Showing posts with label murtad. Show all posts
Showing posts with label murtad. Show all posts

Thursday, July 21, 2022

Haram sembahyangkan jenazah orang hina Islam -Azhar Idrus

 TUN CARLOS
 JULY 21, 2022

Sejak kebelakangan ini, kes menghina agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi dan seperti satu ‘trend’ sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan banyak pihak.

Mereka yang menghina Islam juga kebanyakannya masih beragama Islam dan tanpa segan silu mengutuk agama yang dianuti mereka.

Hina Islam & nabi2 dikira sudah murtad

Susulan daripada itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan bahawa jenazah orang yang menghina agama Islam haram untuk disembahyangkan.

Merujuk kepada laporan dari Kosmo! memetik daripada ceramah yang disampaikan oleh beliau, fatwa ahli sunnah wal jamaah ada menyebut individu yang menghina Islam telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.

Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” ujarnya.

Orang2 munafik!

Tambah Ustaz Azhar lagi, golongan seperti itu merupakan orang-orang munafik apabila berada di akhirat nanti dan akan berada di neraka paling bawah.

Bukan itu sahaja, beliau menekankan bahawa orang Islam yang memaki dan menghina Islam, menghina nabi serta al-Quran sememangnya secara jelas telah murtad dan kafir.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, beberapa kes menghina agama Islam telah tular di media sosial bermula dengan seorang wanita membuat persembahan komediri di sebuah kelab komedi dengan membuka baju walaupun mengakui menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Tak lama setelah itu, tular pula video seorang lelaki menghina Islam dan nabi diikuti video seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah turut melakukan tindakan sama.

Sumber: Kosmo!

Tuesday, February 27, 2018

Mahkamah Persekutuan: Mahkamah sivil tak boleh bicarakan kes murtad

Berita Terkini

Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini memutuskan bahawa empat orang yang ingin membatalkan status agama Islam mereka tidak boleh melakukannya melalui mahkamah sivil.

Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Mahkamah Persekutuan diminta membuat keputusan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak boleh mendengar kes murtad yang tidak diperuntukkan secara nyata dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016.

Baru Bian, peguam keempat-empat pemohon itu berhujah bahawa Mahkamah Syariah Sarawak "tidak dibekalkan kuasa untuk memutuskan kes murtad" oleh Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001.

Walau bagaimanapun, peguam responden - Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara - mengemukakan hujah bahawa peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 adalah memadai.

Empat pemohon itu - seorang yang dilahirkan sebagai Islam dan tiga orang mualaf - memohon perintah mahkamah untuk meninggalkan Islam dan mahu agama dalam kad pengenalan mereka diubah kepada Kristian.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413583#5JSSUDZG4LxL7CdI.99

Saturday, December 27, 2014

Mauritania Hukum Mati Muslim Murtad - Negara Islam Malaysia macam mana?

SEORANG Muslim di Mauritania, salah satu negara di Afrika, dilaporkan telah dijatuhkan hukuman mati kerana murtad pada hari Rabu (24/12/2014). Hukuman ini dijatuhkan setelah pengadilan memutuskan bahwa ia telah menulis sesuatu yang menghina ajaran Islam, sumber pengadilan mengatakan kepada AFP.

Mohamed Ould Cheikh Mohamed, yang berusia sekitar 30 tahun, pingsan saat putusan dibacakan akhir Rabu (24/12/2014) di sebuah pengadilan di Nouadhibou, di barat laut ibukota Mauritania, kata sumber itu tanpa menyebut nama.

Sebelumnya, Mohamed telah ditahan sejak 2 Januari 2013, dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan kepadanya.

Mauritania memberlakukan hukuman mati, namun belum pernah mengeksekusi mati orang sejak tahun 1987.

Selama sidang, hakim mengatakan Mohamed telah menantang beberapa tindakan Nabi, kata sumber itu kepada AFP.

Namun, Mohamed menjelaskan bahwa hal itu dilakukan itu bukan berniat untuk menyakiti nabi, sumber tersebut menambahkan. [sumber IP]

Wednesday, November 28, 2012

Nurul Izzah perlu mohon maaf kerana keterlanjuran kata2 nya............

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.

Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.


Artikel Penuh: Klip VDO di bawah hanya boleh di tonton di sisi :-

 http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/hot-sultan-pahang-sound-nurul-izzah.html#ixzz2DUCFqpR1



Monday, April 2, 2012

Ape niat sebenar Dato Dr Hasan Ali ...????



Nampaknye Dato Dr Hasan ni memang ada bukti yang nyata tentang isu murtad si Selangor. Tapi Wak heran mengapa dia tidak bawa perkara ni kepada pengetahuan yang bertanggung jawab dalam hal2 Agama Islam. Mengapa dia ber ia2 sangat hanya menyalah kan kerajaan Selangor sahaja.

Isu murtad ni sebenarnye bukan berlaku di Selangor sahaja, bahkan boleh di katakan berlaku di seluruh Malaysia. Dato ni nampak nye sengaje mahu mem buruk2 kan kerajaan Selangor yang sedang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Sebalik nye Dato Hasan telah memberi gambaran bahawa Majlis Raja2 dan Menteri yang berkenaan dengan Agama Islam tidak berfungsi langsung. Sekarang Dato ni dah tubuhkan JATI yang kunun nye untuk membela agama Islam, kaum melayu dan Raja2 .

Nah! Sekarang awak dah ada kuasa melalui JATI, apa tunggu2 lagi, teruskan perjuangan awak tu. Cara pehak yang bertanggung jawab memurtadkan melayu/Islam tu. Kumpul kan semua melayu/Islam yang dah murtad tu, perbaiki akidah nye dan kembalikan semula mereka2 tu kepada Islam.

Awak tak perlu buat bising sane sini macam orang yang tidak siuman. Me lalak2 menabur fitnah, mengutuk dan menghina orang. Awak patut sedar dan insaf tentang apa yang dah berlaku. Berusaha lah memperbetulkan keadaan dan bukan berkempen kesana kemari.

Thursday, March 22, 2012

Isu murtad isu kebangsaan............


 Quantcast
 

"Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak serius dalam menangani isu murtad yang semakin membimbangkan di negeri ini.
Beliau yang juga bekas EXCO kerajaan negeri, berkata kenyataan Abdul Khalid yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu dan rakyat menyelesaikan sendiri masalah terbabit adalah tidak wajar kerana ia memberi gambaran seolah-olah Menteri Besar bersikap lepas tangan dalam isu berkenaan.
“Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menangani isu murtad dan sepatutnya menambah bilangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan usaha ini berjalan lebih lancar.
“Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Abdul Khalid dalam sidang DUN mengenai isu murtad di Selangor."


Ini sedikit ulasan dari Wak Labu:-

Wak heran mengapa Datuk Hasan Ali cume tekan kan isu murtad ni di Selangor sahaja. Sedang kan murtad ni berkalu di mana2 saja dalam 1 Malaysia ni. Bah kan di negara2 Arab juge banyak berlaku murtad. Cume di Arab Saudi saja ianye tidak berlaku kerana hukum nye di pancung.  Wak tak heran mengapa si kundur  jati ni cume tekan kan isu ni di Selangor sahaja - sebab nye se mate2 kerena mahu balas dendam, dengki dan busuk hati, ini lah sikap manusia yang kecewa.

Wak juge heran mengapa MB Selangor seorang sahaja di persalahkan, sedangkan ada lagi banyak pehak lain yang same2  bertanggung jawab dalam hal isu murtad ni. Boleh ke MB menahan orang yang nak murtad? Boleh ke MB menghukum orang yang murtad?  Ape ada kuasa pada MB tentang murtad ni? Adakah dengan menambah bilangan kakitangan penguat kuasa JAIS boleh menangani isu gejale2 buruk ni?

Yang lebih penting ialah mengubal undang2 murtad dan semua undang2 yang berkaitan dengan islam di peringkat kebangsaan terlebih dahulu. Di bahaskan dalam parlimen dan di luluskan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung terlebih dahulu. Ini pun belum tentu berkesan kerana  penguat kuasaan nye pula lemah. 

Datuk kundur jati sepatutnye tidak menyalahkan mana2 negeri yang tidak ambil berat tentang isu murtad ni. Tidak kah terfikir dalam otak si kundur jati ni bahawa jika isu murtad ni di ambil tindakan di peringkat negeri, ianya juge boleh di cabar ke peringkat kebangsaan melalui undang2 kes sivil.

Jika peringkat negeri bertindak pun ianye sia2 sahaja kerana penguat kuasaan kes murtad di peringkat kebangsaan lemah atau pun tidak berkuasa langsung. Si kundur jati ni agak nye tidak pernah baca akhbar tentang kes2 murtad yang telah di bicarakan di peringkat negara dalam mahkamah sivil. Selalunye plantif yang akhir nye memenangi kes.

Sebenar nye isu ini perlu ditangani di peringka kebangsaan. Berani kah kerajaan BN mengubal dan meminda undang2 dan hukuman kepada orang yang murtad?

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-