Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, October 16, 2020

Saya sedia maafkan Dr M dengan syarat, kata Najib

FMT Reporters
-October 16, 2020 11:34 PM
Najib Razak mengakui beliau cukup marah dengan Dr Mahathir Mohamad yang sering kali mengeluarkan kata-kata kesat dan tuduhan tidak berasas terhadapnya.

PETALING JAYA: Najib Razak sedia memaafkan Dr Mahathir Mohamad jika pengasas parti baru, Pejuang itu mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepadanya terlebih dahulu.

“Pada amalan agama saya, memaafkan seseorang adalah tuntutan agama.

“Saya kira kalau dia buat salah ataupun berdosa pada saya, kalau dia minta maaf, saya pandu kepada agama, saya maafkan dia. Tapi kalau dia tidak maaf, dia cari saya di padang mahsyar nanti,” katanya dalam wawancara dengan Malaysia Gazette malam ini.

Najib mengakui beliau cukup marah dengan ahli Parlimen Langkawi itu kerana sering kali mengeluarkan kata-kata kesat dan tuduhan tidak berasas terhadapnya.

“Memang ada rasa marah, itu tidak dapat dielakkan sebab kata-kata dia terlalu kesat, keterlaluan dan tidak berasas, sukar diterima mana-mana manusia.

“Memang saya tak nafi, memang saya cukup marah dalam hati, tapi macam saya kata tadi, sebagai seorang yang mengamal agama, maka kalau dia minta maaf, saya sedia maafkan.”

Ditanya sama ada beliau sedia bersemuka dengan Mahathir, ahli Parlimen Pekan itu berkata: “Saya tidak nampak dia mahu jumpa saya, banyak orang kata dia hati kering. Kalau itu sikap dia, tak guna kita bertemu. Tapi kalau terserempak, kita salam itu biasa.”

Awal bulan lalu, Mahathir ketika diwawancara Malaysia Gazette berkata, beliau tidak boleh memaafkan Najib yang didakwanya menghancurkan Umno.

“Tidak, itu berbeza. Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya.

“Itu dia (Najib) buat, dia buat betul-betul sampaikan orang benci pada Umno,” katanya ketika ditanya jika beliau sedia memaafkan Najib sepertimana beliau memaafkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

1 comment:

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-