Monday, February 18, 2013

Kalau dah empat Jeneral (B) ATM dah menyokong Pakatan Rakyat, ande bile lagi?


Ceramah 4 Jeneral ATM Bersama Pakatan



KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.“Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini.

Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.

“Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini,” katanya.Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi.

Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007.“Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar.

Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah.“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu menteri jawab, saya cabar jawab,” katanya. ~keadilandaily

2 comments:

  1. Last2, general2 ni belot sokong PR. aku dari dulu lagi tak percaya dgn tentera. sepatutnya, kerajaan kena buat sistem askar upahan nak elak drpd pembelotan dan kudeta pegawai tinggi tentera terhadap kerajaan. Apa yg diorg boleh dpt kalau siorg sokong Anwar? Kalau diorg sokong BN, at least tgk, melalui DEB dan dasar Pensyarikatan malaysia yg dibawa Mahathir, byk korporat2 Mleayu yg lahir. Kita perlu byk org2 kaya ni. Org2 kaya ni penting untuk menjadi patron (penaung) kepada aktiviti kesenian dan ilmuan saintifik agar negara kita menjadi maju, seperti majunya Itali pada zaman Renaissance.

    Jgn tumpu sgt pada pembangunan tentera. Duit tu perlu byk untuk membina korporat2 patron. Kerajaan perlu pakai askar upahan, kerana askar uoahan ni takde sentimen menyokong rakyat Malaysia, sebab mereka perang sebab nak duit. Lgipun, kos untuk diorg lebih murah. Kalau askar negara memberontak atau belot, at least ancaman diorg dapat diatasi dgn guna askar upahan. Malah Perancis ada Foreign Legion, British ada Gurkha, Itali zaman Renaisannse ada Condottieri.

    ReplyDelete
  2. Laa ingat jeneral masih bertugas. Jeneral tak penting, jeneral desparado, jeneral reject dan dah pencen lama pun dah tua tak payah lah sibuk-sibuk. apa ingat senang dapat jawatan jenderal kalau tak kuat mengampu, cerminlah dulu muka-muka jeneral ini. Mesti tak dapat projek atau tak dapat jadi pengerusi syarikat piiii dah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-