| Zuharman MN Tue | Apr 28, 09 | 5:54:41 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 28 April (Hrkh) - Mufti-mufti di negara ini perlu bangkit mendesak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak biar pun ibu bapa mereka menganut Islam. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud berkata, kabinet bukannya mahkamah yang boleh membuat keputusan mengekalkan agama anak biar pun ibu bapa sudah memeluk Islam. "Ini sudah bercanggah. Kalau kes itu berkaitan dengan agama ia mesti melalui Mahkamah Syariah. Kalau sekali pun kabinet mahu membuat keputusan, namun dalam hal agama ia mesti dirujuk kepada jabatan berkaitan. "Percanggahan ini terang-terang berlaku dan ia memperlihatkan keputusan kabinet hanya bagi kepentingan politik Umno,� katanya ketika dihubungi di sini. Baru-baru ini kabinet membuat keputusan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa semasa berkahwin biar pun kemudiannya ibu bapa mereka menganut agama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang sebagai merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah dan Indra Gandhi. Ridzuan nama asalnya Patmanathan a/l Krishnan, 40 kini memeluk Islam turut membawa tiga anaknya berusia berusia 1 hingga 12 tahun menganut Islam. Dia kemudiannya memohon hak penjagaan di Mahkamah Syariah. Menteri itu juga menyebut mana-mana individu yang ingin menukar agama perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa. Ekoran kenyataan tersebut banyak pihak membantah termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan pemimpin-pemimpin politik. Mohamed berkata, kabinet tidak boleh mengetepikan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani isu membabitkan agama Islam. "Keputusan yang dibuat kabinet di bawah perdana menteri baru jelas bagi menjaga kepentingan survival politik Umno untuk mempengaruhi orang bukan Islam di negara ini," katanya. Beliau berkata, keputusan dibuat kerajaan BN tanpa merujuk kepada jabatan-jabatan berkaitan hal ehwal agama Islam. "Ini jelas menunjukkan betapa lemahnya institusi agama berada di bawah pentadbiran kerajaan BN sekarang," ujarnya. - mj _ dipetik dari : Harakahdaily |
Tuesday, April 28, 2009
Mufti perlu bangkit bantah keputusan kabinet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
Mufti2 ta' mampu menyengat dah.
ReplyDeleteHIDUP ISLAM HIDUP KEADILAN...
ReplyDeleteDAULAT TUANKU...kami rakyat Perak mau kan pilihanraya bagi memilih MB Perak kami sendiri...BUBARKAN DUN PERAK
ReplyDelete