Wednesday, March 14, 2012

Cina MCA, cina Gerakan dan cina DAP..................

 Ini poto hiasan untuk renungan kita bersama

Kebanyakan melayu menganggap bahawa cina MCA, Gerakan dan DAP tu berlainan orang nye. Cina2 ni sangat belainan cara mereka berpolitik. Mereka boleh berubah dan bertukar corak pada bila2 masa saja. Mereka berpolitik mengikut keadaan semasa. Kalau hari ini dia MCA esok dia boleh jadi DAP.

Kaum cina telah membuat penghijrahan secara besar besaran pada PRU12 yang lepas. Mereka ber ramai2 telah berhijrah keluar MCA dan Gerakan. serta bersatu dalam DAP. Kesan nye kerajaan BN di P Pinang, Perak, Kedah dan Selangor tumbang.

Selagi kaum cina ini terus bersatu dalam DAP dan mendapat sokongan dari PAS dan PKR, BN pasti akan menghadapi kesukaran dalam PRU13 nanti. Sebenar nye BN/UMNO masih belum pulih, setiap sayap UMNO sedang menghadapi berbagai masalah. Pergeseran dalam sayap Pemuda UMNO masih berlarutan, kini terpacul pula pekung dalam sayap Wanita UMNO pula.

Sebenarnye pucuk pimpinan BN/UMNO masih gagal menarik kembali sokongan kaum cina dan india kepada BN. Kini pemimpin2 BN menganggap bahawa sokongan kaum bukan melayu sudah pulih berdasarkan ramai nye kahadiran mereka ketika perayaan atau perhimpunan anjuran BN.

Punca kaum bukan melayu menjauhkan diri dari BN adalah di sebabkan UMNO. Ada banyak sebab mengapa mereka 'membenci' UMNO. Wak tak perlu senaraikan sebab2 nya di sini kerana semua orang sudah sedia maklum mengtahui nya.

Kini kebencian kaum bukan melayu terhadap UMNO semakin bertambah dengan kemunculan PERKASA dan JATI. UMNO cari pasal kerana menyokong penuh ke dua2 NGO ini. Parti Gerakan dengan terus terang menyanggah UMNO kerana terlibat dengan PERKASA.

Wak yakin BN hanya mendapat sokongan undi dari melayu UMNO sahaja pada PRU13 akan datang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-