Wak dah tinggal kat Malaysia ni dah lebih dari setengah abad. Wak tak heran pada masa lampau di zaman kanak dulu Wak biasa bermain dengan lecah dan lempur setiap hari. Hari ini anak2 cucu2 dan cicit2 kita sudah hidup di zaman serba serbi nye yang mewah2.
Semasa Wak di zaman kanak2 dulu Wak tidak pernah mimpikan ada nye TV, komputer dan ber bagai2 benda yang pelik2. Hari ini benda2 yang pelik2 pada Wak sudah jadi barangan mainan kanak2. Zaman dulu2 Wak cume boleh main guli, main gasing dan main layang2 saje.
Wak tidak heran kanak2 hari ini sudah tidak reti main permainan yang Wak tahu main di zaman dahulu. Shukur Alhamdulilah, anak2 dan cucu2 kita boleh dikatakan semua nya sudah jauh lebih maju kehadapan jika dibandingkan dengan kanak2 di zaman Wak Labu semasa kanak2.
Wak tidak pernah melangkah masuk belajar di pusat2 pengajian tinggi bukan nye kerana tidak pandai belajar. Tapi malang nye ketika itu peluang2 ke pusat pengajian tinggi sangat2 terhad. Kekangan yang paling besar pada zaman itu ialah kemiskinan.
Bantuan untuk sambung pelajaran memang ada pada masa itu, tetapi Wak terpaksa terus cari kerja untuk membantu keluarga yang sangat miskin. Pada masa itu perkerjaan yang paling senang dapat ialah jagi guru. Cita2 Wak bukan mau jadi guru tapi mahu jadi tentera - terutamanye tentera laut.
Wak gagal masuk tentera laut kerana kurang tinggi satu inci saja. Wak sungguh kecewa dan terus minta masuk maktab DTC untuk jadi Guru. Wak jadi guru selama lebih 33 tahun lama nye - mula2 guru sandaran terlatih, guru terlatih, guru penolong kanan, Guru Besar sekolah SKM, Guru Besar sekolah grade B dan akhir sekali Guru Besar sekolah grade A.
Wak sudah pencen lebih 10 tahun, sekarang boleh dikatakan hidup Wak tidak susah macam zaman dulu2. Anak2 dan cucu2 Wak juge boleh dikatakan semua nye berjaya dan hidup nye mewah juge. Wak bershukur kepada Allah hidup kita tambah senang dan mewah berkat dari usahe2 dari pimimpin2 kita yang bijak.
Sikit masa lagi Wak akan certakan tentang kehidupan di negara asal keluarga Wak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah & Alyaa Alhadjri & N Faizal Ghazali Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:40 PM Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer,...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden Diterbitkan: Feb 15, 2025 8:00 PM Bekas Peguam Negara (AG), Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, disarankan untuk di...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters 24 Feb 2025 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam afidavit berkata k...
-
Published on Mar 24, 2018 in Gaya Hidup / Utama & Sensasi DUA lelaki dipercayai warga China yang bertindak biadap dengan membuan...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Februari 9, 2025 Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (kiri) dan Ketua Pemuda DAP, Woo...
-
bharian.com.my Oleh ROSLAN ZAMAN 15/10/2024 Zaman atuk dan nenek kita mesti kenal siapa Mat Sentol. Seniman ini cukup dikenali sebagai pelaw...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...

Walau kakak hidup setengah abad pun belum sampai tapi bukan tak bersyukur dgn pemimpin, cuma nasib baik bapak kakak dulu jenis yg celik ilmu walau miskin kami disekolahkan juga... kalau tak lagi dahsyat rakyat kena gulai...
ReplyDeleteKakak cuma nak berterima kasih dgn bapak kakak...