Wak terkejut dan heran sangat bila terjumpe poto ni. Nampak sangat orang melayu ni masih ketinggalan zaman, berfikiran kuno dan tidak bermaruah. Walaupun ianye cume di lakukan oleh segelintir melayu dungu tetapi ianye sedikit sebanyak akan memberikan gambaran buruk kepada keseluruhan kaum melayu.
Walaupun kita marah kepada sesiape pun jangan lah bertindak sehingga menimbulkan ke burukan dan keaiban kepada diri sendiri dan kaum sendiri. Cube fikirkan ape kah ianye tidak memberikan kesan buruk terhadap anak pinak dan kaum keluarga sendiri? Ini sedikit sebanyak ade juga kaitan nye dengan peribahasa melayu, "Bapa kencing berdiri akan kencing berlari".
Pada fikiran Wak ianye bukan sahaja memalukan keluarga sendiri tetapi lebih buruk ianye telah memberikan pandangan nagetif terhadap bangsa melayu yang beragama Islam pada kaca mate orang2 bukan melayu yang bukan beragama Islam.
Di zaman yang serba maju dan moden ini Wak fikir budak2 tadika pun tidak sanggup berbuat kelakuan sedemikian rupe. Orang yang tidak beragama pun tidak sanggup berbuat demikian. Yang sanggup berbuat begini cume yang kurang atau terencat akal sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.