Monday, December 12, 2011

Apa simamak pencen kata ..................

 

Di bawah ini petikan dari posting sebuah laman blog:-

12.12.11

Rakyat Perlu Terus Sokong Kerajaan BN – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 11 Nov – Rakyat perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia telah membuktikan kemampuannya dalam memenuhi keperluan rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan BN memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum sejak dari zaman selepas merdeka lagi.
“Apa sebabnya kita nak tukar kepada parti lain? Ada orang suruh tukar sebab kononnya BN ini jahat, pencuri, penyangak, korupsi dan sebagainya tetapi mereka (parti lain) belum diuji macam kita (BN).



Tidak boleh di nafikan tentang kehebatan TDM mantan PM kita ni. Dia memang banyak menyumbang kemajuan terhadap negara kita. Seluruh dunia mengkagumi ketokohan nya sebagai salah seorang  pemimpin negara yang ter ulung di dunia. Negara kita maju kenana usaha gigih nya. 

Malang nya di kala dia sudah turun takhta pemerintahan UMNO dia sudah buat satu kesilapan yang maha besar - Dia keluar tinggalkan UMNO dengan secara rasmi. Setelah itu dia isi borang dan kembali masuk UMNO - Mengapa? Sekarang dia memberi nasihat supaya terus sokong UMNO - mengapa?

TDM nasihatkan melayu  supaya terus menyokong kerajaan BN. Agak nya dia mudah lupe. Dah hilang ingatan dan dah hampir nyanyuk. Ingat tak bahawa mantan PM kita nya pernah tinggalkan UMNO kerana merajuk. Apa yang di rajuk kan nya entah lah? Mungkin pada masa tu anak nya tewas dalam rebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Setelah Najib anugrah kan jawatan timbalan menteri kepada anak nya yang tewas, dengen segera si bapa ni isi borang untuk masuk UMNO semula. Apa punya manusia ni? UMNO yang telah di pimpin nya ber puluh2 tahun dia sanggup khianati.


Dia ni bukan nya ahli biasa macam kawan2 wak, dia pernah menjadi kepala perang UMNO yang paling ter tinggi sekali. Pemimpin nombor satu dalam UMNO - dan sanggup keluar tinggalkan UMNO. Boleh pakai ke nasihat dari manusia begini?

Perbuatan nya keluar dari UMNO itu adalah satu perbuatan yang salah besar. Dia ingat kalau dia keluar UMNO pasti ber duyun2  ramai ahli UMNO akan ikut keluar bersama nya. Malang nya hanya bebrapa kerat saja yang ikut keluar itu pun termasuk anak bini nya sahaja.


Perbuatan itu sangat merbahaya kepada UMNO,  kalau lah ramai yang ikutnya keluar UMNO pasti menerima padah buruk. Ini juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada keputusan PRU 12 yang lepas. 


Sekarang mantan PM ini merayu dan memohon supaya melayu terus menyokong UMNO. Untuk apa kita terus sokong UMNO? Kalau mantan PM nj memang ada sebab yang kukuh mengapa dia kembali masuk UMNO kerana kepentingan anak nya.


PM Najib buat silap kerana sanggup terima kembali dia masuk UMNO. Kemasukan nya kembali kedalam UMNO sedikit pun tidak memberi faedah kepada UMNO. Berapa kerat sahaja yang masih mahu dengar dan ikut nasihat nya,


Itu le, kawan2 wak kata cuma melayu bodoh saja yang masih mahu ikut nasihat nya.

1 comment:

  1. Salam Wak,
    Betul kata wak tu.Kesetiaan adalah kunci kepada perjuangan.

    Menegur kerana Allah.Salah tetap tegur Tak kira kerajaan mau pun pembangkang!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-