Friday, November 25, 2011

Masih ada lagi suara keadilan haram di pasaran.............HAJI NAJIB PEMBOHONG?




Wak tak berapa tahu sama ada akhbar ini masih di haramkan atau pun dah boleh di jual di mana saja. Wak terjumpa akhbar ini di jual bebas di sebuah kedai gerai makan. Harakah pun ada juga dijual di situ. Tak kira siapa pun boleh beli.

Wak duduk minum lebih kurang setengah jam, wak perhati tidak putus2 pembeli datang membeli, baru sampai agaknya. Dalam banyak2 pembeli tu wak sangat kenal se orang yang ternama juga di bandai ini. Beliau ni pernah menerajui KKGMMB dan SKOMK.

Akhbar ini nampaknya sangat laris di jual, wak pun cuba beli satu, cuma mau tengok apa isi kandung nya dan berapa banyak temberang nya. Walaupun ianya banyak isi kandung yang temberang, sedikit sebanyak ianya pasti akan mempengaruhi pembaca2 dari kampung.

Pada pendapat wak yang kurang bijak dan kurang pelajaran ni, sebab akhbar ini laris ialah kerana orang dah jemu dengar cerita2 dari pehak sebelah pemerintah saja. Sekali sekala mahu juga dengar cerita2 dari sebelah lawan kerajaan. 

Bab cerita di sebelah kerajaan semuanya cerita yang baik2 saja tentang kerajaan dan semuanya buruk2 tentang parti lawan. Yang merbahaya nya cerita2 dari akhbar parti lawan ni semua cerita2 mem buruk2 kan kerajaan saja. 

Akhbar ini memang kurang ajar, langsung tak hormatkan kerajaan terutamanya PM kita. Orang2 kampung mana tau, mereka akan bulat2 terima semua cerita2 karut dari akhbar ini. Dengan cara tak langsung rakyat yang kurang berfikiran akan membenci pemerintah.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-