Sunday, April 7, 2013

Patut pun jadi PM sepenggel aje...............

Pak Lah: Kit Siang bimbang ditolak di tempat sendiri

11:11AM Apr 6 2013
Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang untuk tidak mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana bimbang ditolak oleh pengundi di kawasan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata kecenderungan para pemimpin pembangkang melompat kerusi menunjukkan mereka gagal memberi khidmat kepada pengundi dan membawa pembangunan di kawasan yang diwakili mereka.


"Seandainya mereka ini aktif di kawasan seperti wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sudah pasti akan terus pertahankan kerusi yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Program Baiki Rumah oleh Giat Mara di Pokok Jenerih, di Kepala Batas semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kit Siang, yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur, di Perak, mahu bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor.


Wak tak heran kenape DS Abdullah Bedawi jadi PM hanye sepenggal aje. Kurang bijak berpolitik rupe nye! Cakap ikut suke mulut aje. Adeke kate nye si Lim Kit Siang ni tinggalkan Ipoh Timor kerane takut kalah? Memang lawak katun betul bekas PM kite ni.

Memang betul2 dungu le berpolitik kalau masih tak tau bahawa Ipoh Timor tu lobok cine DAP. Belum pernah dalam sejarah politik mana2 parti selain DAP sahaje yang menguasai Ipoh Timor. Pendek kate kalau letak topi Lim Kit Siang saje pun DAP boleh menang.


Wak minte bekas PM ni kaji dan telitikan baik2 tentang keputusan PRU12 yang lepas di parlimen Ipoh Timor yang di menangi oleh Lim Kit Siang. Dah tu fikirkan baik2 same ade kenyataan yang di buat tu logik ke tidak.

Perak P64

P64 IPOH TIMOR
Jumlah Pengundi: 76,647
Peratusan Kaum: M: 13.09% C: 81.07% I: 5.27% L: 0.57%
1. Lim Kit Siang (DAP) (37,364)
2. Liew Mun Hon (BN) (15,422)
Majoriti: 21,942
Jumlah undi: 53,493
Peratus mengundi: 69.79%
Undi rosak: 707
Penyandang: Lim Kit Siang (DAP)
(Majoriti: 9,774 undi)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-