmi berkata beliau tidak pernah ditegur Najib selepas melaksanakan setiap arahan Jho Low yang beliau percaya merupakan arahan daripada Najib sendiri.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung Rabu.

BERNAMA

Tuesday, March 8, 2022

Najib harap Semangat Bossku bantu BN menang besar di Johor

suaramerdeka.com.my
Home/Politik
TANGKAK 8 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat di Johor menterjemahkan Semangat Bossku dalam undi buat calon-calon Barisan Nasional (BN) menang besar bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gelombang Semangat Bossku kini mendapat sambutan hangat daripada penduduk di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilawatinya.

“Saya harap Semangat Bossku diterjemahkan dalam undi untuk BN menjelang hari mengundi Sabtu ini.

“Untuk BN menang besar dalam PRN Johor tidak mustahil dilakukan.

“Pada saya, sekarang ini kita kena tumpu pada kerja dan kena serius dan paling penting jangan rasa selesa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Walkabout’ di Bukit Gambir di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN bagi DUN Bukit Gambir, Sahrin Jani.

Beliau kemudiannya menikmati cendol di Warung ABC selepas program walkabout hampir 15 minit.

Saingan empat penjuru turut membabitkan Mohd Solihan Badri dari Perikatan Nasional (PN), Suraya Sulaiman (Pejuang) dan Naim Jusri (PKR).

Ditanya peluang BN untuk meroboh kubu kubu kuat Perikatan Nasional (PN) di Bukit Gambir Najib berkata, beliau akui saingan sengit di DUN berkenaan.

“Kita kena tumpu pada kerja yang serius dan selepas itu baru kita tahu keputusannya,” ujarnya.

Thursday, March 3, 2022

Hutang 1MDB tak guna dana awam?, Pakar ekonomi tempelak Najib menipu dalam Parlimen

perakinsights.com
March 3, 2022 10:25 am
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar dan tepat.

Menurut pakar ekonomi, Datuk Dr Nungsari Ahmad Radhi, semua hutang 1MDB mempunyai kadar faedah yang perlu dilangsaikan dan ia perlu dibayar oleh kerajaan.

Katanya, dalam konteks 1MDB, syarikat pelaburan tersebut juga mengeluarkan bon untuk berhutang.

“Jadi dakwaan Najib tidak betul. Bon itu ada faedah. Jadi, siapa yang membayar faedah ini? Kerajaanlah yang bayar.

“Ini tak termasuk dengan duit pokok (prinsipal). Hutang ini perlu dibayar pada ketika ia matang. Mungkin pada tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya.

“Perlu diingat 1MDB mengeluarkan bon menggunakan jaminan kerajaan. Oleh itu ia dikira sebagai liabiliti kerajaan. 1MDB tidak ada duit nak bayar, sebab itu kerajaan yang kena bayar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Bon merujuk kepada sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah.

Najib pada sidang Parlimen pada Rabu memberitahu, tiada satu sen dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.

Najib menjelaskan pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Bagaimanapun, Nungsari berkata, dalam mahkamah di Amerika Syarikat, bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.

“Malah pada tahun lalu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan juga mengumumkan telah memperoleh semula RM1.9 bilion lagi dana 1MDB yang dicuri dengan bantuan DOJ yang menyerahkan wang itu ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.

“Jadi, wang dan harta yang disita daripada individu yang mencuri duit 1MDB datang secara berperingkat. Ini akan melibatkan beberapa tahun setelah bon dikeluarkan,” katanya.

Tuesday, March 1, 2022

1MDB: Leissner dedah penglibatan dua bekas setiausaha sulit Najib

satuberita.my
By Admin
-March 1, 2022

BEKAS pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner memberitahu, dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam urusan penerbitan bon ketiga di bawah Projek Catalyze yang bernilai AS$3 bilion (RM12.6 bilion) untuk 1MDB.

Leissner yang mendedahkan perkara itu menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas rakan sekerjanya, Roger Ng di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu yang berdepan tuduhan melanggar undang-undang antirasuah dan pengubahan wang haram.

Dia menjelaskan bon ketiga itu bergantung kepada surat sokongan daripada kerajaan Malaysia dan bukan berdasarkan jaminan daripada International Petroleum Investment Companya (IPIC) seperti dua bon yang pertama yang dirujuk sebagai Projek Magnolia dan Projek Maximus.

Leissner memaklumkan dia mengadakan beberapa pertemuan dengan Azlin Alias ​​dan seorang lagi setiausaha sulit bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Nazaruddin selain Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan untuk tujuan mendapatkan surat sokongan tersebut.

Menurutnya, satu pertemuan turut diadakan bersama-sama Najib di pejabat rasminya di Putrajaya untuk memperoleh surat sokongan yang ditandatangani oleh beliau.

Jelasnya, Low Taek Jho atau Jho Low juga memaklumkan kepadanya dan Roger Ng bahawa mereka tidak akan menerima sebarang ‘imbuhan’ seperti dua projek pertama atas alasan dana dikumpulkan Projek Catalyze akan digunakan untuk Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

“Jho Low mendakwa dana yang dikumpulkan Projek Catalyze perlu digunakan untuk membiayai pilihan raya tersebut. Dia juga nyatakan memberi ‘sumbangan’ kepada pengundi sebagai ‘amalan biasa’ di Malaysia.

“Saya tidak tahu ke mana aliran sebenar wang tersebut atau sama ada ia diterima secara peribadi oleh Najib,” ujarnya sambil menambah tentang penglibatan Azlin apabila Goldman Sachs berusaha melupuskan bon AS$700 juta (RM3 bilion) yang tidak dapat dijual firma itu selepas transaksi Projek Catalyze.

Leissner dan Roger Ng turut menghubungi Jho Low untuk melihat sama ada dia boleh membantu menjual beberapa bon tersebut kepada institusi berkaitan kerajaan di Malaysia seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Difahamkan, salah satu bukti yang dikemukakan dalam kes itu ialah bebenang e-mel yang dipanjangkan Leissner kepada Roger Ng pada 6 November 2013 yang turut mengandungi e-mel pertama yang telah dihantar oleh Jho Low kepada Azlin.

Leissner turut mendedahkan bahawa dia dan Roger Ng masing-masing menerima ‘imbuhan’ berjumlah AS$17.5 juta (RM73.4 juta) untuk penglibatan mereka dalam terbitan bon pertama di bawah Projek Magnolia bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion).

Dia turut berkata mereka telah menerima ‘imbuhan’ untuk bon kedua di bawah Projek Maximus, juga bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion) walaupun dia tidak menyatakan jumlah sebenar yang diterima oleh mereka.

Ketika terlibat urus niaga ‘skim haram’ itu, Leissner mengakui dia bimbang dengan persepsi negatif media, namun berada sedikit lega selepas Najib menang pada PRU13.

 – Agensi

Monday, December 6, 2021

‘Malaysia benar-benar jadi korup jika Najib kembali pimpin negara’ – Tun Mahathir

By SatuBerita
-December 6, 2021


TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan-rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan, mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera pentadbiran.

Bekas Perdana Menteri ini berkata, Malaysia akan benar-benar jadi korup sehingga tiada sesiapa yang akan datang ke negara ini untuk melabur atau melawat.

“Dilucutkan pelaburan, tiada pekerjaan akan diwujudkan untuk menampung beribu-ribu graduan yang dihasilkan setiap tahun dan orang lain yang tidak berkelayakan akan kekal menganggur.

“Perniagaan sama ada besar dan kecil akan gagal. Negara akan mengalami kemurungan. Ia akan menjadi sebuah negara yang gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, itu adalah harga yang perlu dibayar apabila masyarakat bertolak ansur dengan rasuah dalam negara ini.

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menunjukkan perubahan ‘mindset’ (pemikiran) pengundi-pengundi negeri tersebut terhadap parti Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti dua pertiga kerusi.

“Inilah parti yang ditolak oleh pengundi pada 2018 iaitu tiga tahun lalu kerana pemimpinnya benar-benar rasuah dan telah mencuri berbilion ringgit wang kerajaan.

“Pemimpin yang disabitkan kesalahan yang sama mengetuai kempen dalam PRN Melaka.

“Dia masih menghadapi lebih banyak pertuduhan di mahkamah hari ini. Namun partinya menang dengan majoriti besar,” ujarnya.

Tambah beliau, pemimpin-pemimpin yang telah melakukan rasuah dan mencuri wang masih lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

“Mungkinkah mereka sudah lupa akan jenayah yang dilakukan oleh Najib. Atau adakah mereka telah memaafkannya?

“Atau adakah kerana mereka percaya dakwaannya bahawa dia tidak bersalah?

“Atau adakah kerana pengundi tidak ambil peduli, bahawa pada mereka rasuah boleh diterima kerana mereka mendapat sesuatu untuk diri mereka daripada pemimpin yang korup ini?” soalnya. 

SB

Sunday, September 12, 2021

Angkara siapa buat undian tolak bossku jadi penasihat ekonomi

suaramerdeka.com
Home/Berita


Satu gerakan bagi membantah pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penasihat ekonomi dilakukan.

Gerakan itu memohon rakyat Malaysia supaya bersama-sama mengundi menolak bekas perdana menteri itu daripada dilantik ke jawatan bertaraf menteri.

Setakat ini sambutan diperolehi kurang menggalakkan dan ini adalah pautan kempen tersebut. https://chng.it/gy8HPFsT

Tuesday, June 8, 2021

Anak tiri Najib disaman salah guna dana 1MDB

 BERNAMA

Riza Shahriz

Kuala Lumpur: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya memfailkan saman terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan salah guna dana berjumlah US$250 juta bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.

Melalui sistem e-filing mahkamah, 1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei lalu melalui Messrs Shearn Delamore & Co, menamakan Riza Shahriz dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.

Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.

Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza Shahriz serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira US$250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya yang lain, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana itu untuk kepentingan peribadi mereka dan untuk kepentingan rakan sekutu, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.

Syarikat-syarikat terbabit mendakwa Riza Shahriz, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui wang yang berasal daripada 1MDB disalahgunakan kepada mereka untuk kepentingan mereka.

"Firma guaman Shearman dan Sterling (defendan keempat) membenarkan Riza Shahriz dan Low Taek Jho, atau Jho Low, rakan sekutu defendan pertama (Riza Shahriz) yang terlibat secara langsung dalam salah guna itu, untuk menggunakan kepentingan firma guaman tersebut untuk akaun peguam bagi mengubah sebahagian besar dana penyelewengan yang diterima oleh defendan pertama hingga ketiga, serta salah guna dana yang diterima oleh Jho Low daripada plaintif ke Amerika Syarikat dan mewakili Riza Shahriz dan Jho Low dalam pelbagai pembelian dan transaksi yang melibatkan dana yang disalahgunakan itu.

"Defendan keempat mengetahui, baik pengetahuan atau pengetahuan yang sebenarnya yang dapat disimpulkan daripada perbuatan yang disengaja atau semberono dan gagal mengemukakan pertanyaan sewajarnya, bahawa dana yang dimaksud adalah hasil jenayah," menurut writ saman itu.

Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil, dan memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.

Pengurusan kes berkenaan hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Noordura Mohamed Din, menetapkan 17 Ogos depan untuk pengurusan kes selanjutnya secara dalam talian.

Pada 10 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) memfailkan sejumlah 22 tuntutan sivil untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Menurut kementerian itu, writ saman berkenaan difailkan pada 7 Mei lalu terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti (termasuk dua institusi kewangan asing) dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.

Disiarkan pada: Jun 8, 2021 @ 9:21pm

Sunday, May 23, 2021

Najib jangan bitter sangat dengan Muhyiddin

suaramerdeka.com
Home/Belang Bertempat

- Gambar NIKKEI ASIAN REVIEW
Belang Bertempat

Apa saja usaha diambil oleh kerajaan untuk tangani pandemik Covid-19 dan kesan kepada ekonomi negara, pasti akan diberi komen negatif oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen negatif melampau menjadikan Facebook beliau yang mempunyai lebih 4 juta pengikut penuh dengan aura negatif.

Kalau Najib ada masa, tengok-tengoklah sama Facebook miliknya. Jangan dibiarkan berterusan kepada admin yang semakin kehilangan sentuhannya.

Kadangkala hantaran yang dibuat terlalu kebudak-budakan dan tidak menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang hebat dan pernah menjadi perdana menteri.

Najib yang sebelum ini terkenal dengan memberi solusi yang bernas kini menjadi Najib yang terlalu bitter.

Memang Najib pernah pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekarang orang dipecat itu mengetuai parti baharu dan menjadi perdana menteri.

Jadi apabila mempunyai peluru menyebabkan Najib menaburnya ibarat peluru penabur dan tidak fokus.

Kalau Najib ada masa lihat juga pengikut beliau semakin kurang iaitu sekitar 100,000 orang.

Kadangkala buah tidak perlu dijolok dia akan gugur kerana dijamah ulat atau sudah ranum.

Begitu juga pemimpin setiap hari dijolok pun belum tentu jatuh, akhirnya kita yang jatuh akibat tersandung kaki sendiri.

Dalam situasi pandemik sekarang tidak banyak pilihan yang ada pada kerajaan.

Tidak ada solusi mutlak yang mampu menyelesaikan segala-galanya.

Setiap keputusan perlu diperhalusi supaya dapat diminimumkan kesannya kepada kehidupan rakyat.

Apa salahnya dalam menghadapi peperangan ini kita bersatu hati dan bukan berlumba menunjukkan siapa lebih pandai dan cerdas.

Kita harus ingat Facebook kita adalah sesuatu yang akan kekal sampai bila-bila. Kalau negatif auranya, kita akan diingat sebagai orang negatif selagi ada dunia yang fana ini.

Saya tutup dengan satu persoalan Apakah Najib sudah jadi Menteri Hal Ehwal Muhyiddin?

Saturday, May 8, 2021

Tajuddin tak payah kelentong, mengaku sahaja Zahid, Najib cuba runding dengan Muhyiddin


Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
 Sumber (gambar): Fail TTF

“Kepimpinan UMNO hanya bersandiwara dan memang tidak ingin kerajaan tumbang dalam masa terdekat selagi Muhyiddin masih belum berunding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi”

Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini mendakwa, UMNO tidak terlalu terdesak untuk memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU5) diadakan ketika kes pandemik Covid-19 tinggi, termasuk pada Ogos nanti.
Menurutnya, parti itu meletakkan kepentingan rakyat yang perlu diutamakan dan bukannya mengejar jawatan semata-mata hingga mengabaikan kesihatan umum.

“Kalau masih ada kes Covid-19 tinggi sewaktu Ogos, tidak mungkin kita cadangkan diadakan PRU15. Pemimpin Umno bukan tiada otak. Kami bukan hendak kejar atau kemaruk jawatan sahaja.

“Kami ambil maklum mengenai situasi Covid-19. Cuma harap Ogos nanti dibubarkan Parlimen andai keadaan mengizinkan. Tetapi kalau kes tinggi, mencanak hingga ribu-ribu, kita akan pertimbangkan semula waktu sesuai untuk diadakan PRU.”

Pertama sekali, tidak ada sesiapa pun meminta UMNO untuk adakan Pilihan Raya Umum ketika angka Covid-19 menggila.

Sebaliknya, apa yang ditanya ialah bila ahli-ahli parlimen UMNO yang kononnya dah muak dan tidak mampu bekerjasama dengan PPBM akan letak jawatan dalam kerajaan dan syarikat atau agensi berkait kerajaan.

Persoalan juga timbul bagaimana ahli-ahli parlimen dari UMNO boleh terus menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan parti itu terang-terang mengisytiharkan bukan sebahagian daripada blok kerajaan.

Tajuddin sedia maklum, jika angka Covid-19 terus menggila menjelang Ogos nanti, Muhyiddin sudah pasti akan cuba mendapatkan perlanjutan tempoh Darurat biarpun ianya tidak diperlukan.

Justeru, sekiranya ahli-ahli parlimen menarik sokongan mereka terhadap kerajaan sepertimana yang dituntut oleh akar umbi dan majoriti pemimpin bahagian dan cawangan, kerajaan tetap tidak akan tumbang selagi Darurat berkuatkuasa.

Sebaliknya, apabila angla Covid-19 turun ke tahap satu digit, Darurat akan berakhir dan parlimen boleh dibubarkan.

Maka tidak menjadi hal sekiranya ahli-ahli parlimen bertindak menarik sokongan mereka terhadap kerajaan berkuat kuasa serta merta.

Tetapi perkara ini tidak akan berlaku atas dua sebab:

1. Kepimpinan UMNO hanya bersandiwara dan memang tidak ingin kerajaan tumbang dalam masa terdekat selagi Muhyiddin masih belum berunding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Itulah yang diharapkan oleh Najib dan Zahid, dan segala retorik yang dimainkan berhubung “penarikan sokongan” Ogos ini sandiwara semata-mata agar Zahid boleh menenteramkan kepimpinan bahagian dan cawangan sambil membeli lebih banyak masa.

Perkara ini sudah saya dedahkan di sini:
BACA: AKAR UMBI DITIPU LAGI

2. Andai kata Najib dan Zahid ingin juga kerajaan tumbang, mereka tidak akan mampu berbuat apa-apa.

Ini kerana majoriti ahli-ahli parlimen tidak lagi mempedulikan mereka dan tidak akan menurut sebarang perintah untuk menarik sokongan terhadap kerajaan selagi mereka memiliki kuasa dan kedudukan.

Jadi Tajuddin cuba perbodohkan siapa?
thethirdforce.net
Raggie Jessy
May 8, 2021 5:30 pm 

Wednesday, April 14, 2021

Najib punya kuasa mutlak ke atas SRC

ismaweb.net
azrulhakimie

Najib punya kuasa mutlak ke atas SRC
Termasuk lantik, pecat pengarah kerana perlembagaan syarikat membenarkannya

PUTRAJAYA, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa mutlak ke atas SRC International Sdn Bhd, termasuk pelantikan dan pemecatan pengarah, kerana perlembagaan syarikat membenarkannya.

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambaram berhujah bahawa peruntukan dalam Memorandum dan Artikel SRC menyatakan tiada sesiapapun boleh dilantik sebagai pengarah tanpa restu perdana menteri ketika itu.

Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram: Kami mengatakan bahawa Najib mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat bagi pihak SRC.

Abdul Karim: Bukan ahli lembaga pengarah? Sithambaram menjawab ‘tidak’.

Sithambaram juga berkata Najib berkuasa mengawal syarikat dalam kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC ketika itu.

“Lembaga itu bertindak atas arahan Najib melalui Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil yang merupakan ‘pelindung’ di belakang perayu (Najib),” tambah beliau.

Sithambaram menjelaskan bekas Pengerusi SRC Tan Sri Ismee Ismail dan Pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin telah memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kuasa yang digunakan oleh Najib.

Beliau berkata pembabitan Najib dalam SRC seawal tahun 2011 apabila syarikat itu diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad.

Sithambaram berkata perlembagaan syarikat itu menyatakan bahawa Najib mesti dirujuk jika keputusan penting tertentu dibuat.

Tambah beliau, pada mulanya syarikat itu menjadi anak syarikat 1MDB dan kemudian diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintahkannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

 – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Monday, March 22, 2021

Anwar Berunding Dengan Zahid Dan Najib, Kata DAP

 malaysiatoday

BERITAHEADLINE
By MT Webmaster 
On Mar 22, 2021

(Utusan) – Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau merujuk tentang tindakan Presiden PKR itu untuk membentuk kerajaan melalui rundingan dengan ‘Kluster Mahkamah’.

Namun, kata beliau, DAP mungkin boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tentang inisiatif PKR itu, tetapi lebih baik ia dilakukan tanpa mengubah sejarah.

Chin Tong mengulas kenyataan pihak tertentu berhubung Langkah Sheraton yang menyatakan bahawa Anwar didekati untuk menyertai rampasan kuasa untuk membentuk kerajaan yang hanya berbangsa Melayu tetapi menolak tawaran tersebut kerana syaratnya adalah mengecualikan DAP.

“Mungkin pandangan tersebut bertujuan untuk memberi ingatan kepada pimpinan DAP supaya bersyukur dan tidak mempersoalkan tindakan Anwar berunding dengan Ahmad Zahid dan Najib dari UMNO.

“Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tentang inisiatif PKR untuk membentuk kerajaan melalui rundingan dengan ‘Kluster Mahkamah’. Tetapi adalah lebih baik ia dilakukan tanpa mengubah sejarah,” kata Chin Tong dipetik menerusi blog beliau, semalam.

Dalam satu wawancara bersama portal dalam talian, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan Anwar dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa itu mendakwa Anwar pernah ditawarkan untuk menggantikan Pakatan Harapan (PH) sebagai Kerajaan Persekutuan tetapi Ketua Pembangkang itu menolak tawaran tersebut.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang turut dilaporkan berasa terkejut dengan kenyataan Nik Nazmi itu yang mengatakan Anwar dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton.

“Ini adalah kali pertama saya mendengar cerita bahawa Anwar telah dijemput untuk membawa PKR untuk menyertai Langkah Sheraton, namun presiden PKR tersebut telah menolak tawaran untuk menyertai kerajaan baharu tersebut dan memilih untuk kekal setia dengan PH,” katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau telah berjumpa dengan Anwar berkali-kali selepas gerakan politik yang membawa kepada kejatuhan PH itu.

Namun, jelasnya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak pernah sekali pun menyebut mengenai dakwaan itu.

“Saya telah berjumpa dengan Anwar beberapa kali dalam minggu-minggu selepas Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 dan juga dalam bulan-bulan selepas itu, namun tidak ada sekali pun Anwar menceritakan mengenai Langkah Sheraton seperti yang diceritakan oleh Nik Nazmi ini,” jelasnya.

Baru-baru ini, Pemangku Ketua Bahagian UMNO Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, Ahmad Zahid perlu berterus-terang dan menjelaskan kepada akar umbi parti mengenai isu kerjasama dengan DAP-PH.

Ujar Abdul Aziz, ini kerana banyak spekulasi tersebar di mana-mana platform media sosial apatah lagi dibuktikan dengan gambar-gambar Ahmad Zahid dengan Anwar yang diketahui ramai mempunyai hubungan akrab suatu masa dahulu.

Justeru, pengakuan secara terbuka perlu dibuat Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini sekali gus menepis segala dakwaan tidak benar bahawa wujudnya satu hubungan yang melanggar dasar parti, ‘No DAP, No Anwar’, jelasnya.

Pada 16 Mac yang lalu, Anwar tidak menafikan kemungkinan berlakunya kerjasama antara PKR dengan UMNO tetapi menyifatkan ia masih terlalu awal untuk diputuskan.

Bagaimanapun, sehari selepas itu lima wakil rakyat pembangkang termasuk seorang Ahli Dewan Negara menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan menggesa blok pembangkang terus diperkukuhkan.

Mereka melibatkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahudddin Ayub (Timbalan Presiden Parti Amanah Negara); Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman (Ketua Wira Parti Warisan Sabah) dan Chin Tong yang juga Ahli Dewan Negara.

Dua lagi ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Pengasas Muda) dan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu).

Tuesday, February 16, 2021

Najib mula langkah

MyMetro

Najib (kiri) tidak dikaitkan langsung sepanjang perbicaraan kes itu (Altantuya) yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur:  Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memfailkan permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan bahawa memoirnya yang diterbitkan baru-baru ini 'My Story: Justice in the Wilderness' mengandungi fitnah iaitu mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

"Anak guam saya, Datuk Seri Najib tidak dikaitkan langsung sepanjang perbicaraan kes itu (Altantuya) yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Kata-Katanya (Thomas) dilihat sebagai memalukan mahkamah.

"Saman fitnah adalah sesuatu yang pasti, permohonan bagi prosiding menghina mahkamah sudah siap sebanyak 98 peratus dan kami akan memfailkannya dalam minggu ini. Kami harus memberikan beliau (Thomas) notis tunjuk sebab dahulu," katanya semasa ditemui selepas perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pada 2 Februari lalu, Najib dalam surat tuntutan dihantar menerusi firma peguamnya Tetuan Shafee & Co menuntut satu permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas berhubung fitnah terhadap bekas perdana menteri itu yang didakwa terkandung dalam memoir tersebut.

Antara lain, surat tuntutan itu menyebut melalui inferens dan sindiran yang jelas, Thomas memberi mesej bahawa beliau, ketika menjadi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, berpuas hati dengan kebenaran yang terdapat dalam dakwaan dua individu yang disabitkan bahawa Najib terbabit dalam mengarahkan mereka supaya membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, Thomas, dalam maklum balas kepada surat tuntutan itu pada 5 Februari lalu, menafikan memfitnah Najib.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 5:10 PM

Thursday, February 11, 2021

Kes SRC: Pengurusan kes Najib ditetapkan Mei ini

MyMetro

GAMBAR fail, Najib. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengurusan kes bagi satu lagi dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditetapkan pada 3 Mei ini di Mahkamah Tinggi, di sini.

Untuk kes ini, bekas Perdana Menteri itu menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC.

Peguamnya Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, pihak pembelaan menerima sebahagian daripada dokumen berkaitan perbicaraan itu daripada pendakwaan.

"Setakat ini tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 5 hingga 8 Julai; 12 hingga 15 Julai dan 26 hingga 29 Julai dikekalkan," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes tersebut hari ini.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan pendengaran selama 12 hari bagi kes itu bermula 5 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 10:53 PM

Wednesday, September 2, 2020

Masa rayu undi kata Melayu pejuang, bila kalah terus cop Melayu low class

by - Cinca 
on - 9/02/2020 09:30:00 Pm


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tulisan wartawan veteran, A Kadir Jasin berkenaan persepsi terhadap bangsa Melayu.

Najib dalam hantaran di Facebooknya mengkritik, apabila meminta undi, Melayu diibaratkan sebagai bangsa pejuang namun, apabila kalah, Melayu dikatakan kelas rendah.

“Bila minta undi, Melayu bangsa pejuang. Jika menang, suara rakyat suara keramat

“Bila kalah, hakikatnya orang Melayu kelas rendah. Bila berkuasa, orang Melayu pemalas, jangan iri hati orang kaya. Pejuwang,” tulis Najib di Facebooknya, hari ini.

A Kadir pernah menulis, kebanyakan orang Melayu masih dalam kategori “peasant” seperti diungkapkan oleh penjajah beratus tahun lalu.

Terdahulu Tun Dr Mahathir juga terkenal dengan sikap yang suka merendahkan Melayu dengan dakwan Melayu adalah pemalas.

Ini adalah antara punca penolakan kepada Pakatan Harapan kerana kenyataan sebegitu sangat melukakan golongan Melayu.

Sikap menghina kaum sendiri itu bagaimanapun nampaknya masih tidak berubah.

Tidak hairanlah mengapa kaum lain memandang rendah dengan orang Melayu kerana ada pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang menunjukkan contoh begitu. 

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-