Sunday, February 26, 2012

Berita yang sukar diterima

Pemimpin PKR ditangkap khalwat

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

Ulasan GB

Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya.

Yang pasti berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR.

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"





2 comments:

  1. susahnya menjadi pejuang....bukan disebabkan musuh yang gagah tetapi masalah dalaman...walaubagaimanapun perjuangan perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  2. Kalau mengaku maknanya habislah kerjaya politik dan malu besar. Kalau tak mengaku belum tentu lagi. Mungkin boleh lepas atas silap teknikal.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-