Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, May 6, 2018

Siang ziarah kubur Fadzil Noor, malam 'belasah' PAS

Adie Suri Zulkefli dan Adha Ghazali
adha@bh.com.my
MyMetro
Mutakhir
CALON Gabungan Pakatan Pembangkang Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalam dengan orang ramai ketika hadir pada Program Jelajah Pakatan Pembangkang di Pekan Padang Sera. FOTO Amran Hamid

BARU beberapa jam selepas memuji dua tokoh pemimpin PAS, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempersendakan pula parti itu dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.

Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap di hadapan penyokong sempena program jelajah pakatan pembangkang itu di Padang Sera, di Jerlun, bukan sahaja mempersenda PAS, malah turut menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.

Berdasarkan kenyataan itu, Dr Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi berkata, PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa sudah dikaburi wang ringgit.

“Dulu kata UMNO kafir, tetapi la ni (sekarang) UMNO bagi duit, jadi Islam balik la.

“Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja duit.

“Bila nampak duit boleh la jadi Islam.

“Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir, turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.

“Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior nak pasang bendera, tetapi la ni (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit, mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.

“Bulan ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi PAN (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar anak Nik Aziz yang tahu PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.

“Ini semua karut sahaja dan guna agama untuk pancing undi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 1:47 AM