"Bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak serius dalam menangani isu murtad
yang semakin membimbangkan di negeri ini.
Beliau yang juga bekas EXCO kerajaan
negeri, berkata kenyataan Abdul Khalid yang mahu keluarga seseorang
mangsa murtad itu dan rakyat menyelesaikan sendiri masalah terbabit
adalah tidak wajar kerana ia memberi gambaran seolah-olah Menteri Besar
bersikap lepas tangan dalam isu berkenaan.
“Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menangani isu murtad dan sepatutnya menambah bilangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan usaha ini berjalan lebih lancar.“Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Abdul Khalid dalam sidang DUN mengenai isu murtad di Selangor."
Ini sedikit ulasan dari Wak Labu:-
Wak heran mengapa Datuk Hasan Ali cume tekan kan isu murtad ni di Selangor sahaja. Sedang kan murtad ni berkalu di mana2 saja dalam 1 Malaysia ni. Bah kan di negara2 Arab juge banyak berlaku murtad. Cume di Arab Saudi saja ianye tidak berlaku kerana hukum nye di pancung. Wak tak heran mengapa si kundur jati ni cume tekan kan isu ni di Selangor sahaja - sebab nye se mate2 kerena mahu balas dendam, dengki dan busuk hati, ini lah sikap manusia yang kecewa.
Wak juge heran mengapa MB Selangor seorang sahaja di persalahkan, sedangkan ada lagi banyak pehak lain yang same2 bertanggung jawab dalam hal isu murtad ni. Boleh ke MB menahan orang yang nak murtad? Boleh ke MB menghukum orang yang murtad? Ape ada kuasa pada MB tentang murtad ni? Adakah dengan menambah bilangan kakitangan penguat kuasa JAIS boleh menangani isu gejale2 buruk ni?
Yang lebih penting ialah mengubal undang2 murtad dan semua undang2 yang berkaitan dengan islam di peringkat kebangsaan terlebih dahulu. Di bahaskan dalam parlimen dan di luluskan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung terlebih dahulu. Ini pun belum tentu berkesan kerana penguat kuasaan nye pula lemah.
Datuk kundur jati sepatutnye tidak menyalahkan mana2 negeri yang tidak ambil berat tentang isu murtad ni. Tidak kah terfikir dalam otak si kundur jati ni bahawa jika isu murtad ni di ambil tindakan di peringkat negeri, ianya juge boleh di cabar ke peringkat kebangsaan melalui undang2 kes sivil.
Jika peringkat negeri bertindak pun ianye sia2 sahaja kerana penguat kuasaan kes murtad di peringkat kebangsaan lemah atau pun tidak berkuasa langsung. Si kundur jati ni agak nye tidak pernah baca akhbar tentang kes2 murtad yang telah di bicarakan di peringkat negara dalam mahkamah sivil. Selalunye plantif yang akhir nye memenangi kes.
Sebenar nye isu ini perlu ditangani di peringka kebangsaan. Berani kah kerajaan BN mengubal dan meminda undang2 dan hukuman kepada orang yang murtad?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau MB selangor tak serius MB lain serius ker??
ReplyDeleteRegards,
-SB-