Showing posts with label Ustaz Badrul Amin. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Badrul Amin. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Ustaz bertindak secara kurang profesional...........

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Baharon



"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.


Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.


Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.................."
 
Wak heran juga kenapa ustaz ni kurang profesional nya dalam menangani masalah yang kecil ni. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku pada diri beliau.  Pada fikiran Wak yang kurang bijak ni sepatutnya ustaz akan cari orang menemankan nya semasa menemui wanita tu. Se kurang2 nya beliau ada membawa dua tiga atau empat orang teman bersamanya.

Sekarang ianya dah jadi masalah besar, susah nak clearkan perkara ni. Walau apa alasan pun di berikan ianya sudah tetap jadi masalah. Keadaan PR yang hampir berjaya di kucar kacirkan oleh UMNO kini akan bertambah sedikit lagi kucar kacir nya.

Kepada semua ahli2 dan penyokong2 PKR anggap lah ini sebagai satu dugaan dan cabaran yang patut di hadapi dengan tabah hati. Walau apa juga berlaku, 'lawan tetap lawan'. Bagi Wak yang penting ialah parti bukan nya individu seseorang pemimpin. Dalam UMNO pun ramai pemimpin2 nya yang melaku kan berbagai macam rupe kesalahan tetapi UMNO tetap di terima oleh penyokong2 nya.

Bagi ustaz Badrul Wak cuma nak ucapkan simpati dan tabahkan hati dalam menempuh segala dugaan hidup.

Berita yang sukar diterima

Pemimpin PKR ditangkap khalwat

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

Ulasan GB

Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya.

Yang pasti berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR.

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"





ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-