Showing posts with label ayam belanda wak labu. Show all posts
Showing posts with label ayam belanda wak labu. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Semakin hampir, BN semakin cemas.................

Ini cume gambar hiasan aje, tak de kene mengene dengan reban ayam belanda Wak Labu

Wak tak heran bile Najib umumkan sertemerte tentang kelulusan bonus raya untuk kakitangan kerajaan dan orang pencen kerajaan. Najib terpaksa buat demikian untuk ambil hati kakitangan kerajaan dan orang pencen kerajaan yang ber jute2 tu.

Malang nye ianye dah menimbulkan rasa iri hati dari rakyat miskin yang tiada harta dan tiada perkerjaan tetap. Mereka ni hidup nye kais pagi makan pagi, kais petang langsung tak makan. Bilangan rakyat yang hidup begini mungkin melebihi ramai nye dari kakitangan kerajaan dan orang2 pencen kerajaan.

Walaupun kerajaan BN sudah beri RM500 melalui BRM1M, ianye dah lame habis. Sekarang rakyat gulungan ni lah yang akan merana menjelang hari raya. Ini di sebabkan peniaga2 pasti akan mengambil kesempatan menaikan harga barang2. Peniaga2 tahu bila masa nye mengutip durian runtuh dari hasil pemberian bonus raya itu.

Sekarang PRU13 semakin hampir, rakyat yang menerima bonus raya mungkin bergembira dengan pemberian bonus raya oleh kerajaan BN. Gulungan rakyat yang miskin ni ape hal nye? Mungkin kah PM Najib akan hulurkan sekali lagi bantuan yang same seperti BRM1M tempuh hari?

Untuk pengumuman, raya tahun ni ayam belanda Wak dah di naik kan sedikit harga nye. Raya tahun lepas Wak jual dengan harga RM17.00 per kilo, raya tahun ni Wak jual dengan harga RM22.00 per kilo. Itu harga timbang hidup.

Wak naik kan sikit bukan nye kerana bonus raya kakitangan kerajaan, tapi kerana kos makanan ayam dah naik melambung tinggi.

Thursday, March 1, 2012

Rehat sebentar dari politik

Ari ni Wak mau cerita sikit tentang ayam belanda bake besar. Gambar kat atas ni Wak kasi tunjuk ayam belanda dara, masih belum mau kawin. Umur nya baru lima bulan, berat badan nya baru 6 kg. Ayam belanda jenis ni kalau dah capai umur 8 bulan boleh sampai 8 atau 9 kg. Itu baru yang betina. Kalau yang jantan ianya boleh capai hingga 15 kg.

Sebenar nya jika kita mau ayam belanda ni cepat besar dan gemuk badan nya, kita perlu tahu menjaga kesihatan dan makanan nya, itu sangat penting. Jika kita cuma tahu kasi makan dedak pelet atau lebih2 nasi sejuk aje tentu kesihatan dan pembesaran nya akan terbantut. Ayan belanda bake besar boleh jadi kecil aje macam ayam belanda bonsai.

Selain memberikan makan yang seimbang kita juga perlu memberi kan bitamin2 dan ubat cacing. Ayam belanda ni juga perlukan exercise yang cukup, ia perlu kawasan lapang yang luas serta banyak rumput untuk berlari2, melompat dan terbang sekali sekala. Satu lagi perkara ialah tentang tempat tidur nya. Ayam belanda ni perlu tidur bertenggek jadi mesti perlu di adakan tempat ia bertenggek.

Kalau mau pelihara ayam belanda kita kena perlu belajar sikit2 tentang ilmu membela ayam belanda. Ayam belanda tidak sama macam ayam kampung atau ayam daging. Semasa kecil baru menetas ianya perlu jagaan yang rafi, kalau tidak ianya banyak yang menemui ajal kerana berbagai penyakit. Dulu2 semasa Wak mula2 bela, dari dua puluh ekor anak nya cuma lima ekor saja yang hidup, lima belas ekor mati dalam masa seminggu sahaja.

Kalau ada kesempatan nanti Wak akan cerita macam mana cara menjaga anak ayam belanda yang baru menetas.

Sunday, February 12, 2012

Lupekan politik sebentar waktu

Ari ni Wak mau cerita sikit tentang pelihare ayam belande. Pelihare ayam ni tak perlu banyak modal jute2 RM macam ternak lembu feedlot tu. Tapi kalau Wak beristerikan mak menteri pasti Wak tak pelihare ayam belanda, Wak dah tentu pelihare lembu dan boleh beli kondo mewah.

Oleh kerane isteri Wak ni cume kerani kerajaan aje, maka Wak kena lupekan aje lembu dan kondo. Walaubagai mana pun Wak bershukur dengan ternakan ayam belanda sahaja kerana semua modal nya dari poket Wak sendiri dan bukan nya dari wang titik peluh rakyat jelate yang bayar cukai.

Sorry le Wak dah melalut sedikit, sekarang Wak teruskan dengan cerita ayam belanda yang Wak pelihare. Pada mule nya Wak cume beli 8 ekor anak ayam belande, menjelang dewasa dua ekor menemui ajal, jadi nya tinggal 6 ekor sahaja. Wak bernasib baik, 5 betina dan 1 jantan, tiap2 ianya bertelur 2 atau 3 biji. Wak kumpul dan masuk kan dalam incubator buatan sendiri.

Dalam masa 27 atau 28 hari menetas lah telur2 itu, tapi bukan nye semua cuma lebih kurang 6 atau7 puluh persen saja. Sekarang Wak dah ada lebih kurang 100 lebih ekor ayam belanda dewasa dan anak2 nya. Wak pun dah banyak juge jual ayam belanda ni.

Sekarang Wak dah mula bela ayam belanda jenis bake besar. Umur 7 atau 8 bulan dah boleh capai 10 kg lebih bagi yang jantan. Kalau umur nya lebih 1 tahun ianya boleh capai hingga 15 kg, itu pun terpulang pada cara pelihare nya. Makanan yang sesuai dan penjagaan yang rafi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-