Showing posts with label PAN. Show all posts
Showing posts with label PAN. Show all posts

Thursday, December 9, 2021

PAS sahut cabaran Pemuda UMNO terima PAN dalam MN Dengan syarat PAN tidak lagi bersama DAP dalam PH

ismaweb.net
Siti Hafidah

BANGI, 4 Jamadilawal 1443H, Khamis – Tidak mustahil bagi PAS untuk menerima Parti Amanah Negara (PAN) menyertai Muafakat Nasional (MN).

Namun ia hanya boleh dilakukan sekiranya parti itu tidak bersama dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, seiring dengan realiti politik semasa yang dinamik, keutamaan perlu diletakkan pada kepentingan agama dan negara.

“Sekarang ini kerana Amanah bersama DAP, itu isunya.

“Masa dulu kita tolak Bersatu kerana dia bersama DAP, bila mereka berpisah maka kita boleh berbincang,

“(Apa akan jadi) masa depan kita tak tahu, tapi masa ini realitinya, politik ini dinamik dan kita pula lihat keperluan semasa dan kepentingan agama dan negara,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran dikemukakan Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang membangkitkan isu penyatuan antara PAS dan PAN.

Sebelum ini, PAS dicabar membuktikan dasar penyatuan ummah yang diperjuangkan dengan menerima PAN menyertai gabungan MN.

Ia susulan tindakan PAS menolak MN jika UMNO enggan menerima Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

Menurut Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berdasarkan piagam MN, kedua-dua parti itu sedia menerima parti lain termasuk Bersatu dan NGO.

“Apabila sampai ke peringkat pelaksanaan, kepemimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan PAS saja dalam MN, ini bermakna ia sudah lari daripada perjanjian.

“UMNO tak boleh mengarahkan PAS kerana kami parti tersendiri. Kalau nak suruh PAS dengan UMNO saja (dalam MN) itu tak boleh.

“Sebab kita dah berjanji dengan parti lain, bahkan tetapkan tarikh nak berjumpa dengan Bersatu dan parti lain termasuk nak terima Bersatu masuk MN,” katanya.

Mohd Amar berkata, kenyataan Presiden PAS itu jelas bahawa hubungan MN bukan sahaja melibatkan PAS dan UMNO semata-mata, sebaliknya hubungan ke arah penyatuan ummah membabitkan parti Melayu lain dan NGO.

Katanya juga, tidak berbangkit soal MN diketepikan, sebaliknya gagasan itu boleh dijadikan jambatan ke arah penyatuan bersama PN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Thursday, December 10, 2020

Pegawai Komunikasi PAN akui PH kini bercelaru

December 10, 2020


DENGAN selesainya kemelut kecil di Perak, bolehlah kita beralih kembali kepada krisis besar PH. Kita mulakan dengan pengakuan terbuka oleh ‘Pegawai Komunikasi PAN’ ini dahulu:

(1) “PH kini di semua peringkat dalam keadaan bercelaru, curiga-mencurigai dan sindir-menyindir”.

(2) “Penyokong PH sendiri agak sukar mengesan keyakinan para pemimpinnya untuk menghadapi PRU depan”.

Sangat berat sekali kenyataan ‘Pegawai Komunikasi PAN’ ini kerana:
(1) Bukan hanya di dalam peringkat tertentu sahaja tetapi ‘di semua peringkat’ dalam PH ‘keadaan bercelaru, curiga-mencurigai dan sindir-menyindir’ sesama PH ini wujud.

(2) Kesukaran mengesan keyakinan para pemimpin PH untuk menghadapi PRU depan ini bukan dikesan oleh penyokong BN, PN atau MN tetapi oleh ‘penyokong PH sendiri’.

Apakah ‘Pegawai Komunikasi PAN’ ini berani menulis begini jika ia adalah tidak betul?

Bukan setakat itu sahaja, malah dalam satu lagi tulisan lain Pegawai Komunikasi PAN ini turut membuat beberapa pengakuan terbuka lain yang lebih menarik, iaitu:
(1) “Di sebalik keyakinan tinggi yang diulang-ulang untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang lemah, rupa-rupanya pembangkang atau lebih khusus PH jauh lebih lemah.”

(2) “Tiada guna untuk mengutuk Muhyiddin sebagai perdana menteri kerajaan yang lemah kerana rupa-rupanya yang mengutuk PN itu adalah pembangkang yang jauh lebih lemah dan tiada fokus.”

(3) “Apakah ada sesiapa lagi dalam kalangan PH yang masih yakin bahawa Anwar Ibrahim mempunyai bilangan ahli Parlimen yang cukup untuk menyokongnya sebagai perdana menteri? Rasa-rasanya seperti jauh panggang dari api!”

(4) “Jika sekarang peperangan berlangsung, PH sudah tewas sebelum masuk gelanggang.”

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 

– HARAKAHDAILY 10/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Monday, September 21, 2020

Dr Shamsher Singh Jawab Mahfuz, Cabar Dapatkan Kerusi Di Terengganu dan Kelantan.

byAssistant Editor-
September 21, 2020


PAS adalah seperti masakan ibu, simple tapi berkhasiat. Bersatu adalah makanan bufet kat hotel 5 bintang, nampak cantik tapi semua frozen items!' - Shamsher Singh Thind, 20 April 2018 (https://www.facebook.com/ss.thind/posts/1922106184467471)

'PAS ini ibarat ibu bapa yang suka berjudi, kemudian bila kalah judi dia mahu lacurkan anak.' - Mahfuz Omar, 20 September 2020 (https://www.malaysiakini.com/news/543335)


Saya suka PAS sebab parti ini satu-satunya yang tak lari daripada tujuan asal ia ditubuhkan. Walaupun ramai juga ahli PAS yang keluar untuk membentuk PAN, dan walaupun PAS terpaksa bersaing dengan UMNO dan PH (yang diwakili oleh PAN & Bersatu) dalam PRU 14, PAS mampu menang bergaya di Terengganu dan Kelantan. PH satu kerusi pun tak lalu nak menang walaupun PH menang di peringkat persekutuan mengalahkan UMNO/BN!

Satu lagi fakta menarik adalah kelayakan akademik tertinggi ahli-ahli PAS. Ijazah Master dan PhD bagaikan kelayakan biasa untuk calon-calon PAS yang bertanding, sampai ada yang mempunyai dua Ph.D, itu pun dari universiti yang diiktiraf, bukan sijil palsu dari Scambridge atau Penang Bridge University.

So, PAN, sudah lah. Tak payah nak hina PAS lagi. Kalau hangpa ni terer sangat, cuba menang sekurang-kurangnya satu kerusi di Terengganu atau Kelantan.

P.S. "Paan" dalam bahasa Hindi bermaksud sireh. Dan paan adalah untuk dikunyah dan kemudian diludah. Mungkin itu juga nasib depa PRU 15 nanti. Kononnya nak selamatkan diri daripada ibubapa yang suka berjudi, tapi sebenarnya lari dari rumah untuk melacurkan diri dengan orang-orang yang suka berjudi. You know what I mean?

Friday, September 18, 2020

Sejak bila PAS beranakkan PAN?


DALAM mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin WARISAN mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. Tujuannya hanya satu, untuk mengelirukan pengundi supaya penyokong PAS mengundi mereka. Dakwaan ini amat janggal, bahkan bertentangan dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa merekalah yang mengusahakan penubuhan PAN. Hatta, warna oren itu pun adalah pilihan DAP untuk mewarnai perjuangan PAN.

Semua khalayak politik tahu, bahawa PAN bermula dengan penubuhan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dalam September 2014. Apabila sebahagian mereka tewas dalam pemilihan PAS 2015, mereka membentuk G18 (Kumpulan 18), sebelum bertukar menjadi GHB (Gerakan Harapan Baru), dan akhirnya menjadi PAN setelah beberapa proses ‘membeli’ parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP). Inilah ‘origin of PAN.’

Ada juga pengkaji yang mengatakan PAN adalah parti yang disusun penubuhannya oleh IRC. Sejak 1998, terdapat segolongan ahli IRC menyusup masuk (infiltrate) ke dalam PAS, tetapi ia berlaku secara besar-besaran selepas 2004. Mereka cuba menguasai pos-pos strategik dalam PAS dan akhirnya berusaha menguasai kepemimpinan PAS. Pergerakan IRC telah diwakili oleh IKRAM di dalam parti-parti pembangkang ketika itu. Kerana itu berlaku pertembungan besar dalam kepemimpinan PAS sebelum 2015. Mereka adalah pemimpin PAS yang menyokong Anwar Ibrahim, tidak mendukung Presiden PAS. Mereka juga membawa agenda Liberal dalam PAS. Apabila mereka gagal menguasai PAS pada 2015, mereka menubuhkan PAN.

Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa secara teknikal PAN memang anak PAS kerana ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan dan ahli PAS. Tetapi saya bertegas, bahawa PAN bukan ditubuhkan oleh bekas pimpinan PAS, tetapi ia ditubuhkan oleh pimpinan dan ahli PAN yang berada dan menyusup dalam PAS. Dasar, fikrah dan agenda mereka sudah lama dibiakkan dalam PAS, tetapi mereka gagal memperdayakan pimpinan dan ahli PAS. Mereka cuba mengubah dasar dan perjuangan PAS tetapi gagal. Mereka cuba menjadikan PAS parti Islam yang Liberal tetapi mereka juga gagal. Lalu seluruh pimpinan dan ahli PAN yang berada di dalam PAS terpaksa menjelmakan diri dan wajah sebenar mereka pada 2015. Maka lahirlah PAN.

Hakikatnya, PAN adalah parti yang ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli PAN yang berada di dalam PAS. Mereka sekali-kali bukan PAS!

MOHD FADLI GHANI 
17/9/2020

Tuesday, June 16, 2020

Adakah PH masih miliki ‘nombor’ dan harapan?


MUKADDIMAH

PH kembali bekerja kuat setelah mereka ‘diruntuhkan’ oleh anasir dalaman mereka sendiri. Kali ini, PH bekerja kuat untuk menjatuhkan kerajaan TS Muhyiddin dan PN. Tun Mahathir dan DS Anwar dilihat sentiasa dalam ‘mode’ bermesyuarat dan bersidang media sejak sebelum Ramadan. Jentera siber DAP dan PAN pula sentiasa dalam ‘mode’ menyerang, menghentam dan mengungkit setiap sejarah silam yang pedih antara komponen-komponen PN.

Hanya Abang Mat Sabu saja yang belum turun ke jalanan.

Pertukaran kerajaan
Sepanjang dua minggu ini, setiap hari kita mendengar PH akan kembali berkuasa esok atau lusa. Namun seperti kita ‘dikencing’ lagi untuk kesekian kalinya, jika kita memilih untuk mempercayainya.

Buktinya, sehingga hari ini Kerajaan PN masih di Putrajaya seperti biasa. ‘Nombor’ yang diberikan hanyalah akrobatik politik semata-mata. Terakhir 107 untuk PH, kata DS Anwar.

Mewakili PH di media
Jika dilihat daripada kenyataan yang sering dipetik media sebagai mewakili PH, Tun M dan DS Anwar adalah pada ranking pertama. Ajaibnya, ranking kedua diisi oleh Khalid Samad dan Salahuddin Ayub. Seterusnya Syed Saddiq, Datuk Kadir Jasin dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Seterusnya pimpinan-pimpinan lain.

Tiada daripada DAP, kecuali melalui Lim Kit Siang. Theresa Kok, Hannah Yeo dan Anthony Lok sekali sekala ada juga muncul mengkritik Kerajaan PN, dan memuji Kerajaan PH terdahulu.

Tiada daripada Tuan Lim Guan Eng, kecuali kenyataan membela dirinya daripada cuba campur tangan dalam kes yang diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara. Desas-desus campur tangan itu sehingga terpalit kepada Tun Mahathir sendiri.

PAN komponen paling vokal mewakili PH
Kesimpulan melulu yang boleh kita buat daripada keadaan ini ialah, tanpa Tun Mahathir dan DS Anwar, PAN mungkin akan mengemudi PH sebagai komponen tonggak. Ini kerana, setakat ini pimpinan PAN dilihat paling bersemangat mempertahankan PH. PAN juga sentiasa menyerang PAS, Umno, Muafakat Nasional dan PN. PAN sentiasa dalam posisi menyerang dan bertahan.

Bersediakah kita menerima Abang Mat Sabu, Khalid Samad atau Salahuddin Ayub sebagai PM ke-9? Mungkinkah Hanipa Maidin?! Jangan bimbang. Sebetulnya mereka sendiri pun terkejut jika mereka dicalonkan sebagai PM ke-9. Mereka memang tidak bersedia dan tidak berharap.

Hakikatnya, walaupun merupakan komponen yang paling banyak ‘berpeluh’ demi PH, PAN tiada akar umbi yang kuat seperti PKR dan DAP. Jika bersendirian, ia adalah lebih lemah daripada Tun Mahathir bersendirian. Lebih lemah daripada PKR bersendirian. Dan pastinya lebih lemah daripada DAP bersendirian. PAN sentiasa perlukan pelampung untuk kesinambungan hidup.

Setakat ini PH adalah pelampung itu. Jika PH turut berkubur, atau berpecah menjadi lebih kecil, ia sangat menjejaskan ‘kesihatan politik’ PAN.

PH menolak PRU dalam tempoh terdekat
Setelah DS Najib membuat kenyataan Umno perlu bersedia untuk berhadapan PRU, tindak balas PH ialah PRU tidak perlu. Ia membazir wang kerajaan, keadaan COVID-19 masih belum selesai ditangani dan beberapa alasan lain yang diberi.

Sebelum itu, beberapa alasan tidak mahu mengadakan PRU telah diberikan oleh PN. Ia menyebabkan PN diserang oleh media PH daripada segenap sudut. Ajaibnya, ia berakhir dengan pengisytiharan PH pun berpendapat PRU adalah tidak perlu. Hanya PH tidak sebutkan secara lantang, ‘mandat rakyat yang baru adalah tidak perlu’.

Akhirnya, kita dapati ada juga titik sepakat antara PH dan PN. Sekalipun PH tidak henti-henti mengkritik apa jua langkah yang diambil oleh Kerajaan PN dalam menguruskan wabak COVID-19.

Apa lagi pilihan untuk PH ambil alih kerajaan?
Nampaknya satu-satu pilihan yang ada untuk PH ialah ‘permainan nombor’, sama ada melalui Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen, atau membuktikan TS Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Parlimen kepada SPB YDP Agong.

Nampaknya terpaksa menghadap SPB YDP Agong jugak, walaupun tidak pernah bersetuju dengan keputusan baginda sebelum ini.

‘Permainan nombor’ ialah berusaha mempengaruhi sejumlah Ahli Parlimen pendokong kerajaan agar tidak lagi menyokong kerajaan. PH menuduh PN sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ kerana mereka menuduh PH bermain ‘permainan nombor’ sehingga menjatuhkan kerajaan PH.

Hakikat sebenarnya ialah PH meruntuhkan kerajaan mereka sendiri, bukan melalui permainan nombor. Kekosongan kerajaan setelah keruntuhan Kerajaan PH lantaran peletakkan jawatan Tun Mahathir, telah memaksa semua pihak untuk menunjukkan ‘nombor’ yang mereka miliki sebagai bukti merekalah yang paling layak membentuk kerajaan.

Ia telah diadili dengan saksama oleh SPB YDP Agong. Kerajaan PN telah dibentuk.

Penutup
Yang berlaku sekarang adalah amat pelik sekali. PH sedang bermain nombor untuk cuba menjatuhkan Kerajaan PN melalui ‘pintu belakang’ ‘yang amat keji itu’. PH sedang menggalakkan proses ‘melompat’ dalam kalangan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan semasa.

Rundingan PKR dan ‘Plus’, iaitu kumpulan Tun Mahathir yang telah kehilangan parti setakat ini, sedang berada pada tahap paling kritikal.

Siapa akan menjadi PM jika PH Plus kembali berkuasa, Tun Mahathirkah? Atau DS Anwarkah? Adakah akan ada pelan peralihan kuasa fasa kedua? Adakah kem Tun Mahathir akan menyokong DS Anwar? Adakah kem DS Anwar berupaya lagi mendokong Tun Mahathir?

PN pula tentulah akan bertahan dengan serangan PH. Kata ahli strategi, ada kalanya pertahanan yang terbaik ialah dengan cara ‘menyerang’, dan bukan sekadar ‘bertahan’.

‘Acid Test’ ialah pada sidang Parlimen selama 25 hari bermula 17 Julai ini.

ZAKARIA ISMAIL
Marang, 15 Jun 2020

 – HARAKAHDAILY 15/6/2020

Wednesday, May 27, 2020

‘Naga’ Tasik Chini tunggu PH


RAKAN saya Hanisya Abdul Hamid dalam postingnya mencabar PKR meletakkan calonnya dalam PRK DUN Chini bagi membuktikan kekuatan mereka.

Memang kenalah kalau dah jantan sangat mendakwa kononnya mandat mereka telah dicuri, mereka tetap popular dan didukung rakyat maka PRK inilah gelanggangnya. Minta Anwar Ibrahim, bakal PM tersohor di dunia turun berkampung di sana, jangan berdalih dan beri alasan berbagai.

Dan lebih hebat lagi kalau parti terkukuh dalam PH iaitu DAP yang konon mahu tegakkan amar makruh nahi mungkar itu yang letakkan calon.

Jangan dakwa parti kamu berbilang kaum kalau gentar bertarung dalam PRK ini kerana ia majoriti Melayu. Turunkan kekuatan RBA kamu, Kit Siang, Guan Eng, Superman Hiew, Teresa, Geobind, Lotong Jelutong turun berkempen. Pahang pun punya Ahli Parlimen DAP Melayu apa kata beliau dijadikan calon.

Dan jangan lupa heret sekali terompah kayu berjenama PAN untuk membantu. Walaupun lusuh dan buruk sudah, tetapi mampu menghiburkan pengundi Chini dengan lawak dan temberang mereka.

Apa pun PH memang wajar bertanding setelah bertempik dan berkokok sejak hilang kuasa beberapa bulan lepas. Muncullah ‘naga’ dari Tasik Chini menelan dan membaham mereka.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
    26/5/2020

Monday, May 25, 2020

Waspada Agenda Jahat DAP

Senior Editor
Mei 25, 2020

DAP cukup kesal dan kecewa apabila kerajaan PH roboh dan mereka ditendang keluar dari mercu kuasa. Berpuluh tahun mereka merancang berhempas-pulas untuk capai puncak kuasa akhirnya berkecai hanya setelah 22 bulan di sana apabila PM ke 7 letak jawatan secara mendadak.

Tambah kesal apabila yang naik adalah sebuah kerajaan yang menggabungkan kuasa politik Melayu/Bumiputera, iaitu kuasa yang berjaya mereka pecah-pecahkan dalam PRU 14 lalu, apabila masing-masing parti Melayu bertanding sesama sendiri.

Kini peluang untuk kembali berkuasa hampir mustahil walau mereka punya 42 kerusi di Parlimen. Mengharapkan PKR dan Pan membina kembali kekuatan politik Melayu juga sia-sia setelah umat Melayu mendukung dan berdiri teguh di belakang Perikatan Nasional yang lebih teguh dan ke hadapan dalam menjamin dan membela nasib dan masadepan agama, bangsa dan negara.

Lalu apa kerja DAP kini?

Berusaha melaga-laga dan memecahkan perpaduan politik Melayu, dengan harapan jika berkecai PN angkara sengketa dalaman, manalah tahu mereka berpeluang merangkak kembali ke Putrajaya.

Ahli Parlimen DAP Bangi Dr Ong Kian Meng telah mulakan dengan membangkitkan kononnya ketidakpuasan hati Umno dalam PN. PN kononnya rapuh dakwanya dan Umno berjaya dijinakkan oleh Bersatu.

Kemudian menurut posting Dr Kamarul Yusoff pemimpin DAP Johor, Lee Chin Tong pula menyucuk jarum dengan mendakwa kononnya Umno Johor sedang berkomplot mahu jatuhkan Bersatu hingga ke peringkat mahu bubarkan Dewan.

Rupanya kini dalam kekesalan dan kekeciwaan lantaran hilang kuasa DAP sedang mengadu-domba sesama PN, melancarkan saraf pecah dan perintah untuk menghasut sesama parti Melayu dalam PN.

Boleh berjayakah agenda jahat mereka itu?

Jika mabuk kuasa para pemimpin Melayu, sentiasa bersangka buruk sesama sendiri dan mementingkan agenda peribadi, tidak mustahil usaha pecah perintah DAP boleh berjaya dan akhirnya bumi dipijak kembali milik orang lain.

Akan tetapi jika kepentingan perpaduan kerana Allah swt diletakkan di hadapan, keikhlasan dan kesungguhan berjihad mahu membela dan mempertahankan tanahair dari sebarang ancaman luar dan dalam menjadi tekad, datanglah fitnah dan serangan saraf DAP apa jenis sekalipun semuanya bakal ditepis.

Sempena bulan Ramdhan yang mana di dalamnya di turunkan al Quran maka wajarlah kita khasnya pimpinan politik Islam insaf dan sentiasa menjunjung al Quran sebagai piagam perjuangan kita.

Allah swt berfirman mengingatkan kita:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” Ali Imran: 103

Waspada dan beringatlah wahai pimpinan kami.ROSLAN SMS

MR : Waspada itu adalah baik drp kita lalai

Sunday, May 17, 2020

Mukhriz, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’


DRAMA politik di Kedah sejak Selasa lalu nampaknya mengesot ke penghujung. Apa pun Mukhriz Mahathir tidak boleh salahkan orang lain.

Tindakannya sejak awal lagi menyimpang dengan Bersatu Pusat.
Bersatu sudah mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH). Itu mukadimah yang berlaku.

Sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz sedia maklum. Keputusan keluar PH muktamad. Soal sah atau sebaliknya itu isu kedua.

Peliknya tiba-tiba Mukhriz mahu bergantung hayat kepada PH di Kedah. Semua orang jadi pening. Sarjana politik pun tidak dapat merumus teori mana yang Mukhriz gunakan. Tidak berlaku dalam sejarah politik sebelum ini.

Sekiranya sejak awal Mukhriz mengikut kehendak majoriti, mungkin tidak berlaku 4 Adun Bersatu belot. Malah kedudukan Mukhriz sebagai MB mungkin tidak tergugat.

Sifir itu sudah berlaku di Perak. Ahmad Faizal Azamu pada 10 Mac lepas
meletak jawatan. Ia berlaku selepas kerajaan PH di Perak tumbang.
Pada PRU lepas PH menguasai 30 kerusi Dun di Perak. PH terdiri daripada DAP (18), PAN (6), PKR (4) dan Bersatu (2).

Manakala pembangkang pula – Umno 25 kerusi, PAS (3) dan Bebas (1).
Namun selepas Adun PAN dan DAP keluar parti, akhirnya kerajaan PH tumbang.

PN Perak sekarang menguasai 35 kerusi. Dominasinya Umno 25 kerusi, PAS (3), Bersatu (4) dan tiga kerusi Bebas termasuk bekas DAP dan PAN.
Biarpun Bersatu ada 4 Adun, namun Ahmad Faizal selamat di kerusi menteri besar. Istana melantiknya semula.

Sedangkan ada dua lagi calon MB Perak iaitu Saarani Mohamad (Umno) dan Razman Zakaria (PAS) dalam senarai awal.

Ternyata percaturan Faizal mengena. Sepatutnya Mukhriz boleh mencontohi model itu. Namun kerana terlalu mengikut percaturan bapanya, akhirnya dia kecundang.

Jejaki Selangor

TIBA-tiba selepas hilang sokong Mukhriz meluahkan dia dikhianati ‘kawan-kawan’.

“Biasalah perasaan bila dikhianati kawan-kawan, sebelum ini berlaku di pusat dan sekarang di negeri. Nampaknya pengkhianatan berlaku macam-macam cara,” katanya seperti dilapor portal berita.

Mungkin Mukhriz lupa percaturannya sejak awal lagi silap. Teori dirintis Ahmad Faizal tidak mahu dimanfaatkan. Sebaliknya dia membuat percaturan sendiri.

Seandainya Mukhriz membawa Bersatu bersama Muafakat Nasional di Kedah, mungkin kedudukannya selamat. Bersatu di Kedah ada 6 Adun.
Apabila digabung dengan PAS dan Umno bermakna jumlahnya 23 Adun.

Itu belum lagi dikira 2 lagi Adun PKR yang tidak sebulu dengan Anwar Ibrahim.

Apabila dicampur dua bekas Adun PKR bermakna kekuatan PN bertambah kepada 25. Malangnya Mukhriz tidak memanfaatkan peluang itu.

Hari ini menteri besar dua kali itu umpama jatuh ditimpa tangga. Menjejaki apa yang dialami bapanya. Juga dua kali bergelar perdana menteri.

Namun akhirnya meletak jawatan di tengah jalan.
PN yang didominasi PAS sekarang memiliki 23 Adun. Mereka iaitu 15 daripada PAS, Bersatu (4), Umno (2) dan dua bekas PKR.

Sudah ‘geger’ di serata tempat esok kerusi Mukhriz di Wisma Darul Aman akan diduduki orang lain. Biarpun berkali-kali mengaku masih lagi MB, namun ia tidak lebih sebagai syok sendiri.

Nasi sudah jadi bubur. Kegemilangannya bapanya semakin pudar. Kata bekas pegawai tadbir diplomatik, Ashaari Mamat, zaman Dr Mahathir sudah berlalu.

Kisah yang menimpa Mukhriz sekadar mengulangi apa yang berlaku di Johor, Melaka dan Perak.

Namun harus ingat episod politik tidak terhenti di Kedah sahaja. Lambat laun akan menular ke Selangor. Khabarnya 10 daripada 19 Adun PKR di negeri itu merupakan pentaksub Azmin Ali.

PH sekarang memiliki 43 Adun, manakala PN pula 13. Kemungkinan kedudukan boleh bertukar PH 33 – PN 23.

Tidak dapat ditolak Adun DAP dan PAN pun intai peluang. Tunggulah episod seterusnya.

 – HARAKAHDAILY
    17/5/2020

Saturday, February 15, 2020

Tunggu notis saman, sedia berdepan di Mahkamah


IPOH: Persoalan dilontar Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak, Dato’ Asmuni Awi sepatutnya dijawab, tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang penjelasan.

Sebaliknya sidang media peguam mewakili Pengerusi PAN Perak itu 11 Februari lepas tertumpu kepada ugutan tindakan saman kepada Hafez yang mengeluarkan kenyataan mewakili PAS Perak atas isu membawa suara umat.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud menegaskan demikian pada sidang media berhubung isu program politik dalam premis surau di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini semalam.

“Kenyataan media PAS Perak bersifat persoalan terhadap isu melibatkan sensitiviti agama dan kemasyarakatan serta tidak menimbulkan fitnah kerana telah menjadi keresahan rakyat, malah sangat berpatutan dibangkitkan.

“Ianya tindakan wajar kerana tiga hari selepas program tarian naga, bakar mercun dan ucapan pemimpin politik dalam premis Surau Al-Qomar awal bulan ini tiada sebarang maklumbalas daripada pihak kerajaan (EXCO Agama) khususnya.

“Saya difahamkan ianya juga melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang juga di bawah seliaan EXCO Agama Negeri Perak,” ulas peguam PAS Perak.

Katanya lagi, pihak PAN Perak tidak perlu menunggu tujuh hari sebagaimana sidang media mereka pada 11 Februari lalu, sebaliknya boleh memfailkan saman segera jika perlu, kerana pihak PAS Perak bersedia berdepan di mahkamah.
“Paling penting untuk dimaklumkan, tiada permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan media daripada pihak PAS Perak ke atas isu ini dan kita akan terus membela Islam,” tegas Wan Rohimi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata, tindakan pihak pembangkang melontarkan persoalan memohon pencerahan terhadap isu kepada kerajaan adalah amalan biasa bagi sesebuah negara demokrasi.

Jelasnya, banyak lagi isu berkaitan Islam yang menjadi tanggungjawab EXCO Agama yang hendak ditanya bagi mendapatkan penjelasan termasuk isu berlaku sebelum ini dilihat telah mengambil tindakan terpilih.

Menurut rekod, program ‘Buy Muslim First’ (BMF) yang akan dirasmikan Timbalan Mufti Perak anjuran NGO sebelum ini segera diberi perhatian EXCO Agama sehingga dikeluarkan arahan pembatalannya seolah-olah menyalahgunakan masjid.

Turut hadir dalam sidang media yang berlangsung hampir setengah jam, ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahya dan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait serta pimpinan PAS Perak.

 – HARAKAHDAILY 
    15/2/2020

Thursday, February 6, 2020

Salahuddin mengarut, cemburu umat Islam bersatu

February 6, 2020


DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menempelak kenyataan YB Salahuddin Ayub yang terus menyemai kebencian kalangan ahli PAS dan Umno khususnya bagi melaga-lagakan dua parti terbesar Melayu Muslim di Tanah Air ini.

Suasana positif penerimaan masyarakat terhadap penyatuan ummah antara PAS-Umno khususnya menerusi Muafakat Nasional merupakan mimpi ngeri kerajaan PH pada hari ini terutama kalangan parti DAP serta pengikut setianya PAN. Buktinya pmpinan PAN sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan jahat bagi menimbulkan persepsi negatif untuk mewujudkan prasangka buruk dan sifat ‘alergi’ di kalangan ahli PAS dengan Umno antara satu sama lain supaya penyatuan ummah ini gagal.

Kenyataan terbaru dari YB Salahuddin Ayub yang memainkan semula isu Amanat Hj Hadi menunjukkan pemikiran lapuk yang sudah kehabisan modal. Jika dahulu, seteru politik PAS memainkannya, kini PAN pula mengambil alih tugas tersebut. Sedangkan isu tersebut sudah tidak lagi relevan kerana penjelasan demi penjelasan telah pun diberikan dan berjaya difahamkan kepada masyarakat Islam. Buktinya dapat dilihat menerusi penyatuan ummah yang melibatkan PAS Umno kini semakin meriah di seluruh peringkat sama ada Pusat, Negeri, Kawasan bahkan di Cawangan-cawangan.

Jika benar PAN mendakwa memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka tidak menuruti DAP yang jelas dengan agenda Cauvinis dalam menjayakan kerja-kerja
sehingga berlakulah pelbagai isu yang melibatkan sentimen agama, ummah serta institusi Diraja dan keagamaan yang sebelum ini dilihat tidak seteruk sekarang. Kebenaran telah pun terpampang di hadapan mereka, namun jika PAN masih lagi ‘membutakan mata’ kerana kepentingan duniawi, hakikatnya mereka ego menerima kebenaran.

Firman Allah S.W.T:

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ تَفَرَّقُوا۟ وَٱخۡتَلَفُوا۟ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَهُمُ ٱلۡبَیِّنَـٰتُۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.”

[Ali Imran: 105]

Amat memalukan, PAN kini dilihat jelas oleh masyarakat menjadi ‘benteng’ kepada DAP apabila pimpinan PAN sering mengeluarkan kenyataan demi mempertahankan isu yang dicetuskan oleh DAP seperti kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap isu ugutan Nga Kor Ming mengenai UEC. Bagaimana pun, tidak pula kedengaran suara lantang pimpinan PAN terhadap isu-isu kontroversi yang melibatkan pimpinan DAP sebagaimana dalam isu pengedaran komik yang menanam doktrin Komunisme ke sekolah-sekolah.

DUPP memperingatkan YB Salahuddin agar kembali kepada tarbiyah yang pernah perolehi sepanjang keberadaannya di dalam PAS. Pasakkan niat perjuangan demi mencari kemuliaan dari Allah, Rasul-Nya dan kalangan orang beriman, bukannya kemuliaan yang bersifat material, jawatan dan akhirnya tunduk kepada DAP.

Ini selaras dengan peringatan dari Allah S.W.T:

وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ لَا یَعۡلَمُونَ

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

[Al-Munafiqun: 8]

Sekian.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

 – HARAKAHDAILY 
    6/2/2020

Friday, October 18, 2019

Bentuk kerajaan tanpa DAP, AMANAH

By EDITOR
-18/10/2019


KERAJAAN baharu perlu dibentuk tanpa DAP dan PAN yang mana boleh membawa negara ini ke arah yang lebih stabil, kata BERJASA.

Presidennya, Datuk Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, beliau menyambut baik idea untuk mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Idea itu dipercayai dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN idea yang bagus dan kita menyokong idea itu kerana keadaan negara yang huru-hara disebabkan oleh permainan politik DAP yang melampau terutama sekali dalam menghilangkan identiti negara,” katanya.

Badhrulhisham berkata, sekiranya idea kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN dilaksanakan, ianya tidak akan menjejaskan masalah dari segi politik kaum itu sendiri.

Katanya, kestabilan politik bergantung kepada sejauh mana kemampuan majoriti rakyat di Malaysia terutamanya orang Melayu dengan kerjasama bukan Melayu dalam memimpin negara.

“Sebenarnya sudah jelas sepanjang 62 tahun kita merdeka, rakyat dapat melihat kestabilan politik bergantung sejauh mana kemampuan majoriti rakyat di Malaysia dapat memimpin negara malah keadilan dapat dilaksanakan dengan penyertaan bukan Melayu.

“Saya rasa tidak ada masalah dan ini berlaku sebelum pemerintah PH lagi. Kita lihat dominasi orang Melayu dalam kerajaan PH ini tidak menjadi satu perkara yang kuat, maka negara dalam keadaan cukup menggusarkan banyak pihak, bukan sahaja dari segi politik malah ekonomi juga.

“Justeru, kepimpinan orang Melayu yang juga rakyat majoriti negara ini amat perlu dengan sokongan dan kerjasama bukan Melayu sekali gus akan menjadikan negara kukuh pada masa akan datang,” kata beliau.

Terdahulu, PH menerusi kenyataan mendakwa Hishammuddin menggerakkan pakatan mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN. Dakwaan itu dibuat susulan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin menafikan dakwaan itu dan menganggap berlaku keretakan dalam parti berkenaan sehingga cuba menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam. 

– 18 Oktober 2019.

Monday, September 16, 2019

Andainya Nik Aziz, Fadzil Noor, Yusuf Rawa masih hidup…

sitifatimah 16/09/2019

Melenting bila Haji Hadi kata almarhum Nik Aziz pasti setuju dengan penyatuan ummah, tapi pemimpin PAN jaja nama almarhum boleh pula?


DENGAN termetrainya Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS pada 14 September lalu, pelbagai pihak memberikan reaksi. Paling berahi adalah pemimpin-pemimpin PAN dan ultra kiasu. Seperti dijangka, tidak ada komen yang positif. Sepatutnya, sebagai saudara seislam, bersangka baiklah sedikit. Benda baik, bukannya maksiat. Berilah komen bermotivasi.

Ini tidak, secara sengaja dan sedar, mereka tidak mahu umat Islam bersatu, suka melihat umat Islam berpecah, seperti mana yang dikehendaki ultra kiasu dan musuh-musuh Islam. Daripada satu aspek, ada logiknya, mungkin kerana mereka takut kehilangan kuasa. Natijah kesatuan ini, tidak mustahil mereka akan kehilangan apa yang sedang diperolehi hari ini.

Jika tidak berlaku pertandingan tiga penjuru, yang ada hanya satu lawan satu, tidak mustahil kesatuan UMNO-PAS dapat mengambil kembali beberapa negeri serta kerusi yang hilang. Turut tidak mustahil, yang menjadi menteri hari ini, kembali asal menjadi rakyat marhaen. Sebab itu, sebelum kehilangan semua itu, eloklah berbuat baik sedikit. Insafilah.

Contohilah sedikit respon Mufti Perlis, menyokong langkah penyatuan ummah demi kebaikan. Dulu bermusuh, kini berkawan. Bukankah ini dituntut Islam? Di tambah lagi, pemimpin-pemimpin PAN cukup bengang dengan ucapan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan bahawa penyatuan akan turut dipersetujui oleh almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat jika masih hidup.

Sekilas ucapan Presiden PAS yang menyebut nama Nik Aziz menjadi viral, bekas anak pemimpin PAS yang menjawat jawatan menteri sekarang ini menjawab, mana Haji Hadi tahu almarhum akan setuju sedangkan almarhum telah meninggal? Benar juga ya.

Ingin saya bertanya, selama ini, semua pemimpin PAN menjaja nama almarhum Nik Aziz boleh pula? Bagaimana mereka tahu pemikiran orang yang sudah meninggal? Hebat pemimpin PAN boleh menyelami alam ghaib? Orang lain buat tak boleh buat andaian, dia buat boleh. Ini ultra kiasu namanya.

Jika pembaca tidak percaya dan mahukan bukti, sila buat carian dalam internet, kenyataan demi kenyataan pemimpin pemimpin PAN yang selalu mengaitkan nama bekas-bekas pemimpin seperti almarhum Datuk Fadzil Noor, Tuan Guru Yusof Rawa, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam maksud, jika semua semua almarhum masih hidup, tentunya mereka akan setuju dengan tindakan mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN untuk hidup bersama ultra kiasu. Persoalan saya sepertimana mereka respon kepada kenyataan Haji Hadi, mana mereka tahu, pemikiran orang yang telah mati? Jika berasaskan andaian, semua orang boleh andaian. Saya pun ada hak buat andaian.

Pertama, jika almarhum masih hidup, pastinya almarhum-almarhum akan gembira melihat anak mereka ada yang menjadi menteri, wakil rakyat dan orang besar dalam perkhidmatan awam, kerana keluar PAS, menubuhkan PAN serta menang PRU lalu hasil sokongan ultra kiasu.

Kedua andaian saya, jika almarhum bekas Presiden PAS masih, sudah tentu anak-anaknya yang telah keluar PAS dan menubuhkan parti lain, akan ‘dicekiknya sampai mati’, jika dia tahu mereka belot daripada perjuangan PAS. Pendek kata, semua orang oleh membuat berbagai-bagai andaian, sebab orang yang dibuat andaian tidak boleh hidup semula untuk mengiyakannya. Persoalannya, sejauh manakah andaian kita betul sebab mereka telah tiada?

Apa yang dapat saya simpulkan, mengkaji latar belakang ketiga-tiga bekas pemimpin PAS yang telah pergi ini, apa yang dapat saya katakan adalah, mereka sama sekali tidak akan keluar PAS. Mereka akan tetap bersama PAS. Mereka akan perbetulkan PAS jika tersasar, namun keluar tidak sekali.

Justeru, hentikanlah menggunakan nama-nama orang yang telah pergi untuk kepentingan politik. Fokuslah pada kerja yang boleh membahagiakan dan memberikan manfaat kepada orang yang telah pergi, terutama anak-anak almarhum tersebut.

Berbuat baiklah, tinggalkanlah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Namun, melihat kepada telatah dan gelagat serta kenyataan anak-anak almarhum yang sedang menikmati puncak kuasa, saya menjadi ngeri.

Apakah kenyataan demi kenyataan dan dasar-dasar yang dilaksanakan benar-benar dapat dimanfaat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara atau sebaliknya memenuhi kehendak ultra kiasu. Nasihat saya, elakkan bertindak atau mengeluar kenyataan yang mengarut-ngarut yang boleh menjejaskan kehidupan mereka di alam barzakh, terutama kita sebagai anak-anak mereka.

Hentikan menjaja nama-nama almarhum. Sebagai anak-anak buatlah sesuatu kebaikan yang boleh memberikan saham kepada mereka di alam barzakh. Jika benar-benar mahu melaksanakan Islam sebagai agama Rahmatan lil alamin, tunjukkan. Pertahankan Islam tanpa rasa takut dan gentar dengan ultra kiasu. Tegur dan tentang ultra kiasu yang mempermainkan dan menghina Islam. Jangan senyap. Siapa lagi yang boleh diharap mempertahankan Islam kalau bukan kita semua.

Jangan takut tegur kenyataan kurang ajar ketua ultra kiasu semalam berbunyi, PH jangan cuba lebih Melayu daripada UMNO, lebih Islam daripada PAS. Kenyataan ini amat kurang ajar, terserlah sifat komunismenya seperti perjuangan Malaysian Malaysia.

Tidak salah orang Melayu terlebih Melayu dan terlebih Islam kerana ini negara asal usul mereka Tanah Melayu, berbanding dengan kamu sebagai pendatang. Terlebih Melayu atau terlebih Islam, semua perkara tersebut sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kamu sahaja, ultra kiasu, jangan terlebih kurang ajar.

Selama UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri, pernahkan hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan? Dengan label terlebih Melayu dan terlebih Islam itulah kamu dapat lebih daripada apa yang diperolehi Peribumi itu sendiri.

Kamu kaya, kamu dapat sekolah Cina ala komunis, dan macam-macam lagi. Nampaknya kamu tidak pernah bersyukur. Sewarjarnya, kamu terlebih dahulu selaku ketua ultra kiasu ditendang keluar daripada bumi bertuah ini.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Sunday, June 30, 2019

Netizen kecam PAN bawa borang parti ke sekolah

By Manzaidi Mohd Amin
- 29 Jun 2019

Tarmizi melihat seorang guru mengisi borang keahlian PAN dalam bilik guru sebuah sekolah di Perak Tengah.

KUALA LUMPUR –   Netizen mempersoalkan tindakan seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) membawa borang parti itu ke sebuah sekolah untuk diisi keahliannya oleh guru.

Tindakan itu yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak beretika apabila parti politik dibawa masuk ke sekolah, boleh menjejaskan nama baik kerjaya guru.

Beberapa keping gambar menunjukkan AJK berkenaan, Tarmizi Mohd Jam menyaksikan seorang guru mengisi borang keahlian PAN yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Seorang warga net, Khairul Ryzel mempersoalkan, bolehkah seorang penjawat awam dipercayai guru sekolah mengisi atau menerima borang keahlian PAN.

Katanya, berdasarkan gambar itu, guru berkenaan mengisi borang keahliannya di bilik guru sebuah sekolah di daerah Perak Tengah.

“Nampak sangat PAN semakin terdesak apabila menggunakan guru untuk menambah jumlah keahlian parti itu, yang kini semakin merosot akibat ketidakcerdikan pemimpin Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Seorang lagi netizen, Mohamad Alias memberitahu, guru Gred 41 hingga 48 dibenarkan berkecimpung dalam politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Pekeliling Bilangan 2010.

Kata beliau, guru berkenaan boleh jadi ahli sahaja bukan aktif sebagai ketua atau sebagainya, tetapi itu bukan yang dibincangkan, isunya ialah bawa borang parti politik dalam pejabat.

“Guru sekolah nak masuk jadi ahli parti politik itu hak kebebasan demokrasi. Nak masuk jadi ahli kena pergi pejabat parti di cawangan, bahagian atau negeri, bukan dalam sekolah.

“Isi borang keahlian di rumah atau di kedai makan pun boleh, asalkan bukan di dalam kawasan sekolah.

“Anda guru, sepatutnya tumpu pada pendidikan, bukan berpolitik dalam kawasan sekolah,” ujarnya.

Awang Mohamad pula berkata, sebelum ini kalau UMNO masuk berkempen di sekolah, begitu lantang PH membantah dan kritik, tetapi sekarang apabila berkuasa, mereka telah melanggar larangan itu.

– MalaysiaGazette

Sunday, February 3, 2019

Hanya umat Melayu dapat mengajar PH

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
 03 FEBRUARY 2019

KEKALAHAN calon PH dari DAP di PRK Cameron Highland mendedahkan kelemahan dan kegagalan Kerajaan PH yang berusia 9 bulan itu.

Kata pakar DAP Dr Ong Kian Meng PH cuma memperolehi 9.6 peratus undi Melayu dalam PRK berkenaan.

Walaupun pimpinan PAN contohnya tidak putus-putus berhempas pulas turun berkempen untuk calon DAP, memaki hamun PAS dan Umno, tetapi ternyata mereka tidak mewakili suara Melayu Islam sebagaimana PAS dan Umno. Dan kempen mereka lebih merugikan PH.

Keupayaan jentera PAS dan Umno berkerjasama diakui ramai sebagai faktor besar kemenangan BN dan kerana itu PH perlu bimbang.

Mat Sabu umpamanya tidak perlu menyerang dan memperlekeh hubungan itu kerana terbukti dari PRK ini orang Melayu sangat menyenangi dan malah menanti-nantikan hubungan dan penyatuan dua parti politik Melayu Islam terbesar dalam negara. Siapalah PAN?

Menurut kajian Ilham Centre hanya 17 peratus orang Melayu menganggap PKR boleh bela nasib mereka, berbanding Bersatu cuma 4 peratus dan PAN 3 peratus.

Manakala PAS menerima 30 peratus dan Umno 27 peratus.

Sementara 62 peratus pula percaya Kerajaan Persekutuan hari ini memang dalam cengkaman dan penguasaan DAP.

Ini menunjukkan dengan kegagalan PH menepati janji pilihan raya mereka, kegagalan menyelesaikan masalah rakyat, berterusan berbalah sesama mereka, rakyat khasnya orang Melayu semakin terhakis dan hilang keyakinan pada mereka.

Di PRK CH rakyat khususnya orang Melayu dan Asli telah bangkit bersuara. Dengan kerjasama yang lebih mantap dan erat antara PAS dan Umno di PRK Semenyih nanti tidak mustahil PH akan terus kecundang dan tidak mustahil juga mereka akan roboh dan ranap.

Jika umat Melayu Islam mampu bersatu atas nama kesatuan ummah demi agama, bangsa dan negara tidak mustahil malapetaka pasca PRU14 dapat kita padamkan dan kuasa kembali ke tangan kita.

Bersediakah anda? 

- HARAKAHDAILY
 3/2/2019

Monday, January 21, 2019

Kenapa senada DAP isu agama dan bangsa?

IZWAN ABDUL HALIM
20 JANUARY 2019


KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mujahid Yusof yang diamanahkan menjaga agama, tetapi dilihat tidak sensitif untuk memelihara kepentingan Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, banyak kenyataan Menteri itu yang diragui dan mengelirukan, selain dilihat terlalu toleransi seolah merelakan diri dipijak kepala oleh bangsa dan agama lain.

Beliau menyangkal Dr Mujahid yang mendakwa orang Melayu memainkan sentimen agama dan bangsa, sedangkan orang Melayu Islam tidak akan berdiam diri apabila bangsa dan agamanya diperkotak-katik.

"Orang Melayu-Islam akan bangkit pertahan. Jika kita kembali ke zaman Rasulullah, dengan sebab Islamlah bangsa Arab diangkat martabat, maju dan dapat mentadbir dunia. Sama juga dalam konteks Malaysia, kita yakin dengan Islam saja Melayu dan negara akan berjaya.

"Oleh kerana Melayu adalah majoriti dalam negara ini dan bila disebut Melayu mereka adalah penganut Islam, maka sudah pasti perjuangan untuk memartabatkan Islam adalah untuk memajukan ummah," ujarnya.

Bahkan katanya, orang Melayu yang berpegang kepada Islam tidak hanya akan memajukan bangsanya, malah tidak akan mengabai bangsa dan agama lain sebagaimana telah ditunjukkan selama ini.

Namun, beliau kesal kerana dalam isu sedemikian, Dr Mujahid yang juga Naib Presiden PAN sering dilihat senada dengan pemimpin DAP hinggakan terkadang sangat bertoleransi dan merelakan diri dipijak kepala oleh bangsa dan agama lain.

"Apakah ini konsep "Rahmatan lil 'Alamin" versi Malaysia Baharu cuba memperlihatkan Islam seperti itu? Mungkin kerana sesetengah mereka amat memerlukan kebergantungan daripada DAP untuk meneruskan kelangsungan perjuangan mereka.

"Mereka perlu lebih kelihatan menyokong dan menunjukkan kesetiaan demi mendapat undi bukan Melayu dan Islam. Sepatutnya dengan ada Menteri seperti Dr Mujahid dalam Kabinet boleh meringankan kerja-kerja PAS dalam memperjuang dan memartabatkan Islam.

"Tetapi nampaknya perjuangan PAS semakin mencabar di era Kerajaan PH," ujarnya. 

- HARAKAHDAILY
   20/1/2019

Friday, December 21, 2018

Ugut: DAP tunjuk penguasaan dalam PH?

USTAZ MOKHTAR SENIK 
21 DECEMBER 2018


LIHAT perangai DAP. Mereka siap ugut PH jika mereka tak dapat apa yang DAP cita-citakan, DAP akan keluar dari PH. Tapi jika rakyat tak dapat apa yang dijanjikan, mereka tak kisah pun.

 Istiqamahnya mereka dengan prinsip perjuangan mereka. Tapi sebahagian kita pula yang terhegeh-hegeh nak bersama DAP. Siap sanggup khianati agama dan bangsa lagi. Saya alu-alukan ketegasan DAP itu dan saya nak lihat apakah PAN akan ikut jejak DAP atau berpaling tadah dengan melompat kepada Bersatu pula.

Senario politik Malaysia semakin menarik bila acara lompat jauh dan lompat katak berlaku secara besar-besaran. Sehingga menyebabkan sebahagian pimpinan PKR yang pro Anwar melihat langkah Tun menerima kemasukan ahli-ahli Parlimen dan bekas pimpinan Umno itu sebagai langkah mengukuhkan Bersatu dan melemahkan parti komponen PH yang lain.

Mereka juga merasakan Tun bukan sahaja berhasrat mengukuhkan cengkaman kuku Bersatu dalam PH namun ada agenda lain yang tersembunyi yang akhirnya menafikan Anwar sebagai PM ke 8.

Saya setuju jika ada sebahagian pengundi PH dalam PRU14 yang lalu berkata; kita undi PH kerana mahu nyahkan Umno. Tapi tiba-tiba Tun pula bawa mereka ke dalam PH. Setiap langkah PH yang mengecewakan rakyat adalah kredit bagi PAS. PAS cuma menangguk di air keruh tapi bukan PAS yang mengeruhkan air itu.

Saya fikir kini baru pimpinan-pimpinan DAP dan PKR rasa sedikit menyesal menobatkan Tun sebagai PM. Sebagaimana pengundi yang menyesal memberi undi kepada PH. Namun saya tidak fikir perasaan itu ada dalam hati pimpinan PAN. Kerana bagi mereka siapa pun yang jadi PM di kalangan parti-parti utama PH mereka tetap sebuah parti pinggiran yang mengharapkan ihsan. Boleh jadi bagi mereka Tun sebagai PM lebih baik dari orang lain jadi PM. Kerana Tun kelihatan lebih memberi muka kepada PAN berbanding DAP yang lebih bersifat mengkhadamkan PAN. Kenapa Tun begitu? Biarlah saya simpan jawapan itu.

Kepada ahli-ahli Umno suka saya menyeru anda semua marilah bersama PAS. Anda sudah menyaksikan di layar besar politik Malaysia bagaimana gelagat manusia-manusia yang anda berikan kepercayaan. Namun akhirnya bukan kepentingan dan suara hati anda yang diraikan namun perut dan kepentingan peribadi mereka juga yang diutamakan. Dalam masa yang sama anda juga menyaksikan bagaimana konsistennya PAS dengan dasar Islamnya dan istiqamah membela bangsa dan tanah air.

Ayuh kita lakar sejarah baru Malaysia yang lebih baik dari Malaysia Baharu.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
- HARAKAHDAILY 21/12/2018

Friday, December 14, 2018

Tun PM sepenggal penuh, PPBM makin kukuh


TINDAK-tanduk PM Tun Dr Mahathir kebelakangan ini mula dicabar dan dipertikaikan rakan-rakannya se Pakatan Harapan.

Bermula dengan memberi kelulusan pada Himpunan Aman tolak ICERD di Dataran Merdeka. DAP terutamanya yang kuat menjuarai isu songsang ini tergamam apabila PM menyatakan kerajaan tidak akan sokong ICERD.

Kawan-kawan terutama dari PKR, DAP dan PAN mula risau dan gelisah.

Kemudian dalam satu majlis di hadapan Menteri Perumahan Zuraida PKR, Tun sebut kerajaan tidak akan kembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang dimansuhkan lebih 40 tahun dahulu atas alasan mampu wujudkan perbalahan antara kaum.

Ini dinyatakannya sedangkan Zuraida pernah berjanji untuk kembalikan pilihan raya PBT dalam tempoh 3 tahun.

Pimpinan DAP mula bising, malah Menteri WP Khalid Samad dari PAN pandai-pandai sebut akan jadikan Shah Alam Majlis Bandaraya pertama adakan pilihan raya PBT. Terus kenyataannya diselar SETPOL MB Selangor.

Kini parti Tun, PBBM pula mula menerima ahli-ahli Parlimen dan Adun Umno yang lompat ke partinya.

Pimpinan DAP terus zahirkan kemarahan sebelum ini Ronnie Liu dan hari ini diikuti Ramkarpal Singh.

Tun dianggap pemungut sampah kerana wakil-wakil Umno yang melompat dianggap sampah.

Demikianlah bergolaknya PH hari ini, selepas gelombang Sabah bangkit keluar Umno mungkinkah berlaku gelombang-gelombang lain. Semuanya mahu ikut Tun dan sertai partinya.

Maka makin kukuh dan kuatlah PBBM.


Mungkinkah jika gelombang ini berterusan PBBM akhirnya menjadi parti terkuat dalam PH dengan bilangan wakil Parlimennya mengatasi PKR dan DAP?

Ketika itu Tun punya suara lebih. Mungkinkah akan berlaku lagi U-Turn, Tun tidak jadi turun 2 tahun dan kekal PM hingga tamat penggal kerana sudah punya suara besar?

Mungkinkah berlaku begitu sehingga Anwar Ibrahim terus melopong?

Ini yang mengganggu DAP, PKR dan PAN. Ianya berbahaya kata Ramkarpal sedangkan Tun sedikit pun tidak kelihatan ambil peduli.

Nantikan perkembangan lain. Tidak mustahil Tun akan dapat apa yang dihajatinya sedangkan Anwar terus menemani si pungguk menunggu entah sampai bila. 

- HARAKAHDAILY 13/12/2018

Thursday, November 29, 2018

ADUN Pakai Baju Melayu, Teguran Speaker DUN Selangor Mengelirukan

By Admin-S 
On Nov 29, 2018


Malaysia Gazette – Teguran Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Sany Hamzan memakai baju kebangsaan ketika sesi persidangan kelmarin, menimbulkan kemarahan Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN).

Dalam teguran itu, Suee Lim telah menuduh Sany yang juga Ketua PAN telah melanggar peraturan DUN, sekali gus mencemarkan kemuliaan dewan.

Naib Ketua Pemuda PAN, Kevin Shawn Gomez berkata, sayap parti itu memandang serius teguran keras Speaker DUN dan dukacita dengan mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memakai baju kebangsaan ketika sesi DUN bersidang sebagai mencemarkan kemuliaan dewan.

Katanya, Suee Lim sebagai Speaker Dewan sepatutnya lebih peka dengan peraturan dewan, yang mana baju Melayu lengkap serta bersongkok hitam dibenarkan ketika dewan bersidang, bukan pada hari Jumaat sahaja.

“Kita mohon Speaker Dewan menarik balik kenyataannya yang mengelirukan dan tidak tepat itu khususnya terhadap Yang Berhormat Sany serta kepada seluruh ADUN secara amnya.

“Kami mengingatkan beliau, baju Melayu adalah baju Kebangsaan Malaysia dan turut dipakai oleh Raja-Raja serta para pemimpin tertinggi negara dalam kebanyakan acara istiadat rasmi.

“Pemakaian baju Melayu sepatutnya dipromosikan dan diangkat martabatnya kerana ianya merupakan khazanah kebanggaan kita rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Dalam sesi sidang semalam, Suee Lim tiba-tiba menegur Sany yang berpakaian baju Melayu lengkap bersongkok dan sampin, yang disifatkan beliau sebagai mencemarkan dewan yang mulia.

Saturday, July 7, 2018

‘Kemesraan’ Mujahid-LGBT cetus persoalan, membimbangkan

RZ 07/07/2018

Allah perintah Nabi Luth untuk tangani perbuatan sumbang dan dilaknat


BANGI, 23 Syawal 1439H, Sabtu – ‘Kemesraan’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) menimbulkan pertanyaan dan mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam.

Sebaliknya, usaha mendepani isu LGBT itu sepatutnya ditangani dengan melakukan pencegahan daripada merebak, kerana ianya adalah perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, Allah memerintahkan Nabi Luth untuk menangani perbuatan sumbang dan dilaknat itu.

“Sewajarnya di pihak kerajaan khususnya, Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama bertindak agar masalah sedemikian tidak terus berleluasa.

“Namun, Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa kelihatan lebih ‘mesra’ terhadap golongan berkenaan hingga membiarkan mereka kekal sebegitu,” katanya.

Beliau berkata, Islam membimbing manusia dengan tidak membiarkan mereka terus kekal dalam keadaan jahiliah dan kesesatan.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk mencegah kemungkaran termasuk LGBT. Dakwah kita adalah ke arah mereka menjauhi, meninggalkan dan bertaubat daripada kehidupan sedemikian. Malah, pencegahan dapat dibuat dengan undang-undang.

“Sebaliknya, Menteri bersikap ‘mesra’ hingga menjadikan perkara itu sebagai pilihan peribadi dan hak yang tidak ditangani secara sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, Mujahid yang juga Naib Presiden PAN – parti serpihan PAS – berkata, Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan LGBT jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Memetik laporan sebuah portal berita liberal, Mujahid dilaporkan berkata, setiap warganegara Malaysia mempunyai hak masing-masing.

Justeru, beliau berpendapat warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan, sekiranya mereka tidak melakukan jenayah maka pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka.

Sunday, May 27, 2018

PAS tuntut janji PAN bentang RUU355

27 MEI: PAS mendakwa bekas pemimpinnya yang kini Ahli Parlimen PAN terikat kepada janji untuk membolehkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 2016 (RUU 355) dibentangkan di Parlimen.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata beberapa pemimpin parti itu dikatakan pernah mendakwa perlu membentuk kerajaan Persekutuan terlebih dulu bagi membolehkan suara mereka didengar di Parlimen.

“Kini mereka sudah berjaya membentuk kerajaan baharu menggantikan BN. Kita akan melihat sama ada mereka akan mengotakan janji sebelum ini.

“Bagaimanapun, kita masih menaruh harapan tinggi pembentangan RUU 355 dapat diteruskan menerusi kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH),” katanya di petik BH Onlinehari ini.

PAN merupakan salah satu parti komponen PH yang kini membentuk kerajaan Persekutuan bersama PKR, DAP, PPBM, manakala parti Warisan Sabah menyokong dasar gabungan, walaupun tidak menyertai secara rasmi.

Dua pemimpin kanan PAN iaitu Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub kini merupakan sebahagian daripada kabinet di bawah pentadbiran perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Amar mengingatkan pemimpin parti pembangkang lain supaya memberi ruang dan peluang kepada kerajaan baharu PH.

“Ketika ini adalah terlalu awal untuk kita membuat sebarang kritikan, sebaliknya melihat apa yang akan dilakukan PH termasuk menunaikan janji dalam tempoh 100 hari pemerintahan,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-