Showing posts with label BN/UMNO. Show all posts
Showing posts with label BN/UMNO. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

BN/UMNO parti puter belit ....................



Untuk menang ‘perang’, musuh mesti dihancurkan


Oleh Azhar Yahya

Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.

Dasar Umno BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno BN selama ini. Umno BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.

Justeru, atas sebab inilah PAS berlawan dengan Umno BN dan bertanding dalam pilihanraya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.

Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihanraya.

Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.

Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi.

Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat)
.

Thursday, March 29, 2012

Anwar Ibrahim - alah bise....................

Sebahagian dari Team Pemusnah DSAI yang di tubuh kan oleh kerajaan BN

Wak pun heran juge kenapa si Anuar Ibrahim ni susah sangat nak 'dimusnahkan'. Ia nye bermule dari zaman pemerintahan TDM, TAAB dan hingga sekarang dah sampai ke zaman DSNTR. Yang meng heran kan Wak si Anuar ni masih berdiri tegak dan ber tambah2 utuh.

Ber bagai2 cara sudah di buat untuk memusnahkan DSAI - kes liwat, tayangan VDO lucah, skandal Samsidar dan lain2 lagi. Wak heran, semuanye tidak memberi kesan ape2 terhadap kerier politik nye. Wak tambah2 heran, semakin di hentem ianye menjadi semakin popular.

Tidak heran jika sekarang kerajaan BN sudah tubuh kan satu pasukan pemushan DSAI. Pasukan ini akan terus terusan menyerang DSAI seperti 'anjing menyalak bukit', DSAI tetap di hati rakyat sebagai pejuang bangsa, agama dan negara.

Wak heran juge siapa yang kasi 'makan' semua 'penyerang2' DSAI ni? Apa sebenar nye tujuan penyerang2 DSAI ni? Tak kan mereka menyerang dengan tidak tentu pasal, pasti untuk mendapat upahan - dua dari penyerang2 itu sudah pun di naik kan pangkat dan di beri jawatan senator. Mungkin ada juge dikalangan penyerang2 tu untuk balas dendam sahaja. Kalau tak ade pasal buat ape serang?

Sebenar nye pemimpin2  kerajaan BN sudah sedar tentang ke silapan2 besar yang mereka telah laku kan sehingga pemimpin nombor satu nye terpaksa minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Mereka tahu bahawa DSAI ini ialah manusia yang akan memusnahkan pemimpin2 kerajaan BN pada PRU13 nanti.

Oleh itu mereka terpaksa gunakan segala daya upaye nye untuk memusnah kan DSAI. Tetapi malang nye, usahe2 mereka ini gagal kerana rakyat yang bijak tahu menilai yang mane intan dan yang mane kaca.

Sunday, March 18, 2012

Ceramah2 Pakatan Rakyat lebih memberi kesan dari siaran radio TV propaganda BN.

gambar hiasan ni memberi peringatan dan amaran kepada UMNO

Wak sungguh heran, mengapa ceramah2 yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat sentiasa mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat. Boleh di katakan setiap cerama di adakan walau di mana ceruk rantau negeri pun pasti full house punye.

Satu lagi keheranan yang sungguh bagi Wak ialah tentang manusia yang hadir tu, boleh dikatakan 90% terduru dari pak aji dan mak aji. Cuba bayang kan setiap tahun musim haji berapa ramai yang pergi menunai kan haji ketanah suci. Pada kesimpulan nye Wak buat andaian bahawa hampir semua pak aji2 dan mak aji2 ini adalah penyokong PAS.

Memang tidak boleh di nafikan bahawa sokongan terhadap PAS semakin bertambah setiap kali PRU. Calun2 PAS yang kehilangan wang pertaruhan sudah tidak kedengaran lagi, bahkan peratus undi yang mereka perolehi semakin bertambah besar.

Setiap kali PRU, kedudukan PAS semakin melangkah ke hadapan setapak demi setapak. Kini kekuatan PAS bertambah perkasa kerana mendapat sokongan padu dari penyokong2 DAP dan PKR. Tentang sokongan dari DAP ni Wak masih lagi ragu2 tentang kejujuran nye.

Sebalik nye UMNO pula yang menerima peratus undi nye bertambah mengcil dan semakin berkurangan. Ini telah membukti kan bahawa orang2 melayu/islam sudah mula berhijrah keluar tinggalkan UMNO. Mereka masuk PAS tanpa mengisi borang seperti orang2 PAS yang 'masuk' UMNO.

UMNO dalam bahaya, Pakatan Rakyat kini sedang berada dalam posisi tendangan penalti kedalam gol UMNO.


Thursday, March 15, 2012

Penomena PRU12 tidak mungkin berlaku lagi.................


"Durian runtuh" yang di nikmati oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 tidak mungkin berlaku lagi. Ada beberapa perkara yang menyebab kan PR mendapat durian runtuh itu. Sebab utama ianya berlaku kerana pergolak kan dalam krisis kepimpinan UMNO.

Krisis ini bermula di akhir2 zaman pemerintahan Tun Dr Mahadir. Mahadir terpaksa berundur untuk menyelamatkan UMNO. Beliau memilih AAB sebagai pengganti nye. Malang nye keadaan makin bertambah teruk. Kemungkinan ada pehak yang tidak berpuas hati di atas tindakan Mahadir memilih AAB.

Akhir nye AAB juge terpaksa berundur. Episod ini lah yang menyebab kan UMNO menjadi 'lemah'. Keadaan bertambah buruk apabila kaum cina yang menyokong BN belut. Mereka keluar ber ramai2 dari MCA dan Gerakan untuk menyokong DAP pula.

Hasrat mereka semata2 untuk menawan bebrapa negeri yang ramai penduduk kaum cina. Hasrat mereka ini telah telah apa bila mereka berjaya memujuk PAS dan PKR membantu nye. P Pinang jatuh ketangan DAP. Kedah, Perak dan Selangor pula jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Hasrat mereka tercapai untuk menguasai P Pinang sepenuh nye. Mereka juge hampir berjaya di Perak. Sebenar nya cita2 mereka ini masih kekal berterusan. Hari kaum cina yang masih menyokong BN boleh di bilang dengan jari. P Pinang akan terus kekal dalam genggaman DAP selagi mendapat sokongan PAS dan PKR.

BN tidak bermasalah untuk menawan kembali Kedah. Kesedar kaum melayu di Kedah akan memudahkan ianya kembali kepangkuan BN. Di Selangor pula keadaan nye sedikit berlainan kerana bilangan kaum cina dan melayu nya hampir seimbang. PR terpaksa berkerja lebih keras untuk mempertahankan negeri itu dari di rampas oleh BN.

Keadaan PAS di Kelantan nampak nye semakin lemah, mungkin ianya merelukan perubahan kepimpinan nya yang dah tua dan terlalu lame berkuasa. PAS Kelantan sangat perlu pembaharuan jika ianya mahu terus berkuasa.

Wednesday, March 14, 2012

Cina MCA, cina Gerakan dan cina DAP..................

 Ini poto hiasan untuk renungan kita bersama

Kebanyakan melayu menganggap bahawa cina MCA, Gerakan dan DAP tu berlainan orang nye. Cina2 ni sangat belainan cara mereka berpolitik. Mereka boleh berubah dan bertukar corak pada bila2 masa saja. Mereka berpolitik mengikut keadaan semasa. Kalau hari ini dia MCA esok dia boleh jadi DAP.

Kaum cina telah membuat penghijrahan secara besar besaran pada PRU12 yang lepas. Mereka ber ramai2 telah berhijrah keluar MCA dan Gerakan. serta bersatu dalam DAP. Kesan nye kerajaan BN di P Pinang, Perak, Kedah dan Selangor tumbang.

Selagi kaum cina ini terus bersatu dalam DAP dan mendapat sokongan dari PAS dan PKR, BN pasti akan menghadapi kesukaran dalam PRU13 nanti. Sebenar nye BN/UMNO masih belum pulih, setiap sayap UMNO sedang menghadapi berbagai masalah. Pergeseran dalam sayap Pemuda UMNO masih berlarutan, kini terpacul pula pekung dalam sayap Wanita UMNO pula.

Sebenarnye pucuk pimpinan BN/UMNO masih gagal menarik kembali sokongan kaum cina dan india kepada BN. Kini pemimpin2 BN menganggap bahawa sokongan kaum bukan melayu sudah pulih berdasarkan ramai nye kahadiran mereka ketika perayaan atau perhimpunan anjuran BN.

Punca kaum bukan melayu menjauhkan diri dari BN adalah di sebabkan UMNO. Ada banyak sebab mengapa mereka 'membenci' UMNO. Wak tak perlu senaraikan sebab2 nya di sini kerana semua orang sudah sedia maklum mengtahui nya.

Kini kebencian kaum bukan melayu terhadap UMNO semakin bertambah dengan kemunculan PERKASA dan JATI. UMNO cari pasal kerana menyokong penuh ke dua2 NGO ini. Parti Gerakan dengan terus terang menyanggah UMNO kerana terlibat dengan PERKASA.

Wak yakin BN hanya mendapat sokongan undi dari melayu UMNO sahaja pada PRU13 akan datang ini.

Wanita UMNO tulang belakang UMNO ...............

Kelik poto untuk lebih jelas di baca


Wak heran juge kenapa Rafidah ni sanggup ber kate2 sedemikian terhadap Puan Ketua Wanita UMNO. Ini membukti kan bahawa masih ada pergeseran dalam Wanita UMNO - antara puak Wanita UMNO vetran dan Gang Shahrizat. UMNO cube sembunyikan perkara ini. Tapi akhir nye terbongkar juge.

Demi menjaga keharmonian Wanita UMNO sepatutnye Rafidah tak perlu buka mulut lagi.  Tetapi oleh kerana di sebabkan ada dendam kesumat yang sukar di hapuskan, maka ini lah mase nye untuk membalas nye. Dengan secara tidak langsung mereka masih bermusuh musuhan lagi.

Wanita UMNO yang di anggap 'tulang belakang' ini sebenar nya dah bengkok dan mereput tunggu patah saje. Bila tulang belakang UMNO ni patah pasti UMNO akan mengalami kelumpuhan macam orang kena stroke.

Dengan reaksi Rafidah ini pasti Najib akan bertambah pening kepala nye. Sebenar nye bukan di sayap Wanita sahaja bermasalah bahkan dalam sayap Pemuda juge lebih besar masalah nye. Yang ini pula berlaku 'permusuhan' di antara menantu Pak Lah dengan anak Mahadir. Walau pun ianya masih nampak tenang, tetapi di dalam nye masih panas bergelora.

Pemimpin2 UMNO ni memang hidup nye 'berpuak puak'. Mengapa ianya berlaku demikian? Tidak lain tidak bukan kerana rebutan kuasa, berkuasa bermakna boleh cari kekayaan dengan mudah. Pemimpin UMNO sudah lupe perjuangan asal nye untuk membela nasib kaum nye. Mereka sangat sebuk mengumpul harta kekayaan sahaja. Itu sebab melayu sudah jauh ketingalan kebelang jika di banding kan dengan kaum2 lain.

Tuesday, March 13, 2012

Ape salah PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR ......................

Yang ni bukan nye gambar hiasan aje tapi satu peringatan kepada pemimpin2 dan semua warga pencacai2 UMNO.


Wak heran juge kenapa ada yang tak suke dan marah2 PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR. Sepatutnye ada yang berbangga macam Wak ni le. Wak sangat bersetuju tentang perkongian kuasa antara PAS, DAP dan PKR. Pertama Wak nak sentuh sikit tentang DAP ni.

DAP ni memang parti kaum cina, cina ni bukan nye semuanya kafir belake, ada juge yang beragama islam. Ape bezanye cina DAP dan cina MCA? Kalau cina MCA sokong UMNO/BN ape salah nye cina DAP pula sokong PAS? Ade ke sesiapa boleh beri penerangan?

Mungkin ada yang berpendapat bahawa cina DAP menyokong PAS kerana 'ada udang di sebalik batu'. Kalau cina MCA pula sokong UMNO/BN ada ape pula? Bagi Wak yang kurang bijak ni, cina DAP dan cina MCA tu same saje, beza nye cina DAP sokong PAS, cina DAP bencikan UMNO.

Sebenar nye cina MCA tu dah hampir kesemuanya jadi cina DAP, itu sebab P Pinang jatuh ketangan DAP. Cina MCA dan DAP dah bersatu mahu runtuhkan kerajaan UMNO/BN. Mereka juge sudah bersatu menyokong PAS. Sebab nya anda semua fikir kan sendiri.

Hari ini kedudukan PAS memang dah mantab, PAS telah mendapat sokongan semua kaum. O ye! Wak terlupe pula tentang kaum india, kaum india ni kunun nya menyokong MIC, itu cerita dulu2, sekarang mereka dah berpaling tadah - sokong PR.

Bukti kekuatan PAS mudah aje, kalau dulu2 setiap kali PRU atau PRK di adakan ramai calun2 PAS hilang wang pertaruhan nye. Alhamdulilah hari ini perkara sedemikian sudah tidak kedengaran lagi. Sebalik nye bertambah ramai calun2 UMNO pula yang menang TIPIS aje.

Bab DAP lawan MCA atau MIC tak perlu banyak cerita le -  boleh di katakan hampir semua calun2 MCA dan MIC 'KO' di hentam oleh DAP - contoh di negeri Perak, P Pinang dan Selangor pada PRU12 yang lepas.

Sekarang UMNO semakin lemah lutut nya kerana PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR.

Wednesday, March 7, 2012

UMNO masih truma dengan keputusan PRU 12 .............

Wak heran juga mengapa dengan tiba2 saje PM Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia. Selalunya orang yang minta maaf ni ada sebab tertentu nye. Sebagai salah satu contoh ialah orang yang dah banyak buat kesalahan atau banyak buat dosa.  Satu lagi contoh ialah orang sakit tenat yang hampir dengan maut.

Kesimpulan nye kita terima ke dua2 contoh ini di jadikan sebab mengapa PM Najib mohon maaf. PM Najib agak nye baru tersedar bahawa UMNO telah mengabaikan tanggung jawab nya dalam membangunkan ekonomi orang melayu. Sebenarnya kaum melayu lah yang paling ramai hidup di bawah aras kemiskinan.

PRU 13 pasti akan menjelang, ingatan UMNO tentang pukulan teruk pada PRU12 masih lagi terasa perit. UMNO masih gagal untuk berubah, masih serupa macam di takuk lame atau pun boleh dikatakan lagi bertambah teruk dari dulu.

PM Najib cuba memperbaiki keadaan dengan menaburkan ribuan jute RM dalam bentuk BR1M dan lain2 bantuan. Boleh ke agak nye nasib rakyat berubah dengan RM 500 ni? Sebenar nya perbuatan PM Najib taburkan RM ni telah banyak memberi kesedaran rakyat tentang keburukan UMNO - mereka telah anggap ianya sebagai sogokan dan bukan nye pemberian ikhlas dari UMNO.

Sogokan RM500 ini telah gagal untuk menambat hati rakyat, berbagai rayuan juga gagal, akhir nye tiada jalan lain selain mohon maaf saja.



Tuesday, March 6, 2012

Sempat mohon ampun dan maaf sebelum menemui ajal nye............

Wak peratikan perangai penyokong2 UMNO dan PR ni memang sangat jauh berbeza. Kebelakangan ni Wak terdengar pula tentang gangguan2 cerama PR oleh pencacai2 UMNO. Sebenarnya tindakan bodoh oleh pencacai2 UMNO ni akan menambah kan lagi kemarahan rakyat yang berfikiran waras terhadap UMNO.

Wak tak salahkan pencacai2 ni bertindak bodoh ni, kerana mereka tu memang nya terdiri dari kumpulan manusia yang sudah bodoh. Wak cuma rasa bersimpati terhadap kumpulan manusia jenis ini. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosa mereka.

Di atas insiden2 buruk yang di lakukan oleh pencacai2 UMNO ni, ianya telah memberi gambaran bertapa terdesak nya UMNO. Sebenar nya UMNO sudah dapat meramalkan untung nasib nya pada PRU13 akan datang ni. UMNO pasti tumbang tergolek.

PM sendiri sudah terasa bahawa ajal UMNO sudah hampir tiba, itu sebab dia awal2 lagi sudah mohon ampun dan maaf diatas kesalahan UMNO. UMNO bernasib baik kerana sempat mohon maaf sebelum menemui ajal nya.

Tuesday, January 31, 2012

Siapa sebenarnya yang bersahabat dengan Israel

Apabila DSAI bersuara tentang Israel maka sana sini blog pencacai2 UMNO MENYALAK. Sedar kah atau pun mereka buat2 tidak sedar bahawa kerajaan yang di terajuai UMNO lah yang sebenarnya sudah menjadi pencacai Israel.


Berikut Wak panjangkan satu posting dari blog yang ada buat posting tentang penglibatan pemimpin2 UMNO terhadap Israel :-

Membongkar sejarah hubungan UMNO-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman!
Posted on Monday, January 30 @ 03:50:42 PST
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

Artikel Oleh: dewa

"Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.

Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa ‘kami berbangga sekiranya ada hubungan diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."
 
Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.
 
Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.
 
Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal. Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.  
 
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.
 
Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab. Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.
 
Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.
 
Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.
 
Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia. Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
 
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin.
 
Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.
 
Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
 
Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israrel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.
 
Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
 
Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.
 
Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
 
Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO.
 
Wassalam.
 
Ps: untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.
"





Jom Ubah

Saturday, December 24, 2011

UMNO hadapi PRU 13 dengan penuh keyakinan

Gendang perang sudah mula di palu. PR mara kehadapan dengan berbekalkan senjata jenis 'UMNO RASUAH'. PR terlalu yakin bahawa senjata ini mampun menumbang kan BN. Berbagai jenis rasuah mereka hebohkan, ada rasuah kapal selam dan rasuah Khir Toyo. Tidak ketinggalan juga tentang lembu NFC.

Boleh dikatakan hampir semua kempen dan ceramah2 PR bertema kan rasuah dan penyelewengan yang di lakukan oleh pemimpin2 UMNO dari yang tertinggi hingga kebawah. Tidak hairan mengapa setiap ceramah yang di adakan telah mendapat sambutan yang hangat kerana rakyat hanya dapat cerita2 yang sebenar dari ceramah2 sahaja.

Sikap 'ingin tahu' ini timbul kerana media2 sebaran am yang di kontrol oleh kerajaan sentiasa sembunyi kan fakta2 yang sebenarnya. Mereka (rakyat) tertarik mengikuti ceramah2 PR kerana mereka sentiasa mendapat fakta2 yang tidak pernah di sebarkan oleh media kerajaan. Sama ada ianya fitnah atau tidak itu terpulang kepada pendengar2 nya.

Di sebalik itu BN/UMNO sedikit pun tidak gentar untuk menghadapi serangan PR ini. Senjata BN/UMNO terakhir yang paling berkesan untuk melawan serangan PR ialah WANG. Kerajaan BN kini sedang rancak menabur wang keserata ceruk rantau negara. Pendek kata hampir semua gulungan lapisan masyarakat pasti menerima habuan - kalau tak banyak sedikit se kurang2 nya RM500.00.

Walaupun bagi yang kaya, RM500.00 itu macam tahi gigi saja. tapi bagi orang kampung yang miskin ianya lebih besar dari tahi 'lembu'. Senjata BN/UMNO ini sedikit sebanyak boleh membantu nya untuk meraih sokongan dikalangan rakyat miskin di kampung2 terutama nya mak cik, pak cik, tok dan nenek. Inilah harapan BN/UMNO untuk kekalkan pemerintahan nya. Ini cuma sedikit contoh untuk pengetahuan semua.

Friday, December 9, 2011

Belum selesai cerita lembu dah timbul pula cerita taik. Bukan taik lembu daaaaaaa .....................

 Ini Taik Lombu Da, Bukan Worang Punya Taik.

Sembang warong kopi pagi Jumaat semakin panas. Tajuk perbualan masih lagi berkaitan dengan taik. UMNO P Pinang kata, ini kirija bukan kita worang bikin punya, kita worang tara bikin ini macam punya kirija, banyak busuk. Itulah ayat2 protest dari UMNO P Pinang.

Habis macam mana nak kata lagi, Yang benci sesangat kat DAP P Pinang tu UMNO P Pinang. Jadi nya apa saja berlaku yang sedemikian rupa perbuatan nya dah pasti tuduhan nya terlempar pada muka UMNO. Tapi wak agak yang lemparkan tuduhan tu ada silap sikit.

Cuba perhati kan yang hantar 'kek tahi' tu agak gelap2 sikit orang nya. Maka pasti yang hantar 'kek tahi' tu bukan UMNO. Tetapi UMNO menerima padah kerana terlalu aktif memburuk2 kan kerajaan DAP P Pinang. Biasa le kalau dah jadi pembangkang.

Sekarang apa juga tindakan penentangan terhadap kerajaan DAP P Pinang pasti anggapan perbuatan itu datang nya tidak lain tidak bukan dari UMNO. Ini sudah jadi lumrah.

UMNO Pulau Pinang semakin KOTOR - suka main taik................

Adakah orang islam suka main dan bergurau atau menghina orang dengan taik? Itu lah satu pertanyaan dari seorang sahabat cina yang sembang2 di warong kopi. Walaupun ianya cuma repika, tetapi ianya masih jijik dan kotor, siapa yang suka bermain dengan taik? Jawapan nya orang UMNO!

Walaupun niat pencacai2 UMNO ni untuk malukan Lim Guan Eng, tetapi perbuatan bermain taik ini telah highlight kan sifat perbadi pencacai2 UMNO itu buruk macam taik. Kalau taik LEMBU kurang sikit, ini taik UMNO! Memang UMNO dah jadi taik!

Sunday, December 4, 2011

Pagi ni sembang warong kopi semakin panas...............

 Ini ulasan (comment) di petik dari dinturtle, komen ini menarik perhatian ramai. secara langsung rakyat sudah buat kesimpulan - Kesimpulan nya "UMNO masih tidak boleh berubah" - itu saja.
 
Anonymous said...
Apa nak buat, Kalau dah Projek NFC tu anugerah Pak Lah kepada Ketua Wanita UMNO atas cadangan KJ hero tingkat 4 masa tu. Dah tu Muhyiddin pulak yang tukang luluskan projek atas kapasiti Menteri Pertanian ketika tu, dan Najib sebagai Menteri Kewangan yang beri kelulusan pelepasan dana RM250juta. Dan nak lagi sedap, Sharizat rapat kamcing pulak dengan Rosmah. Hemmm... memang tak kemana la skandal ni. Pusing-pusing kat situ aje la.Kalu suruh polis siasat pun buang masa saja. Ini bukan kes jenayah komersial atau CBT. Ini jenayah politik, kronisma. Selagi tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan, selagi itulah beban akan tetap terpikul diatas bahu orang UMNO. Najib suruh orang UMNO setia pada parti, memang tak ada masalah bagi orang UMNO selagi perjuangan untuk Bangsa, Agama dan Negara seperti dalam Perlembagaan UMNO tak berubah. Tapi orang UMNO dan rakyat yang mengundi UMNO tak akan setia pada pemimpin yang mereka nampak korup. Kalau PRU12 2008 rakyat dah beri pengajaran, kenapa masih tidak belajar dari kesilapan. Jangan hanya beri tekanan untuk orang bawahan, tapi pemimpin yang di atas juga seharusnya menjaga parti. Jangan dibebankan parti dengan kemelut peribadi. Yang susah UMNO juga, macam mana nak tolak dakwaan rakyat? Nak kata fitnah, tapi banyak benda yang dilakukan NFC adalah benar dan tidak pun disanggah. Cuma mungkin harga atau nilai saja yang berubah. Itu bukan fitnah bagi rakyat. Susah sangat ke untuk Sharizat berkorban? Setelah mendapat pelbagai faedah dari UMNO. Faedah yang tak semua ahli UMNO merasa. Pemimpin silih berganti, untuk dia bersara secara terhormat, rasanya tak ada masalah. Ramai lagi yang layak dan boleh pegang tampuk pimpinan ketua wanita UMNO. Pemimpin suruh ahli sayangkan UMNO, sayangkan parti. Tapi kalau pemimpin atasan tak reti nak sayangkan parti, susahlah macam ni. Cuba pentingkan parti dari kepentingan peribadi, mesti senang untuk buat keputusan. Wallahualam.

Penyokong UMNO yang dungu dan akan terus di dungukan oleh pemimpin2 nya ~~~~~~~~~~~~

Pemimpin UMNO peringatkan pejuang PAS sudah tersasar dari perjuangan asalnya, makna nya PAS tidak lagi perjuangkan islam. Itu kata UMNO, tapi bagi PAS islam adalah main item perjuangan nya dan di sebalik itu merapatkan dirinya dengan kaum kafir iaitu DAP sebagai rakan seperjuangan, apa salahnya?

UMNO juga merapatkan diri nya dengan kafir dalam perjuangan nya. Malang nya, perjuangan UMNO untuk membela nasib kaum bangsa nya sudah lupus sama sekali. Hari ini perjuangan UMNO cuma mencari harta kekayaan sahaja. Cuba awak semua perhatikan pemimpin2 dan pencacai2 nya semua nya kaya raya.

Contoh yang jelas di hadapan mata kita sekarang ialah berkenaan NFC. Isteri jawatan menteri, suami dapat pinjaman mudah RM250 juta dan beribu ekar tanah. Ini satu contoh yang nyata, sebenarnya banyak lagi menteri2 yang sudah jadi jutawan segera.

Orang melayu yang menyokong UMNO di perbodohkan dengan pemberian beberapa ratus RM, kemudia mereka cukai balik melalui ber bagai2 cukai dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Penyokong2 UMNO yang dungu sangat teruja dengan pemberian RM100 sekali seumur hidup itu.

Sunday, November 27, 2011

12 PRU telah berlalu anjing masih bercawat ekor~~~~~~~~~~~~~

Lebih 57 tahun negara merdeka dan 12 PRU sudah berlalu mengapa masih ramai rakyat nya hidup dibawah kemiskinan tegar. Kais pagi makan pagi, kais petang terus tak makan. Setiap kali sebelum PRU di adakan berbagai janji dan jaminan telah di lolongkan oleh pemimpin2 UMNO.

'KITA AKAN HAPUSKAN KEMISKINAN! KITA AKAN TERUS MEMBELA NASIB BANGSA MELAYU! KITA AKAN HAPUSKAN RASUAH! HANYA UMNO SAHAJA YANG BOLEH MEMPERTAHANKAN MARUAH MELAYU!" Beribu juta janji2 yang telah dilafaskan oleh pemimpin UMNO ini sejak dari mula PRU 1 hingga PRU 12.

Akhir nya bukan sahaja kaum melayu yang menjadi pudar dan terkulai bahkan UMNO itu sendiri sudah jadi hampir sebagai bangkai bernyawa. Apa salah nya dan di mana salah nya? Pemimpin2 UMNO langsung tiada masa dan waktu untuk cari sebabnya. Pemimpin2 UMNO memang terlalu sebok, sebok bikin harta kekayaan dan gila be rebut2 cari pangkat dan kedudukan yang selesa dan strategi yang baik supaya senang dapat peluang.

Apa bila tiba PRU12 pemimpin2 UMNO terkejut beruk, mereka baru tersedar bahawa kedudukan mereka sudah terancam dan sedang berada di ambang maut. Tidak kurang ramainya yang terkencing dan terberak dalam kain dan seluar. Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor serta hampir semua kawasa dalam Wilayah Persekutuan jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Kelantan kekal dalam genggaman PAS.

"Pos-moterm" itu saja lah perkatan yang mula2 boleh ter sembur dari mulut busuk pemimpin2 UMNO. Mereka masih tidak mau mengaku salah. Pemimpin2 UMNO masih anggap rakyat bodoh - mudah termakan hasutan pembangkang. Sebenarnya pemimpin2 UMNO itu yang bodoh kerana masih anggap menteliti  rakyat masih kuno seperti 5 atau 6 puluh tahun dahulu. Too late, itu lah jawapan nya. Rakyat sudah sedar walaupun dah terlambat, rakyat sudah tunjukan kuasa mereka melalui peti undi.

Pemimpin2 UMNO ini semuanya masih degil dan masih lagi tidak mahu berubah, yang sudah berubah cuma sound nya sahaja, perangai buruk tamak kan harta kekayaan masih terpaku rapat dalam hati sanubari mereka. NFC adalah salah satu daripada contoh terbaik. Apa bila episod NFC diletupkan oleh PR, lantas gerombolan2 'pengumpul harta karun' bangun membela dan mempertahan kan kebenaran masing2.

UMNO pasti akan berubah apabila ianya diubah oleh rakyat.


Monday, September 27, 2010

PKR pasti akan menerima nasib sama S46 yang sudah berkubur.

Keujudan PKR yang hampir sama dengan ujud nya S46. Kalau dulu ujud S46 kerana persengketaan dalam UMNO, PKR juga ujud dikala persengketaan dalam UMNO juga. Pemimpin2 dan hali2 dalam PKR boleh dikatakan hampir semuanya bekas penyokong UMNO juga. Cuma ianya telah disokong oleh segelintir ahli2 bukan UMNO yang berketurunan bukan melayu.

Boleh juga ditafsirkan bahawa PKR ini adalah 'pengkhianat' UMNO. Pemimpin2 dan pencacai2 PKR ini keluar dari UMNO se mata2 kerana dendam dan bersifat hasrat dengki sahaja. Hari ini kita sedang menyaksikan mereka sedang 'bunuh membunuh' sesama sendiri demi mengejar seciput kuasa yang ada pada mereka. Kuasa yang seciput itu lah yang telah membangkitkan huru hara dalam pemilihan jawatan dalam PKR itu.

Yang paling jelas kita nampak bahawa kaum bukan melayu sudah mula tersingkir ketepi dalam rebutan jawatan ini. Tidak ada seorang pun wakil dari bukan melayu yang mendapat sokongan dari ahli2 nya untuk ditunjulkan kehadapan. Jelas dan nyata kaum bukan melayu sudah diketepikan dalam pucuk kepimpinan PKR.

Seperti yang saya telah katakan tadi, PKR dan S46(dah berkubur) mempunyai ciri2 persamaan antara satu sama lain. Ada sedikit perbezaan sahaja, PKR mendapat sedikit sokongan dari kaum bukan melayu sedangkan S46 dianggap parti tulin orang melayu. Menamdangkan ada kemungkinan tidak ada langsung pemimpin2 bukan melayu yang berjaya menduduki mana2 jawatan atasan nya, maka ada besar kemungkinan PKR juga akan hilang sokong nya dari kaum bukan melayu.

Kedudukan PKR memang rapuh dari mula ianya ditubuhkan. PKR cuma telah mendapat sedikit sokongan dan bantuan dari PAS dan DAP pada PRU-12 yang lepas. Itulah yang membuat PKR nampak sedikit menunjul kehadapan. Malang nya, oleh kerana kacau bilau yang sentiasa melanda PKR, sedikit sebanyak ianya telah menjejaskan sokongan dari ahli2 penyokong dan rakyat biasa.

Pada pandangan kaum melayu yang progressif, PKR bukan parti yang mampu memperjuangkan melayu/Islam. PKR sanggup menggadaikan maruah bangsa agama dan tanah air demi untuk berkuasa. Memang benar apa yang telah dihujahkan oleh Mantan PM TDM melayu akan hilang kuasa jika PR memerintah negara.

Wednesday, September 22, 2010

Melayu yang macam mana - penyokong tegar PR

BN pasti akan menghadapi masaalah besar dalam menghadapi PRU-13 akan datang. Pemimpin2 UMNO masih belum mendapat formula yang tepat untuk memulihkan sokongan kaum bukan melayu terhadap BN. Malahan keujudan PERKASA yang di terajui oleh pejuang2 melayu termasuk mantan PM itu telah menambah parah kan lagi kedudukan sokongan kaum bukan melayu terhadap BN.

Bloggers2 yang pro UMNO juga tidak banyak membantu dalam hal2 menyatupadukan kaum melayu itu sendiri apatah lagi untuk mendorong kaum bukan melayu kembali menyokong BN. Kebanyakan posting2 yang di utarakan oleh bloggers pro UMNO berbau perkauman dan kutuk mengutuk parti lawan nya sahaja. Sepatutnya bloggers yang pro UMNO berusaha ber baik2 dan memujuk parti2 lawan dan penyokong bukan melayu kembali menyokong BN.

Strategi parti lawan memang nampak sangat berkesan dalam menambahkan sokongan dan mengekalkan sokong nya. Paling berkesan ialah ceramah2 yang tidak putus2 diadakan diserata ceruk rantau bumi Malaysia ini. Ceramah2 PR ini terutamanya PAS telah banyak membantu menguat dan mengukuhkan parti itu. Ianya juga telah banyak melemahkan kedudukan UMNO dan sekutu partinya.

Hari ini perjuangan PR sudah sampai ketahap yang sangat memberhayakan kedudukan BN/UMNO. Ini terbukti apabila calun2 partinya dalam PRU atau PRK tidak lagi mengalami kehilangan wang pertaruhan nya seperti dua atau tiga puluh tahun dahulu. Kedudkan mereka semakin kuat dan mantap lagi kerana mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu pula.

Masih adakah lagi masa untuk BN/UMNO berubah dan mendapat ehsan dan sokongan dari rakyat yang sudah sangat terpengaruh kepada parti lawan iaitu PR.

Friday, July 30, 2010

Di mana letaknya kekuatan Pakatan Rakyat.

 Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR telah nampak kelihatan mendapat sokongan besar dari rakyat pada PRU-12 yang lepas. Selepas itu telah berjaya pula menang dalam beberapa PRK yang diadakan. Adakah ini boleh dijadikan kayu pengukur menunjuk kan kekuatan parti iyu?

Sebenarnya telah ujud beberapa faktor sementara berlaku pada dan selepas PRU-12 yang telah menyebabkan PR nampak mendapat sokongan. Faktor utama ialah berkenaan bekas pemimpin UMNO. Kini ianya sudah di selesaikan.

Lain2 faktor juga sudah dapat diselesaikan dengan sendiri nya apabila berlaku beberapa kekecohan dalam pimpinan PKR dan cara pemerintahan DAP di P pinang dan PR di Selangor. Rakyat semakin sedar dan hilang sokongan nya terhadap PR. Tsunami PRU-12 tidak mungkin akan terjadi pada PRU-13 akan datang.

BN walaupun nampak sedikit muram kerana 'hilang' sokongan kaum bukan melayu terhadap MCA, MIC dan Gerakan. Sebenarnya kedudukan UMNO semakin bertambah kukuh selepas PER-12. Kedudukan UMNO akan semakin kuat jika persempadanan semula dapat terlaksana sebelum PRU-13.

Sebaliknya Pakatan Rakyat semakin bertambah muram. PAS semakin tidak digemari oleh kaum melayu/Islam setelah bersengkokol dengan DAP dan PKR. Penyokong2 PAS sedar bahawa perjuangan PAS sudah bertukar haluan. Kejujuran PAS memperjuangkan Islam sudah jauh tersasar dari target asal nya.

Penyokong2 PAS sudah bosan dan tidak lagi berminat dengan perjuangan PAS. PAS semakin tidak digemari oleh kaum melayu yang benar2 cintakan tanah air nya. Cuma pemimpin2 PAS sahaja yang merasakan diri mereka sangat disukai oleh penyokong2 nya. Sedangkan perbuatan pemimpin2 PAS yang terlalu taksub dengan DAP itu telah membuat penyokong2 nya meluat.

Berkenaan PKR tidak perlu dihuraikan. Parti itu pasti akan mati merana makan diri sendiri. Ianya akan jadi sama seperti parti Semangat 46 pimpinan Ku Li yang telah dibubarkan. Kekuatan PKR se mata2 bergantung kepada penyokong2 PAS dan DAP sahaja. Penyokong2 dari PKR itu sendiri sudah banyak yang lari keluar termasuk beberapa pemimpin2 nya sendiri.

PRU-13 pasti akan melenyapkan PAS dan PKR, seterusnya melemahkan DAP.

Wednesday, May 26, 2010

Problem dengan MIC - apa dah jadi dengan 1 Malaysia.

Pertelagahan UMNO dengan MIC telah menambah parahkan lagi kedudukan BN yang parah. Pertelagahan ini sukar akan berakhir, jika berakhir pun ianya sedikit sebanyak telah meluka kan hati masing2. Kesan bekas luka ini sukar dihilangkan dengan mudah.

Malang sungguh bagi MIC, hampir semua bloggers UMNO pula mula memerangi MIC dengan menyerang beberapa pemimpin nya yang pro DS Samy Vellu. Sepatutnya bloggers pro UMNO perlu jadi orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini.

Vell Paari memang bersalah keluarkan kenyataan yang menguris hati perasaan UMNO. Mengapa tidak kita anggapkan itu cuma pendapat peribadi nya sahaja, dan bukan dari parti MIC.

MIC boleh dianggap sebagai salah satu dari lima bilah jari tangan kita. Ianya boleh di anggap sebagai 'ibu jadi, telunjuk, jari tengah (jari hantu), jari manis dan kelingking'.  Semua nya ada peranan pentingnya masing2. Jika salah satu jari ini tercacat atau terputus makan fungsi tangan kita juga pasti akan terganggu.

UMNO sepatutnya cari jalan penyelesaian yang berkesan untuk memulihkan MIC dan seterusnya BN juga akan kembali pulih. Insiden ini sedikit sebanyak telah memberi kesan buruk terhadap UMNO dan BN. PRU13 semakin hampir, kita akan berhadapan dengan masalah besar jika BN masih lagi berkeadaan seperti ini.

1 Malaysia yang kita laung2 kan setiap hari akan jadi bahan momok kan dan bahan ketawa oleh parti lawan kita.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-