Saturday, September 11, 2010

1, MALAYSIA!, 1, MALAYSIA!, 1, MALAYSIA!

Marah sungguh Najib orang nak bakar Quran

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali.

Najib berkata tindakan paderi itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional.

"Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib.
(Inilah antara pemimpin Melayu yang amat prihatin jika Qur'an dibakar. Usah tengok pentadbiran negara, dalam rumah dia sendiri belum tentu lagi ikut al Qur'an. Contoh : Bik Mama....Kalau betul-betul ikut Qur'an, dah lama dia bertudung....lagi pun baca Qur'an tak tutup aurat hukumnya haram....haram lebih teruk dan hina dari bakar Qur'an)
Sumber: RM

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-