Sunday, January 8, 2012

Kuku besi pemimpin2 atasan .......................

KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012


Apa dah jadi sama PAS yang Wak dah sokong selama ni?  Hancur! Hancur! Hancur! harapan untuk ke Petrajaya. Wak ingat mesti ada ramai yang rasa sangat kecewa di atas tindakan pemimpin2 atasan yang memecat Dato' Dr Hasan ni. Wak memang kecewa, tersangat kecewa, Wak hampir nangis bila dengan berita Dato kesayang Wak sudah di pecat.

Sebenar nya masih ada lagi banyak jalan untuk membaiki keadaan selain dari ambil tindakan memecat. PAS terlalu bersipak angkuh dan takbur setelah mendapat sokongan dari DAP. PAS mesti ingat bahawa tindakan PAS bersengkokol dengan DAP telah banyak meluka kan hati penyokong2 PAS. Ini termasuk Wak sendiri.

Wak tahu ramai sahabat2 seperjuangan sudah tawar hati dan berundur diri dari menyokong PAS. Kalau tak sabar hati dan tabah fikiran Wak pun dah lama tinggalkan PAS. Wak bertahan juga kerana pesanan dari orang tua Wak yang suruh hidup dan mati bersama PAS. Itu sebab Wak masih kekal sokong PAS.

PRU 13 hampir tiba, PAS sepatutnya memperkemas kan diri untuk mengadapi PRU 13. Malang nya pemimpin2 PAS nampak semakin kusut masai di landa berbagai masalah. yang tidap putus2. Rakyat rasa semakin bosan dan semakin hilang kepercayaan terhadap PAS.
PRU 13 akan tentukan nasib PAS, Wak cuma dapat sekadar menyokong saja, jika PAS masih bersikap degil dan ber kuku besi, pasti PAS akan cuma jadi pembangkang di Kelantan dan Kedah.

 

1 comment:

  1. Wak masih bersama parti yang wak kata hancur ni?. Aku pun tak faham dengan penyokong PAS ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-