Friday, November 9, 2012
Kontroversi kebebasan agama, Nurul Izzah tingkat sokongan liberal
Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwarmenyokong kebebasan beragama meliputi semua termasuk Melayu-Muslim yang mencetuskan kekecohan kini kelihatan meningkatkan sokongan terhadap beliau daripada golongan liberal negara ini.
Di laman-laman berita liberal dan media sosial, sokongan meluas dan komen positif berhubung pendiriannya itu dapat dilihat daripada ramai pembaca dan pengulas, walaupun mendapat respons negatif yang keras daripada konservatif dalam kalangan parti politik dan akademik.
Seorang pengulas di laman Malaysiakini menulis satu artikel panjang memuji pendirian Nurul Izzah itu, yang disifatkan sebagai satu ide penting yang perlu difikirkan oleh rakyat negara ini.
Parti pemerintah Umno dan golongan konservatif menentang keras kenyataan beliau itu, tetapi politik parti yang sangat partisan memperlihatkan sokongan yang tidak berubah daripada parti beliau, PKR.
Episod ini turut dilihat meningkatkan imej dan kelayakan liberal beliau, ciri penting untuk terus mendapatkan sokongan komuniti liberal yang termasuk banyak pertubuhan bukan kerajaan berpengaruh di dalam dan luar negara serta, serta kerajaan Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Isu ini juge telah membuke mate rakyat yang bukan islam terutame nye di Sabah dan Sarawak. Yang pasti kedudukan PR semakin mantap menjelang PRU13 ni.
Yang sudah pasti kedudukan UMNO akan semakin punah. UMNO sudah tidak mampu mengekalkan sokong melayu kerana terdapat terlalu banyak kepincangan pade pemimpin2 UMNO. BR1M sudah tidak laku untuk menarik minat rakyat menyokong BN/UMNO. Semakin hampir PRU13 semakin gelabah pemimpin2 BN/UMNO.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.