Monday, December 5, 2011

DS Najib - tepuk air di dulang .........................

 Pemimpin MCA@BN ini perlu minta maaf kepada umat islam di seluruh dunia kerana menghina hukum Hudud


Kesiah DSN kita ni, terjerit2 terlolong2 tak ubah seperti penjual ubat dikaki lima. Sakit tekak ubat belum tentu laku. Yang menghairankan wak, setiap ucapan yang disampaikan oleh pemimpin2 UMNO ni terkena batang hidung nya sendiri.

UMNO memang dah nazak. Cuma pemimpin2 nya yang masih menafikan nya. Yang boleh kata UMNO dah pulih pun bukan dari mulut pemimpin2 nya tetapi dari rakyat jelata. UMNO sudah sampai kepenghujung jalan, tiada ubat dan tiada penawar lagi yang boleh pulihkan UMNO.

Kalaulah DSN anggap kehadiran tetamu yang sangat ramai pada jamuan2 perayaan tahun baru cina, idulfitri, krismas dan deepavali itu salah tanggapan namanya. Kehadiran yang ramai itu kerana jemputan makan free aje. Bukan makna nya rakyat dah kembali sokong BN.

Skandal NFC sangat memalukan UMNO kerana ianya terbongkar betul2 tepat di kala hari PAU berlangsung. Ketua wanita UMNO naik tocang, dia singsing lengan, beliak kan biji mata, angkat penumbuk dan hampir2 dia mahu selak kain. Suara nya lebih tinggi dan lebih nyaring lagi dari DSN.

sebenarnya PAU kali ini sangat mengaibkan UMNO. Di zaman TDM ianya tidak pernah berlaku seperti ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-