Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Friday, February 10, 2023

Lantikan Nurul Izzah tetap nepotisme meski tanpa gaji

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe

'Bapa reformasi' laksana apa yang ditentang selama ini

BANGI, 19 Rejab 1444H, Jumaat – Apa sahaja penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pelantikan anaknya, Nurul Izzah tidak akan mengubah makna sebenar amalan nepotisme dalam pemerintahannya itu.

Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan bagi Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, namun lantikan itu mendapat kritikan pelbagai pihak.

Bagi Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, pelantikan Naib Presiden PKR itu sememangnya nepotisme, meskipun Anwar mendakwa jawatan itu diberikan tanpa gaji.

Sama ada bergaji atau tidak, beliau menegaskan, Anwar tidak boleh mengubah definisi nepotisme yang bermaksud mengutamakan kaum keluarga untuk pelantikan sesuatu jawatan.

“Dibayar gaji atau tidak, itu bab lain. Jadi, Datuk Seri Anwar jangan lari daripada definisi itu.

“Selama ini (amalan nepotisme) yang PKR perjuangkan dan bising di luar sana, tetapi bila sampai masanya Datuk Seri Anwar melantik anaknya sendiri,” katanya.

Zamani berkata, nepotisme bukan tertakluk kepada gaji, tetapi merujuk amalan mengutamakan keturunan dan kaum kerabat untuk lantikan jawatan tertentu.

“Apa reformasi yang nak dibuat? Dia (Anwar) sebagai ‘bapa reformasi’ dan dia pula melaksanakan apa yang ditentang selama ini.

“Negara kita sebenarnya bukan miskin dengan pakar ekonomi, ramai. Kenapa pakar-pakar yang memang bergelumang kewangan ini tak mampu ditempatkan memegang jawatan itu,” soalnya.

Terdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya itu dan memulakan perkhidmatan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Anwar memberitahu Nurul Izzah dilantik berdasarkan kelayakan kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan.

Bahkan, katanya, Izzah turut memiliki ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat selain bertujuan membantu beliau di Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Kementerian Kewangan (MOF).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Sunday, February 5, 2023

Rafizi: Lantikan ahli keluarga perlu dielak

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 5, 2023 9:59 AM
Budaya nepotisme dengan melantik ahli keluarga ke jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielak pada masa akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Timbalan presiden PKR itu dia menyedari pelbagai kritikan berhubung pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Mohammed Iqbal sebagai pegawai majlis khas kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

"Saya berpandangan beberapa perkara ini perlu dielakkan oleh mana-mana kerajaan pada masa akan datang. Bagaimanapun bagi kes Nurul Izzah dan Iqbal, pelantikan sudah pun dibuat," katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Kini katanya pelantikan itu diharap dapat dibuktikan dengan membawa nilai tambah.

"Ia tidak melibatkan dana awam. Apa yang kita harapkan sekarang ialah mereka perlu buktikan mereka akan membawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing," kata Rafizi.
Terdahulu kerajaan diterajui Anwar itu dikritik hebat selepas Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri.

Ia disusuli isu pelantikan Mohammed Iqbal sekali gus dilihat menebalkan lagi persepsi nepotisme terhadap kerajaan.

Sementara itu, Rafizi berkata pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.

"Di peringkat PKR, kita harap kita 'move on' dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu," katanya dipetik sebagai berkata.

Wednesday, February 1, 2023

Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja

agendaily.com
01/02/2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anak sendiri, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Ameerah Malaysia – entiti kepimpinan wanita muda dalam PAS – mempertikai pelantikan Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Pengarah 2 Ameerah Malaysia, Ummi Kalsum Ismail berkata tidak timbul soal mengambil gaji atau tidak, kerana isunya ialah kelayakan Nurul Izzah itu sendiri, sedangkan ramai lagi mereka yang lebih layak memegang jawatan itu.

Menurutnya, ramai yang kurang faham istilah nepotisme tetapi rakyat tahu bahawa budaya memberi jawatan atau projek kepada anak beranak adalah budaya jijik.

Beliau menggariskan tiga persoalan utama yang perlu dijawab dalam isu pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kepada bapanya sendiri yang juga PM, walaupun dilakukan tanpa gaji.

Persoalan itu ialah:

1. Apakah proses pemilihan yang digunakan dalam menentukan pelantikan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri Malaysia?

2. Adakah proses pemilihan ini dilakukan dengan adil dan saksama bagi semua calon yang lebih berkelayakan? dan

3. Macam mana pemegang Ijazah Kejuruteraan serta Dasar Awam dan Sosial boleh dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan? Layakkah Nurul Izzah?

“Come on, rakyat Malaysia ada 32.7 juta orang. 69.5 peratus berada dalam kumpulan umur bekerja. Berapa ramai yang ada kelayakan dalam bidang ekonomi ini dinafikan hak hanya kerana mereka bukan berbin atau binti Anwar.

“Tapi jawapan Anwar mudah, “Nurul Izzah tak terima gaji”.

“Tidak timbul soal ambil gaji atau tidak, posisi penting Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi itu perlu dilihat secara profesional dengan fungsinya yang boleh mempengaruhi Perdana Menteri yang juga Menteri Ekonomi.

“Peranannya besar dan berpengaruh dalam mengurus kekayaan negara. Tindakan melantik anak sendiri ini membuka ruang kepada pelanggaran integriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (1 Februari 2023).

Menurut Ummi Kalsum tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan ini perlu dihentikan.

“Bermula dengan melantik kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri, individu yang kalah sebagai Menteri, Perdana Menteri memegang dua jawatan penting dan sekarang melantik anak sendiri adalah permulaan yang akan membawa kepada kerosakan yang lebih besar.

“Pentaksub Perdana Menteri ke-10 dan Pakatan Harapan akan mengeluarkan seribu satu hujah bagi membenarkan segala perbuatan ini namun ia tetap tidak dapat menafikan keburukan nepotisme kepada negara,” katanya.

Beliau mempersoalkan apakah nasib Malaysia jika budaya ini diteruskan, sedang negara ini adalah milik semua, bukan Anwar semata-mata.

“Rakyat perlu bersuara agar perkara ini tidak menjadi suatu kebiasaan yang merosakkan,” katanya.

Tuesday, January 31, 2023

PM berada dalam 'bahaya' dengan pelantikan Nurul Izzah - C4

malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Jan 31, 2023 8:30 AM
Keputusan Anwar Ibrahim melantik anak perempuannya Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan meletakkan perdana menteri itu dalam "kedudukan bahaya”, menurut Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Timbalan ketua pegawai eksekutifnya K Sudhagaran Stanley menyifatkan langkah itu sebagai amalan nepotisme dan berlaku konflik kepentingan.

“Peranan (Izzah) sebagai pro-bono (tak dibayar gaji) adalah tidak relevan. Ia mengenai nepotisme, dan lebih penting lagi isu konflik kepentingan.

"Ini boleh meletakkan PM dalam kedudukan yang sukar dan bahaya,”
katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Stanley berkata terdapat kebimbangan bahawa Anwar tersilap langkah dengan melantik ahli keluarga untuk mengisi jawatan penting.

“Terdapat harapan yang tinggi terhadap perdana menteri itu. Dia harus memimpin dan menetapkan standard tadbir urus yang tinggi.

“Menteri lain mungkin akan melakukan perkara yang sama dengan melantik anak perempuan atau ahli keluarga mereka untuk mengetuai portfolio penting. Bagaimana kita dapat mengawal perkara ini?

"Ini pastinya bukan amalan tadbir urus yang baik," katanya.

Nurul Izzah menerima kritikan hebat selepas pelantikan itu didedahkannya semasa temubual dengan The Star.
Selaku ahli politik, Izzah pernah menjadi ahli parlimen selama tiga penggal.

Pada 2008 dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai pada usia 28 tahun.

Namun, sewaktu pilihan raya umum ke-15, dia gagal mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Walaupun Anwar mengesahkan bahawa bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu akan melakukan tugasan tersebut tanpa dibayar elaun, keputusan itu mendapat kritikan daripada kedua-dua belah pihak dalam parti mahupun lawan .

Antara yang mengkritiknya termasuk ketua pembangkang Hamzah Zainudin yang menggesa Anwar menarik balik pelantikan itu, serta mendakwa ia bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik, integriti dan antirasuah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pula menyifatkan tindakan melantik Nurul Izzah sebagai salah dari segi moral.

Sementara itu, Stanley mempersoalkan keperluan pelantikan Nurul Izzah, memandangkan sudah ada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam kabinet Anwar.

“Bukankan akan terdapat konflik di sini atau satu pertindihan tugas?

“Cadangan siapa yang perdana menteri akan dengar? Anak perempuannya atau menteri ekonomi? Inilah masalahnya di sini,” katanya.

Dia kemudian mempersoalkan mengapa pelantikan Izzah yang berkuat kuasa 3 Jan, hanya diumumkan semalam.

Menurut Stanley, Anwar sebagai pemimpin utama dalam kerajaan mesti menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahannya.

“Kerajaan mesti segera memulakan reformasi dan ini mesti bermula dari atas.

“Perlu ada isyarat jelas bahawa mereka serius terhadap reformasi. Dengan melantik ahli keluarga, penjawat awam tidak akan yakin bahawa kerajaan ini serius dalam agenda reformasi dan ia hanya memberikan isyarat yang membimbangkan.

"Setiap tindakan yang diambil oleh pemimpin utama di peringkat atasan mestilah mempunyai standard tadbir urus yang tinggi dan memberikan keyakinan kepada orang ramai secara keseluruhannya,” katanya.

Dia menggesa agar ketelusan dalam proses pelantikan politik dengan pemilihan yang hanya mengikut contoh amalan terbaik.

“Kelayakan, permohonan dan proses pemilihan perlu didedahkan kepada umum dan telus supaya individu yang berminat, berpeluang memohon jawatan itu,” katanya.

Jika Anwar mahukan individu yang paling layak memegang jawatan itu, ruang perlu dibuka kepada orang ramai memohon jawatan tersebut, kata Stanley.

“Bagaimana kita boleh yakin bahawa Izzah adalah orang yang paling layak dipilih untuk tugas itu?

"Apakah penanda aras yang kita letakkan di sini?" soalnya.

Monday, January 30, 2023

Lantik anak jadi penasihat PM: Anwar khianati rakyat Malaysia

agendaily.com
30/01/2023
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan tindakan Perdana Menteri melantik anak sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini (30 Januari 2023) Ahli Parlimen Larut itu berkata perlantikan itu bukan sahaja tidak wajar, malah salah serta merosakkan imej kerajaan.

“Amalan nepotisme oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

“Pelantikan ini bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

“Pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri,” katanya.

Tindakan Anwar mengangkat Nurul Izzah sebagai penasihat beliau secara diam-diam menerima kecaman, walaupun setelah lebih sebulan baharu Ahli Parlimen Tambun itu mengakui berbuat demikian.

Itupun, setelah Nurul Izzah sendiri mengesahkannya dalam satu temu bual dengan media.

Tindakan Anwar melantik ‘puteri reformasi’ itu juga dilihat membelakangkan ‘kepakaran’ Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sejak laporan berhubung pelantikan tersebut, reaksi orang ramai sama ada dalam media sosial dan juga orang politik khususnya adalah sangat negatif, malah tidak kurang juga pelbagai sindiran sinis dibuat terhadap kerajaan campuran.

Tidak kurang juga terdapat dalam kalangan orang ramai memainkan semula istilah ‘nepotisme’ yang popular sebelum ini di bibir Anwar dalam ceramahnya ketika mengkritik lawan politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO (sebelum menjadi sekutu politik).

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional berkata ternyata Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia.

“Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan ini. Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. Walk the talk please,” katanya.

Badan pemikir: Perlu ada latar belakang khusus bagi penasihat ekonomi

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 30, 2023 11:12 AM
Sebuah badan pemikir menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pusat Pendidikan Pasaran (CME) berkata walaupun kelayakan dari segi kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi penasihat dan kaunselor.

"Nurul Izzah belajar kejuruteraan dan hubungan antarabangsa. Dia tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan," kata CME.

Nurul Izzah merupakan ahli politik dan pernah menjadi ahli parlimen selama tiga penggal. Pada 2008, pada usia 28 tahun, dia dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai. Semasa pilihan raya Parlimen lalu, dia gagal mengekalkan kerusi Permatang Pauh.

CME berkata walaupun Nurul Izzah adalah penasihat perdana menteri secara pro bono, mendapatkan penasihat tidak berkelayakan adalah dasar yang tidak baik.

"Dasar buruk, walaupun dipandu oleh niat baik, boleh merosakkan negara. Kita telah melihat ini dengan siling harga atau sekatan pekerja asing," kata Ketua Pegawai Eksekutif CME Carmelo Ferlito.

Ferlito berkata pelantikan Nurul Izzah juga bercanggah dengan percubaan Anwar untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang reformis.

“Strategi kempen dan komunikasi Anwar dikaitkan dengan janji (agenda) baru dan reformis yang sepatutnya menangani rasuah dan nepotisme,” kata Ferlito.

Begitu juga, Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman berkata pelantikan Nurul Izzah adalah konflik kepentingan.

"Prinsip asas dalam etika urus tadbir (governance) yang telah dikompromi, di samping janji reformasi institusi yang telah dilanggari," kata Syahir dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Syahir menyindir pelantikan dibuat Anwar dengan membandingkannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo.

"Di Indonesia, Presiden Jokowi melantik tujuh anak muda milenial sebagai penasihat di Pejabat Presiden, dan melantik satu Menteri Kewangan yang disegani dunia.

"Di negara Madani, perdana menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan, dan melantik anaknya sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada dirinya.

"Pada masa sama, beliau mempunyai dua timbalan perdana menteri, dan dua timbalan menteri kewangan, di samping satu menteri ekonomi yang bijaksana," kata Syahir.

"Di Indonesia, presiden Jokowi melantik tujuh milenium sebagai penasihat kepada presiden. Beliau juga melantik seorang (bekas pegawai Bank Dunia) sebagai menteri kewangan.

“Di negara Madani, perdana menteri melantik dirinya sebagai menteri kewangan, keturunannya sebagai penasihat ekonomi dan kewangan.

"Pada masa yang sama, perdana menteri mempunyai dua timbalan perdana menteri, dua timbalan menteri kewangan dan seorang menteri ekonomi yang semuanya sangat bijak," kata Syahir.

Bukankah Rafizi pakar formula sudah dilantik jaga ekonomi, kenapa perlu lagi penasihat?

agendaily.com
30/01/2023
Rafizi kini merupakan Menteri Ekonomi.

Lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat sudah disahkan sendiri oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi selepas laporan berhubung pelantikan itu mencuri tumpuan rakyat.

Anak perempuan Anwar yang sebelum ini digelar ‘puteri reformasi’ disahkan bapanya dilantik sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi, namun persoalannya adakah itu ‘reformasi’ yang dimaksudkan hendak diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam pentadbirannya?

Sejak laporan berhubung pelantikan tersebut, reaksi orang ramai sama ada dalam media sosial dan juga orang politik khususnya adalah sangat negatif, malah tidak kurang juga pelbagai sindiran sinis dibuat terhadap kerajaan campuran.

Tidak kurang juga terdapat dikalangan orang ramai memainkan semula istilah ‘nepotisme’ yang popular sebelum ini di bibir Anwar dalam ceramahnya ketika mengkritik lawan politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO (sebelum menjadi sekutu politik).

Bagi anak muda, mungkin bait-bait ‘nepotisme’ mungkin sudah jarang kedengaran sekarang sejak Pakatan Harapan (PH) berkahwin dengan UMNO, tetapi bagi orang politik yang ‘season’ atau lama, itu adalah kata-kata yang amat sinonim dengan Anwar.

Semasa era reformasi ketika Anwar kuat melawan Dr Mahathir dan UMNO, pakcik dan makcik di kampung-kampung pun sudah mengetahui makna perkataan ‘bombastik’ yang sering dilontarkan oleh Presiden PKR itu, ketika itu masih belum ada telefon bimbit pintar dimana boleh dicari menerusi carian Google.

Kini selepas menjadi penguasa, nampaknya ‘nepotisme’ itu sendiri menjadi amalan dalam kerajaan campuran sekarang ini.


Malah, rakyat menyindir dengan tajam dalam media sosial dengan bertanya, adakah ini kerajaan anak beranak atau kerajaan yang mahu membantu rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Ia satu harga yang mahal terpaksa Anwar tanggung apabila laporan berhubung lantikan anaknya itu mendapat perhatian umum, pentadbirannya kini diberi gelaran macam-macam sehingga pejuang siber mereka sendiri pun terkasima hendak menangkisnya.

Bagaimanapun, persoalan paling penting adalah perlukah Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kewangan dan ekonomi kepada bapanya kerana bukankan kerajaan sudah mempunyai Rafizi Ramli?

Rafizi Ramli yang dikenali sebagai pakar formula sudah dilantik menjadi Menteri Ekonomi, bukankah kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat Timbalan Presiden PKR itu dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi negara, mengapa perlu seorang lagi penasihat?

Jika Anwar berkata anaknya layak kerana mempunyai kelayakan pendidikan, persoalannya kini adakah Rafizi tidak layak untuk menjadi penasihatnya juga memandangkan portfolio yang dipegangnya itu juga berkaitan dengan ekonomi.

Malah, umum mengetahui Rafizi mempunyai banyak idea dan dilihat sebagai tokoh pemikir kepada PH sebelum ini, pelbagai formula dan kaedah untuk memulihkan ekonomi penuh dalam kepalanya, mengapa tidak digunakan sahaja nasihat daripada beliau?

Atau sebenarnya Anwar tidak mempercayai Rafizi untuk menasihatinya dalam isu-isu berkaitan ekonomi?

Bukankah menteri ekonomi boleh memberi nasihat ekonomi? “On the plus side” Izzah dan Rafizi memang rapat dan boleh menjadi kombinasi baik dan berkesan.

Tidak kisahlah jika Anwar mengatakan anaknya tidak menerima sebarang elaun bagi jawatan dilantiknya itu, tetapi persepsi rakyat tidak dapat dielakkan bahawa ini adalah sebuah kerajaan anak beranak.

Langkah ini hanya akan memberi persepsi pelbagai macam terhadap kerajaan dan apakah pembaharuan yang hendak dilakukan jika tidak bermula di pejabat Perdana Menteri sendiri.

'Anwar langgar prinsip tadbir urus baik bila lantik anak sebagai penasihat'

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 30, 2023 8:34 AM
Seorang pemimpin Pemuda Bersatu mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebenarnya komited dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Ketua penerangan sayap itu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata Anwar telah pun melanggar prinsip itu apabila mengambil portfolio menteri kewangan, yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengenai perkara itu.

Ashraf (gambar atas) berhujah bahawa Anwar menjejaskan lagi prinsip tadbir urus yang baik dengan melantik anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya dalam bidang ekonomi dan kewangan.

"Adakah dikira 'good governance' bila kononnya kabinet kecil lah sangat, tapi dilantik segala macam jawatan lantikan bertaraf penasihat.

“Jawatan dilantik pula bercanggah contohnya apabila negara telah mempunyai menteri ekonomi, iaitu Rafizi Ramli?” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ashraf juga mempersoalkan sama ada Anwar tidak sehebat penyokongnya percaya, atau sama ada Rafizi dan timbalan Rafizi Hanifah Hajar Taib tidak mampu untuk menerajui Kementerian Ekonomi sehingga perdana menteri terpaksa melantik anaknya untuk memberi nasihat mengenai perkara tersebut.

"Adakah ‘good governance apabila anak sendiri dilantik ke jawatan penasihat senior? Maka bukankah itu nepotisme?” soalnya.
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah mendedahkan pelantikannya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan perdana menteri dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan semalam.

Dia berkata dia telah berkhidmat dalam peranan itu sejak 3 Jan.

Anwar berkata Nurul Izzah tidak dibayar untuk peranannya dan menegaskan dia layak menjadi penasihat.

Ashraf menyindir bahawa jika kerja itu tanpa gaji, Nurul Izzah boleh menasihati Anwar di rumah.

Sunday, January 29, 2023

PM pertahan kelayakan Nurul Izzah sebagai penasihat kewangan, ekonomi

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 29, 2023 7:05 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan kelayakan Nurul Izzah untuk menjadi penasihatnya dalam soal ekonomi dan kewangan.

Ia selepas dia ditanya sama ada anaknya itu - yang memegang ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan - layak atau tidak untuk memegang jawatan itu.

Anwar berkata Nurul Izzah juga memiliki ijazah dalam dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Pemeriksaan ke atas profilnya mendapati ia merupakan ijazah peringkat sarjana.

Anwar yang turut memegang portfolio kewangan berkata dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang itu, begitu juga dengan ramai pemimpin PN yang pernah memegang jawatan menteri.

Untuk rekod, Anwar merupakan pelajar jurusan Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Malaya.
"Menteri dari PAS, Bersatu juga tiada kelulusan dalam bidang masing-masing.

"Adakah benar seorang menteri kesihatan mesti (seorang doktor), atau menteri air kena (sebagai) jurutera?" soalnya ketika sidang media di Tambun, Perak hari ini.

Nurul Izzah memaklumkan dia menjadi penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Anwar, berkuat kuasa 3 Jan lalu, dalam wawancara bersama The Star yang diterbitkan hari ini.

Ditanya berkenaan perkara itu, Anwar membalas: "Apa yang penting sekali, termasuk untuk saudara Peja, hentikan curi tanah, balak, saham, projek dan komisen. Ini yang jahanamkan negara."

Anwar berkata, dia juga tidak mendengar ada dalam kalangan pengkritik kerajaan yang menyuarakan sokongan terhaap usaha membersihkan negara daripada masalah tersebut.

Dia juga berkata Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun daripada jawatan barunya itu.

"Saya tak bayar apa-apa elaun kepada dia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.

Anwar juga tidak menerima sebarang bayaran daripada jawatannya dalam kerajaan.

Nurul Izzah kini jadi penasihat PM, tanpa gaji

malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jan 29, 2023 6:22 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi.

Namun, sumber dalam kerajaan yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatan itu tidak dibayar gaji.

"Saya boleh katakan ia bukan peranan bergaji," kata seorang sumber.

Anwar turut mengesahkan perkara ini dalam sidang media hari ini.

"Saya tak bayar apa-apa elaun kepada dia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.

Anwar yang juga menjadi menteri kewangan turut tidak mengambil gaji.

Nurul Izzah memaklumkan tentang peranan barunya itu dalam wawancara bersama The Star yang diterbitkan hari ini.

"Sementara saya tiada di Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat, saya kini berkhidmat dalam kerajaan dalam dasar awam dan pelaksanaan dasar," katanya.

Naib presiden lantikan PKR itu merupakan antara pemimpin utama yang menjadi korban kepada "gelombang hijau" PN di utara semenanjung, selepas tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Nurul Izzah berkata dia berharap dapat menggunakan pengalaman lalunya sebagai ahli parlimen, kerjanya dalam isu kemiskinan, pendidikan vokasional dan teknikal serta ketika dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk berkhidmat sebagai penasihat Anwar.

Belanjawan 2023

Antara tugasnya pada masa ini adalah melakukan libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, untuk Belanjawan 2023.

"Sebagai sebahagian daripada persiapan belanjawan, kita bukan saja telah jumpa kumpulan perniagaan dan pihak berkepentingan biasa lain, tetapi kita juga sedang mendapatkan input dari rakyat, terutama daripada B40, dan tidak lupa juga M40.

"Arahan dari perdana menteri jelas: Bercakap dengan rakyat dan dengar idea, kebimbangan dan harapan mereka. Mereka adalah pihak berkepentingan paling utama," katanya lagi.

Dia sebelum ini memaklumkan mengalami keguguran ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dan Putrajaya.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata peranan terbarunya ini akan membolehkannya menggalas tanggungjawab baru di tengah keadaan ekonomi yang mencabar.

"Namun, saya yakin dapat menyumbang kepada evolusi Malaysia yang bukan saja mengejar pertumbuhan semata-mata demi pertumbuhan, tetapi negara yang mengangkat semua strata masyarakat dan memberikan kesaksamaan dalam peluang.

"Orang muda tidak boleh hilang harapan pada negara. Keadaan mungkin tidak dapat bertambah baik dalam masa singkat, tetapi keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan Malaysia yang diwarisi mereka di masa akan datang," katanya lagi.

Monday, November 7, 2022

PKR robek kubu Zahid, lebih 200 hadiri ceramah Izzah

malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 7, 2022 9:16 AM
PRU15 l Jika jumlah kehadiran orang ramai pada sesuatu majlis menunjukkan populariti sesebuah parti, maka Umno mempunyai alasan untuk difikirkan.

Pada ceramah anjuran Pakatan Harapan (PH) di Arena Bagan Pasir, Bagan Datuk pada hari kedua kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malam tadi, lebih 200 orang yang hadir.

Jumlah kehadiran itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah pada ceramah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada hari pertama kempen PRU yang diadakan di lokasi yang sama.

Berucap di hadapan sebahagian besar pengundi tempatan, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta pengundi di Bagan Datuk supaya memberi kemenangan kepada calon PH di kawasan parlimen itu Shamsul Iskandar Md Akin pada hari mengundi 19 Nov ini.
Nurul Izzah Anwar , Naib Presiden PKR
"Saya mengharapkan saudara Sham, terkenal sebagai 'giant killer', kali ini mampu menjadi giant killer 2.0 di parlimen Bagan Datuk ini.

"Harap pada 19 Nov ini kita ada ahli parlimen baru bagi Bagan Datuk," katanya.

Turut hadir, calon PH bagi kerusi DUN Rungkup Munzirie Kabir dan calon PH bagi kerusi DUN Hutan Melintang, Wasanthee Sinnasamy

Shamsul terkenal sebagai giant killer di kalangan pemimpin PH selepas dua kali mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Ali Rustam di Hang Tuan Jaya pada PRU 2008 dan 2013.

Menurut seorang pengundi Bagan Datuk yang hanya mahu dikenali sebagai 'Abang Bob', PRU kali ini berbeza sedikit dengan PRU-PRU sebelum ini.

"Kes rasuah Zahid di mahkamah memang ada impak di kalangan pengundi di sini. Selain itu, calon PH pun agak terkenal pada kali ini.

"Pada PRU lepas dia menang majoriti 5,000 undi sahaja. Yang itu pun 2,000 pengundi dari kem tentera Hutan Melintang yang kini telah ditutup ketika Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan.

"Jadi, kita boleh kata, tidak mustahil Zahid Hamidi dikalahkan pada kali ini" katanya.

Bagan Datuk adalah kubu kuat Zahid yang memegang kerusi itu sejak 1995.

Dia mengekalkan kerusi itu pada 2018 dengan majoriti 5,073 undi dan meraih 51.4 peratus undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun, kali ini, presiden Umno itu akan berdepan dengan beberapa calon terkemuka tidak seperti yang berlaku sejak dua dekad lalu.

Kerusi Parlimen Bagan Datuk kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru.
Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno
Selain Zahid dan Shamsul Iskandar, Perikatan Nasional (PN) meletakkan Dr Nik Muhammad Faiz Na'aman yang juga adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Seorang lagi pencabar ialah pengasas bersama Gerak Independent (GI) Tawfik Ismail - yang merupakan anak sulung timbalan perdana menteri kedua negara Allahyarham Dr Ismail Abdul Rahman.

Tuesday, March 26, 2019

Fokus pulih ekonomi negara, usah sibuk kritik Izzah, Anwar ingatkan Azmin



Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan Timbalannya, Azmin Ali bertenang dan menumpukan perhatian untuk menangani isu di peringkat pusat, bukannya sibuk mengkritik anaknya, Nurul Izzah.

Beliau berharap kenyataannya dapat meredakan keadaan kerana paling penting ialah masing-masing menjalankan tugas sendiri untuk memulihkan ekonomi negara.

“Saya harap dengan penjelasan ini redalah. Masing-masing ada tugas besar bangunkan ekonomi rakyat, sibuk hal ini buat apa?” soalnya di lobi Parlimen.

Semalam, Azmin dilihat seperti membidas Nurul Izzah di Twitter dengan berkata, Malaysia memerlukan pelaksana yang sanggup mengharungi keadaan sukar, bukannya budak kecil yang merengek.

Ia selepas ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi gambaran ini adalah penggal terakhirnya menjadi wakil rakyat.

Nurul Izzah dalam temubual dengan akhbar Singapura, Straits Times turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum tahun lalu, selain tidak berpuas hati dengan kekurangan naratif jelas mengenai usaha memperkuatkan aliran pertengahan dan penyertaan bekas ahli Parlimen Umno dalam Pakatan Harapan.

Katanya, tidak mudah bekerja dengan “bekas diktator” yang menjadi punca berlakunya begitu banyak kerosakan, “bukan sahaja kehidupan kami, tetapi juga sistem”.

Minggu lalu, Nurul Izzah meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Dr Mahathir Mohamad membenarkan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee terus mengetuai jawatankuasa itu selepas menyertai PPBM, 15 Mac lalu.

Saturday, September 15, 2018

PORT DICKSON: KENAPA AZIZAH ATAU NURUL ENGGAN KOSONGKAN KERUSI- AMBIGA

By watan 
on September 15, 2018


Bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mempersoalkan kenapa isteri atau anak Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengosongkan kerusi Parlimen mereka.

Beliau berkata, sepatutnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Pandan atau anak pasangan itu, Nurul Izzah (Permatang Pauh) yang memberikan kerusi kepada Anwar, bukan Datuk Danyal Balagopal.

“Saya tiada isu untuk Anwar kembali menjadi Ahli Parlimen. Beliau berhak berbuat demikian.

“Tetapi dalam pemahaman saya, dan saya percaya orang ramai juga mempunyai pemahaman sama, bahawa salah seorang ahli keluarganya sepatutnya menyerahkan kerusi mereka kepadanya.

“Secara peribadi, saya berpendapat salah seorang ahli keluarganya harus berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran buku laporan bertajuk ‘5 Faces – A Story of Police Custodial Deaths In Malaysia’, disediakan Lawyers for Liberty di Petaling Jaya pada Jumaat.

Ambiga berkata, ‘Langkah Port Dickson’ menimbulkan amalan nepotisme dalam PKR.

“Tiada masalah jika Anwar bersama isterinya dan anak mereka menjadi Ahli Parlimen, namun nepotisme berpotensi berlaku bergantung kepada jawatan dalam kerajaan.

“Kita melihat unsur nepotisme bukan hanya berlaku dalam PKR tetapi dalam PH secara keseluruhannya.

“Jika Anwar jadi perdana menteri, Dr Wan Azizah mesti melepaskan jawatan tanpa ragu-ragu.

“Nepotisme suatu yang tidak sihat. Itu yang diperjuangkan mereka sebelum ini dan perlu dikotakan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, adalah tidak wajar pengundi terpaksa keluar mengundi bagi kerusi yang sengaja dikosongkan

“Ia menimbulkan persoalan integriti dan menghormati sistem pilihan raya apabila seorang Ahli Parlimen diminta melepaskan jawatan.

“Untuk mengadakan PRK selepas hanya beberapa bulan PRU-14 dan mengharapkan rakyat keluar mengundi semula. Ia membabitkan wang rakyat, “katanya.

Rabu lalu Danyal mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai ahli parlimen dan menghantar notis pengosongan kerusi parlimen kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga Presiden PKR, bertanding pada PRK di situ.

Wartawan Watan-Online

Sunday, September 2, 2018

Anwar: Izzah terkesan apabila ayahnya dipukul setengah mati

Faisal Asyraf
Diterbitkan 1 Sep 2018, 10:21 malam


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anak perempuannya Nurul Izzah berhak memberi pendapat berhubung pelantikan bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator proses damai di selatan Thailand.

Ini kerana, kata Anwar, anaknya itu sangat terluka kerana Rahim memukul ayahnya ketika dia masih muda.

Rahim sebelum ini dipenjara dua bulan selepas memukul Anwar pada malam penahanannya pada 20 Sept 1998 selepas bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari jawatannya.

Anwar kemudian tampil di mahkamah dengan mata lebam. Rahim telah memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya atas kejadian berkenaan.

"Nurul Izzah bebas menyuarakan pandangannya. Ketika itu, dia masih kecil dan sudah tentu dia terkesan apabila ayahnya dipukul setengah mati," kata Anwar dalam sidang media selepas Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN 2018) di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Anwar, yang lebih penting adalah kejadian itu dijadikan pengajaran kepada mereka yang berkuasa agar tidak menyalahgunakan kuasa.

Berhubung pelantikan Rahim sebagai fasilitator, Anwar berkata beliau menghormati bidang kuasa perdana menteri berhubung perkara itu.

"Kita perlu beri ruang kepadanya (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk memutuskan yang difikir sebaiknya terbaik," katanya.

Nurul Izzah sebelum ini mengkritik pelantikan Rahim melalui Twitter.

"Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah, ketika matanya ditutup dan tangannya digari - serta dibiarkan terlantar tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari.

"Kemudiannya, berbohong kepada seluruh dunia mengenai lokasi dan nasib mangsa. Malu ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu," katanya.

Rahim menjawab kenyataan Nurul Izzah dengan berkata "tidak relevan" untuk mengaitkan pelantikannya sebagai fasilitator dengan kejadian lebam Anwar.

Beliau juga menambah bahawa "apa yang berlalu sudah berlalu," dan percaya kerajaan memilihnya berdasarkan peranannya ketika rundingan damai dengan Parti Komunis Malaya pada 1989.

Monday, August 27, 2018

Peristiwa 'mata lebam' cerita lama, kata Rahim Noor

Hariz Mohd
Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 tidak relevan dalam pelantikannya sebagai fasilitator rundingan damai wilayah selatan Thailand.

Menyifatkan ia sebagai peristiwa lama, beliau percaya kerajaan memilihnya atas peranannya ketika rundingan damai dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989.

Rundingan itu menyaksikan PKM menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand - dinamakan sebagai Perjanjian Hat Yai - menamatkan pemberontakan lebih 40 tahun.

"Apa yang berlaku pada waktu itu (peristiwa mata lebam), waktu itulah. Tidak relevan untuk dia (Nurul Izzah) mengaitkannya dengan pelantikan saya.

"Melainkan keputusan untuk melantik saya dibantah pihak berkuasa Thai atau MARA Pattani (wakil beberapa kumpulan militan disana). Setakat ini, daripada maklum balas yang saya terima, tiada yang menunjukkan bantahan mereka.

"Dua pihak inilah yang penting dalam proses damai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pagi ini, Nurul Izzah menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rahim yang disifatkannya sebagai "penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah."

Izzah merujuk kepada Anwar yang diserang ketika dalam tahanan polis selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998. Gambar mata lebamnya menjadi salah satu simbol gerakan Reformasi.

Ia berikutan laporan menyatakan Rahim akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim untuk peranan itu.

Rahim yang menjadi IGP antara 1994 hingga 1999 berkata reaksi seumpama itu sudah dijangka daripada seorang ahli politik.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga mungkin memilihnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dalam soal keselamatan dan sempadan.

"Dulu kita berjaya menyelesaikan masalah PKM yang bercokol di Selatan Thailand melalui rundingan damai. Tahun depan adalah ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai.

"Dan kini ada satu lagi masalah di sempadan - konflik antara orang Melayu dengan kerajaan Thai - yang berlaku di bahagian selatan. Saya percaya kerajaan beri saya peranan ini kerana pengalaman saya," katanya lagi.

Sunday, November 29, 2015

Lajim: Nurul Izzah, jangan gundah gulana

Shakira Buang Hari ini, 4:53 petang Hari ini, 5:07 petang
Kepimpinan PKR hari ini terus menerus memberi sokongan kepada Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dengan menyifatkan isu beliau bergambar dengan Puteri Sulu Jacel Kiram baru-baru ini sebagai "perkara biasa".

Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah, Datuk Lajim Ukim berkata anggota parlimen Lembah Pantai itu tidak perlu gundah-gulana kerana rakyat di negeri itu sedikit pun tidak terkesan dengan tindakannya itu.

Sebaliknya, pemimpin Sabah itu berkata isu tersebut sengaja dibangkitkan kerajaan Umno-BN.

"Nurul Izzah jangan gundah-gulana, soal ambil gambar dengan anak Sultan Kiram tidak ada isu.

"Isu itu sengaja dibangkitkan oleh Umno," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 hari ini.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar pada 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Ekoran itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa dengan mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan Jacel.

Bagaimanapun, selepas itu naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya susulan kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar dan beliau turut memfailkan saman fitnah terhadap Khalid dan Ismail.

Bagaimanapun, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata tindakan mengambil gambar tidak boleh dianggap pengkhianatan berbanding penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China.

Sementara itu bercakap kepada pemberita selepas kongres itu, Dr Wan Azizah sekali lagi mempertahankan tindakan anaknya bergambar dengan Jacel itu dengan menyifatkan ia sebagai perkara kecil.

Menurut MP Permatang Pauh itu berkata lagi Nurul Izzah bukan hos dalam pertemuan itu sehingga boleh mencetuskan kemarahan orang ramai termasuk rakyat Sabah.

"Ia merupakan perkara kecil dan Nurul Izzah bukanlah hos. Jika anda adalah tetamu, anda tidak ada kena mengena dengan senarai tetamu tersebut.

"Beliau sudah pun meminta maaf kerana tidak memaksudkannya," katanya.

Ketua pembangkang itu mendakwa BN cuba memperbesarkan isu tersebut, mahu membunuh watak Nurul Izzah sebagai ahli politik sekaligus menghentam pembangkang serta mahu menjatuhkan reputasi di mata rakyat.

"Soal gambar ini sebenarnya satu cara Umno-BN mahu membunuh watak Izzah dalam dunia politik. Ini permainan bagi mereka sebab itu ia selalu dimainkan.

"Namun, Izzah telah memohon maaf dan dia tidak bermaksud untuk melukai hati sesiapa pun," katanya ADUN Kajang itu.

Sementara itu, Wan Azizah melahirkan rasa bangganya dengan kongres yang berlangsung selama tiga hari ini, ia menunjukkan rakyat semakin yakin dan percaya dengan parti itu

"Kongres berjaya dan ini satu landasan bagaimana nak teruskan dan perjuangkan hak-hak rakyat," katanya.

Thursday, January 24, 2013

Wak heran kenape melayu/islam masih menyokong UMNO ............

Yang Wak heran kenape pehak yang di berikan kuase dalam hal ehwal agama Islam ni tidak pernah berlaku adil dalam memberikan pandangan mereke apebile timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan Islam.

Sebagai contoh baru2 ini tersiar tentang ucapan Nurul Izzah berkaitan dengan kebebasan beragama. Boleh di katekan hampir semue pencacai2 dan pembodek dan kaki ampu UMNO berteriak mengutuk Nurul Izzah. Wak rase ini tidak adil dan berperikemanusiaan langsung.

Sekarang di bawah ni Wak nak kasi tunjuk kan tentang pemimpin UMNO yang menghine agama Islam. Malang nye tidak ade seorang pun pencacai2 UMNO ni yang berani buke mulut. Semua nye mendiamkan diri menikus, takut kehilangan pangkat dan kedudukan untuk mencari kekayaan di dunie.




Thursday, November 29, 2012

Selingan -petikan berita dari luar.........

Pahang Daily Online

Posted: 27 Nov 2012 10:08 PM PST
Teguran yang dibuat oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah (foto) terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwarharus diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak sebenarnya. Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh baginda pada 15 November lalu, Sultan Hj.Ahmad Shah menegur sikap pemimpin PKR itu yang begitu lantang bersuara bab agama hingga tidak sedar apa yang diperkatakan telah menimbulkan situasi tidak tenteram kepada umat Islam. "Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini. "Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda.  Baginda juga bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif. "Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda. "Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya. Susulan kenyataan baginda itu, kini episod "serangan peribadi tuanku" telah dilakukan oleh pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan maruah Sultan Pahang. Selepas heboh diperkatakan tentang pendedahan Blogger Uncle Seekers terhadap Sultan Johor, kini kecoh dibuatnya apabila tersebar video panas berkenaan Sultan Pahang di laman Youtube. Tidak diketahui siapa yang memuat turun video tersebut, namun ia mungkin ada kaitan dengan kenyataan Sultan Pahang terhadap Nurul Izzah agaknya. Video yang bertajuk "Kat Films Royal Soiree: 1881 Celebrations Of His Royal Highness Sultan Pahang & Prince Hafad.mov". Edaran video tersebut kini telah disaksikan ramai pihak termasuk warga Pahang di luar negara. Malah, video berkenaan juga telah disebarkan di laman  sosial facebook serta tweeter secara meluasnya. Malah dalam blog panas amenoworld dengan jelas mendedahkan gambar-gambar berkaitan untuk tatapan pembacanya. Apa yang terjadi ini benar-benar sesuatu yang sungguh mendukacitakan kerana ia melibatkan Sultan Pahang yang dikenali sebagai "Raja Berjiwa Rakyat" dan  disanjung oleh penduduk negeri ini.


[Video yang berdurasi selama 3 minit ini diterbitkan oleh KatFilms.Co.Uk jelas sekali boleh menjatuhkan imej dan maruah Sultan Pahang sebenarnya. Tambahan dalam video berkenaan ada memaparkan adengan-adengan yang tidak sewajarnya dipertontonkan kepada rakyat. Persoalannya sekarang, siapakah pihak yang telah memuat turun video berkenaan ke laman Youtube. Dari maklumat pada Youtube video berkenaan diterbitkan oleh individu yang bernama ikanbandor mulai semalam (27 November). Sebagai rakyat Pahang kita merasa amat kecewa dengan penerbitan video yang boleh menjejaskan imej dan maruah institusi raja di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru, pihak berkuasa digesa segera memantau perkara ini kerana ia jelas sekali satu penghinaan yang telah dirancang oleh pihak tertentu].

Saturday, November 10, 2012

Isu Nurul Izzah - mantapkan kedudukan Pakatan Rakyat menjelang PRU13............


Friday, November 9, 2012

Kontroversi kebebasan agama, Nurul Izzah tingkat sokongan liberal

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwarmenyokong kebebasan beragama meliputi semua termasuk Melayu-Muslim yang mencetuskan kekecohan kini kelihatan meningkatkan sokongan terhadap beliau daripada golongan liberal negara ini.

Di laman-laman berita liberal dan media sosial, sokongan meluas dan komen positif berhubung pendiriannya itu dapat dilihat daripada ramai pembaca dan pengulas, walaupun mendapat respons negatif yang keras daripada konservatif dalam kalangan parti politik dan akademik.

Seorang pengulas di laman Malaysiakini menulis satu artikel panjang memuji pendirian Nurul Izzah itu, yang disifatkan sebagai satu ide penting yang perlu difikirkan oleh rakyat negara ini. 

Parti pemerintah Umno dan golongan konservatif menentang keras kenyataan beliau itu, tetapi politik parti yang sangat partisan memperlihatkan sokongan yang tidak berubah daripada parti beliau, PKR.

Episod ini turut dilihat meningkatkan imej dan kelayakan liberal beliau, ciri penting untuk terus mendapatkan sokongan komuniti liberal yang termasuk banyak pertubuhan bukan kerajaan berpengaruh di dalam dan luar negara serta, serta kerajaan Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Itulah kehebatan puteri DSAI berpolitik. Beliau berjaye mencetuskan tsunami politik yang sangat menguntungkan Pakatan Rakyat. Semakin kuat pencacai2 UMNO bersuara, make semakin bertambah kuat sokongan kaum dari gulungan bukan islam. 
Isu ini juge telah membuke mate rakyat yang bukan islam terutame nye di Sabah dan Sarawak. Yang pasti kedudukan PR semakin mantap menjelang PRU13 ni. 


Yang sudah pasti kedudukan UMNO akan semakin punah. UMNO sudah tidak mampu mengekalkan sokong melayu kerana terdapat terlalu banyak kepincangan pade pemimpin2 UMNO. BR1M sudah tidak laku untuk menarik minat rakyat menyokong BN/UMNO. Semakin hampir PRU13 semakin gelabah pemimpin2 BN/UMNO.

Tuesday, November 6, 2012

Mari lihat ape menteri agama UMNO ni kate....................


Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan - Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama sebagai berbahaya dan mengelirukan.

Sekarang mari kite same2 tonton klip VDO kat bawah ni. Ini lah yang di kate kan HARAMJADAH oleh PM Najib tu............. 

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-