Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, December 2, 2020

Bakal Timbalan Perdana Menteri dari Pas bukan Umno?

Oleh FAZLI RADZI
malaysiadateline.com
December 2, 2020


Pas dilihat lebih mesra Bersatu ketika parti diterajui Muhyiddin itu terus dicemburui Umno.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat duduk di sebelah kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam tadi.

Kedudukan Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri di sebelah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mendorong kepada teka-teki siapa Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerajaan PN.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 lalu, hangat diperkatakan calon TPM yang hanya dibarisi daripada wakil Umno sesuai dengan jumlah kerusi Parlimen paling banyak dimiliki dalam kerajaan.

Penegasan Muhyiddin hanya memilih calon ‘yang boleh diterima’ dilihat sekali gus menyingkirkan nama tertentu dari Umno sebagai TPM.

Namun, Muhyiddin tentu masih memberi pertimbangan untuk memberi jawatan TPM kepada Umno sebagai parti tunjang Barisan Nasional (BN).

Keputusan melantik TPM daripada Umno juga dilihat mampu ‘menutup mulut’ sebahagian pemimpin parti itu daripada terus lantang mengkritik kerajaan PN.

Kabinet XXL Muhyiddin pada masa ini menyaksikan portfolio kementerian yang paling penting diberikan kepada Bersatu walaupun mempunyai 31 kerusi berbanding Umno menguasai 39 kerusi Dewan Rakyat.

Agihan kerusi dan jawatan dalam Kabinet yang tidak memihak kepada Umno turut diakui Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu sebagai punca masalah dalaman dalam kerajaan PN.

Bahkan, Pas yang memiliki hanya 18 kerusi Parlimen menghantar tiga menteri penuh dalam Kabinet Muhyiddin manakala lima lagi pemimpinnya dilantik sebagai timbalan menteri.

Kembali menyertai Kabinet selepas 43 tahun dan kali kedua menjadi parti peringkat Persekutuan menyaksikan Pas hari demi hari dilihat lebih mesra dengan Bersatu.

Walhal, Pas telah memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional (MN) dengan Umno pada 14 September tahun lalu.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam tadi juga, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali duduk di bahagian kiri Muhyiddin dan bersebelahan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Azmin yang secara rasmi menyertai Bersatu pada 22 Ogos kemudiannya pada 9 November lalu dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

‘Jasa’ Azmin dalam pembentukan kerajaan tebuk atap PN amat signifikan sebagai dalang utama drama Langkah Sheraton yang menamatkan hayat 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.


1 comment:

  1. Artikel bangsat dr. Penyokong PH bangkai menghina DYMM SPB YDPA kerana mengHINA perlantikan YAB PM oleh baginda!!

    Jilaka betul - tak habis2 Anjing PH ni nak MEMECAHBELAHkan Gabungan PAS-UMNO!

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-