Bermula dari 31hb Ogos, 1957 tarikh keramat yang memerdekakan Tanah Melayu. Orang melayu menaruh harapan yang besar terhadap pemimpin2 nya yang di namakan pemimpin UMNO. Walaupun negara kita ini di perintah oleh bangsa melayu, malang nya yang jadi kaya raya ialah bangsa asing, UMNO hanya berjaya memberi kekayaan dan kesenangan kepada kaum keluarga nya sahaja. Cuba kita perhatikan mana ada pemimpin2 UMNO yang tidak kaya raya. Hingga kehari ini pun ianya masih berlaku, sebagai contoh terbaik ialah kes NFC. Perkara ini hanya boleh di ubah dengan mengubah kerajaan yang di pimpin oleh UMNO.
Maka dengan murah hati pemimpin ini telah sudi memberi bantuan kepada rakyat sebanyak RM500.00 untuk menghilangkan kesusahan rakyat. Kita perlu sanjung pemimpin yang bijak laksana ini kerana beliau telah berjaya menjadikan rakyat yang susah dengan sekelip mata menjadi RM500.00 kaya raya.
Jika kita hanya bandingkan kekayaan negara tanah melayu ini dengan Singapura, ianya sangat jauh berbeza, seperti langit dengan bumi. Di tanah Singapura sebiji sawit pun tidak pernah di hasilkan, setitik petrolium pun tidak pernah di hasilkan pendek kata tanah Singapura tidak punya apa2 yang di hasilkan. Tapi rakyat Singapura tidak lah semiskin rakyat tanah melayu yang di beri sedekah RM500.00. Sungguh memalukan.
Berlainan pula dengan tanah melayu, kita punya segala hasil bumi di darat dan di laut yang ber timbun2. Persoalan nya mengapa rakyat kita masih perlu di beri sedekah sebanyak RM500.00?
Dulu semasa Singapura mahu berpisah dengan Malaysia, kalau tak silap Tungku Abdul Rahman ada berkata, " biarkan dia (Singapura) mahu berpisah. Dia apa ada? Ayak pun tak da. Nanti bila deme kebulok nanti baru mereka tau."
Sekarang lihat, siapa yang kebulok? Siapa yang perlu di beri sedekah? Kan ke bangsa melayu nya sendiri!
Orang melayu ni sebenarnya tidak sebijak orang cina. Orang cina dapat RM500.00 beli nombor ekor kalau nasib baik pasti boleh dapat pulangan ratus2 ribu RM. Orang melayu haram berjudi, jadi beli barang2 keperluan dapor saja, seminggu dua lepas itu habis le. Lepas tu jawab nya kebulok pule leeeeeeeee!!!!!!!!!!
Catatan di atas ni Wak terdengar dari sembang2 warong kopi petang tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.