Ini cume gambar hiasan aje, tak de kene mengene dengan reban ayam belanda Wak Labu
Wak tak heran bile Najib umumkan sertemerte tentang kelulusan bonus raya untuk kakitangan kerajaan dan orang pencen kerajaan. Najib terpaksa buat demikian untuk ambil hati kakitangan kerajaan dan orang pencen kerajaan yang ber jute2 tu.
Malang nye ianye dah menimbulkan rasa iri hati dari rakyat miskin yang tiada harta dan tiada perkerjaan tetap. Mereka ni hidup nye kais pagi makan pagi, kais petang langsung tak makan. Bilangan rakyat yang hidup begini mungkin melebihi ramai nye dari kakitangan kerajaan dan orang2 pencen kerajaan.
Walaupun kerajaan BN sudah beri RM500 melalui BRM1M, ianye dah lame habis. Sekarang rakyat gulungan ni lah yang akan merana menjelang hari raya. Ini di sebabkan peniaga2 pasti akan mengambil kesempatan menaikan harga barang2. Peniaga2 tahu bila masa nye mengutip durian runtuh dari hasil pemberian bonus raya itu.
Sekarang PRU13 semakin hampir, rakyat yang menerima bonus raya mungkin bergembira dengan pemberian bonus raya oleh kerajaan BN. Gulungan rakyat yang miskin ni ape hal nye? Mungkin kah PM Najib akan hulurkan sekali lagi bantuan yang same seperti BRM1M tempuh hari?
Untuk pengumuman, raya tahun ni ayam belanda Wak dah di naik kan sedikit harga nye. Raya tahun lepas Wak jual dengan harga RM17.00 per kilo, raya tahun ni Wak jual dengan harga RM22.00 per kilo. Itu harga timbang hidup.
Wak naik kan sikit bukan nye kerana bonus raya kakitangan kerajaan, tapi kerana kos makanan ayam dah naik melambung tinggi.
Amalan pemberian bonus raya ni bukanlah benda baru wak. Lama dah berlaku, tetapi kenapa baru sekarang wak nak perasan. Wak pun dapat jugak sebagai orang yang dah pencen. Jadi bersyukur dan ucap terima kasihlah kepada Kerajaan BN.
ReplyDeleteSatu ekor ayam belanda hidup berapa kilo beratnya wak?
Salam putrarahman,
DeleteWak ade dua jenis ayam belanda, kalau yang jenis besar tu yang jantan nye boleh capai 8 ke 10 kg pada umur 7 atau lapan bulan.
kalau ayam belanda yang biasa tu berat nye lebih kurang 5 atau 6 kg saja pada umur yang same.
itu semua kira berat maksima yang pernah Wak dapat.
keberatan ayam belanda ni bergantung kepada cara kita pelihara(penjagaan nye) nye, terutame nye pemakanan nye.