gambar hiasan lawak UMNO
Wak heran kenape Najib masih ter agak2 lagi mau umumkan tarikh PRU 13. Memang ade banyak sebab mengapa PM masih ragu2 untuk ade kan PRU. Sebenar nye UMNO telah gagal untuk memulihkan kecederaan nye yang berlaku pada PRU 12 yang lepas.
Hari ini kedudukan UMNO lebih buruk dari keadaan nye pada PRU 12 lalu. Perpecahan dalam UMNO semakin parah. Mahathir dengan anak nye, Abdullah Bedawi dengan menantu nye dan Najib dengan kroni2 nye. Semua nye sudah tidak sehaluan lagi.
Wanita UMNO juga ber masalah, ini terbukti apabila Najib tidak terdaye untuk melantik seorang wanita untuk mengantikan tempat Shahrizat. Najib tidak berani melantik mana2 wanita UMNO yang layak mengantikan Shahrizat kerana takut berlaku perbalahan dalam sayap wanita UMNO.
UMNO sudah terbahagi kepada beberapa kumpulan tertentu. Kumpulan Mahathir bertentangan dengan kumpulan Abdullah Bedawi, Kumpulan Mukhris bertentangan dengan kumpulan Khairi dan kumpulan Shahrizat bertentangan dengan kumpulan Rafidah.
Dendam kesumat yang tersimpan di dalam hati mereka2 ini pasti akan ter terjemah pada PRU 13 akan datang. Di sini lah akan berlaku nye undi protest secara besar besaran seperti ape yang telah berlaku pada PRU12 yang lepas. Pasti akan lebih ramai calun2 UMNO akan tumbang tergolek.
Undi dari kaum bukan melayu bagai mana pule? Jangan susah, ini Wak akan ceritakan dalam posting yang akan datang........
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.